Monday, October 17, 2022

Dinner #17102022

 Assalamualaikum korang 😊.

Tengahari tadi tak masak. 
Beli McD je untuk kenit 2 orang tu.
Lepas ambil Ahnaff sekolah, terus pi drive-thru je.
Beli set Happy Meal - cheese burger untuk Ahnaff.
Mainan dapat mainan lama. Yang memang dia dah ade.
Merungut jugak la kawan tu 🤣.
Ahnasofea beli bubur n mami beli set spicy chicken mcdeluxe. 
Oleh kerana tengari tak masak, maka petang tadi kene la prepare something untuk dinner.


Tanya Ahnaff nak ke makan roti canai. Mestilah jawabnye. Dia memang suka roti canai (ermmm.. semua pun dia suka 😅). Sebab tu abah dia selalu beli roti canai frozen camni. Senang kalau anak dia tetiba teringin. Brand Fatihah ni pun ok jugak. Not bad.

Masak 3 keping. Sekeping untuk mami. Lagi 2 keping dah tentu la Ahnaff punya. Kuah kari tu memang ade dalam peti. Tiap kali masak kari, kalau tak habis, memang mami frozenkan aje. Boleh la makan dengan roti canai bila² pun.

Mami makan dengan sambal bilis. Balance sambal nasi lemak semalam. Hahaha. Pon sodapp.



Nampak tu, makan canai pun lebar senyum. Maafkan kualiti gambar yang kelam tu. Hahaha.
Lampu kat belah meja makan ni tak boleh nak on. Tu yang gelap kelam je tu.


Sementara tu, sempat jugak adun kek marble ni. Asyik buat orang punya je. Tetiba mami pun teringin jugak 🤣

Choc ganache balance buat tart coklat semalam ade lagi. Campur kan dengan badam cincang, curah je atas kek marble tu. Memang next level la kek marble tersebut. Hahaha


Cantik takkkk belang dia.

Ahnaff lepas dah makan roti canai, dia makan kek pulak. Tak cukup sepotong pulak tu 🤣.

Camne ni Ahnaff oiii.. 
Cita² mami nak kurus, tapi hobi asyik makan jeee 🤣.
Azam nak pi brisk walk pagi² pun tak terlaksana lagi. Haduiiiii.






8 comments:

  1. Oh, tak dapatlah topi Mcd yg viral tu ya. Dapat roti canai kegemaran, lupa pasal mainan agaknya ya, Ahnaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat pun. Nasib baik dia tak taw mainan ape yg latest. Hahaha. Dia merungut sbb mainan yg dapat semalam tu sama mcm yg dapat sebelum ni.

      Delete
  2. mcd tu kadang gitu lah kita nak mainan terbaru asik cepat habis pastu bagi ygn lama-lama. Sedapnya kek marble tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Kat P.Alam ni payah betul nak dapat mainan yg latest.
      Kek marble makan panas², tak cukup sepotong kak 🤭

      Delete
  3. Brand Fatihah tu saya suka. Tapi susah nak cari. Pernah beli kalau dia buka booth kat bawah ofis saya.

    Anggun sungguh corak marble dia. Ini kek marble kayangan ni siap letak choc ganache dgn nuts. Saya pernah terfikir nak buat mcm ni utk kek befday anak. Konon2 nak ajak anak2 deco kek sendiri. Beli kek marble kosong pastu nak spread cream cheese ke, choc ganache ke. Tapi sampai skrg masih tak buat pun. Hehe. 'M".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try cari kat Lotus Lyd. Sebab biasa bnyk syok dia kat Lotus.
      Memang sesuai kalau buat kek besday anak². Mesti licin 🤭

      Delete
  4. Ala...mainan lama..tak aci la McD buat macam tu..Sedangkan Happymeal tu kan ramai penyokongnya..(ramai supporter Happy meal dah dewasa🤣)
    Mami Afnafd ni pun super mom.. Dengan anak kecik dua ketoi tu pun..macam-macam sempat buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula..mainan mcD tu bukan kanak² je yg tunggu. Yg beso² pun suka. Lg yang limited macam the latest one ni kan.
      Ishhh..xde supermom pun kak. Anak 2 ketoi tu je, boleh lagi sambil² buat keje lain sebab Ahnaff dah boleh tolong tengok Sofea.

      Delete