Friday, July 15, 2022

Donut Easy Peasy

 Assalamualaikum korang ๐Ÿ˜Š.


Kelmarin dapat hebahan pasal aktiviti sekolah Ahnaff untuk hari ni.




Kelas dia kene bawak samada nasi lemak, ayam goreng, donut, mini burger atau lain². 
Saya pilih bawak donut je. Sebab senang ๐Ÿคฃ.

Donut easy peasy.

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
- gaul dan ramas² sampai jadi macam serbuk roti.

Bahan B
2 sudu besar susu pekat
½ cawan air suam
1 sudu besar yis
- campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga larut.

~ Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
~ Uli hingga tak melekat pada tangan. (Mula² memang rasa macam lembik tapi jangan risau sebab memang camtu ye. Teruskan je menguli sampai adunan tak melekat pada tangan.)
~ Boleh terus bentukkan donut. Tak payah tunggu dia mengembang.
~ Nanti sementara tunggu minyak nak panas, sambil basuh² peralatan yang dah diguna tadi, donut pun naik elok je.
~ pastu boleh goreng dah.
Senang kannnn ๐Ÿ˜

Try buat tau korang. Memang dijamin takkan menyesal ๐Ÿ˜†. 
Pagi tadi pukul 5 dah bangun menguli. Pukul 6 semua. Saya buat 2 adunan, dapat la dalam 46 biji donut ball tu. 

Doh yang dah siap diuli. Bila dah jadi elok licin camni, boleh berenti menguli. Uli tak lama pun.

Buat bentuk camni je. Donut ball. Senang budak² nak makan. Kalau bentuk ring, ermm kecah² kang. Ni pun macam terbeso sikit. Tu la sape suruh tak timbang ๐Ÿ˜…. 


Dapat la 7 pek. Pihak sekolah mintak at least 5 pek. Tak pe, kite bagi lebih. Hahaha.

Yang ni tinggal sikit untuk breakfast kat rumah.


Projek ni adalah untuk Projek Usahawan Cilik. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar konsep jual beli. 
Aktiviti ni juga membolehkan pelajar mengalami sendiri konsep jual beli secara praktikal. 
Pelanggan² untuk projek ini adalah terdiri dari guru², staff sekolah dan abang kakak SRIAZA (sekolah Ahnaff ni sekali dengan sekolah rendah. )


Ni pun kemain awal dah bangun. Tolong menguli donut katenya. Hahahaa.

Moga laku keras jualannye Napp ๐Ÿ˜˜








4 comments:

  1. Aduh Jaja, akak ni kan, macam kena sumpahan, tk pernah jadi buat donut. Harus ambil aura Jaja ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak try resepi ni, insyaAllah jadi. Kalau doh dia lembik, akak uli je terus sampai x lekat kat tangan. Uli manja² pun menjadi taw ๐Ÿ˜

      Delete
  2. Wah..tokey donut semangat nak berjualan tu..
    Kanak2 pasti teruja aktiviti macam ni..Cikgu dia pun mesti bersemangat dapat parents yang suppotif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dia donut habis dijual.
      Riuh mulut bercerita ๐Ÿคฃ

      Delete