Thursday, July 7, 2022

Khamis 07072022

 Assalamualaikum korang ๐Ÿ˜Š.

Cantik tarikh harini kan.
Lagi 2 hari je nak menyambut raya korban kan.
Dah siap semua persiapan ke?
Ramai yang dah mula bercuti esok kan.
Sekolah Ahnaff esok dah mula cuti. Bercuti sampai Isnin.
Abah dia pulak sabtu baru cuti. Makanya balik kampung sabtu la ๐Ÿ˜†. Nasib baik kampung dekat je. Tapi kan, walau dekat pun kadang merasa jem jugak. Lagi² dekat pekan Kuala Selangor dan Tanjung Karang tu. Hotspot jem ๐Ÿคฃ.

Aritu buat bubur kacang have-have namanye ๐Ÿคฃ. Sebab ape have-have, sebab guna durian mousang king ๐Ÿคญ. Abah Ahnaff balik kerja bawak sebiji. Tapi bila bukak, isi dia macam mengkal sikit. Boleh je kalau nak makan macam biasa, tapi tak best rasanya ๐Ÿ˜…. Baik masuk je dalam bubur tu. 

Harini memang mak cuti masak ye. Hahaha. Sebab harini ade projek kek buah. Semalam dah start sebenarnye, tapi buat 1 adunan je. Dapat 4 biji. Tengah hari ni tadi buat lagi 1 adunan. Adun awal sikit sebab malam nanti nak hantar Ahnaff gi kelas taekwando pulak.
Malas nak renyah², mami orderkan McD jelah. Lagi dia suka. Hahaha.

Berbalik pada cerita kek buah, resepi kek buah ni memang original dari mak saya.
Dulu² masa zaman sekolah memang saya la yang selalu menolong mengadun kek buah ni.
Tapi masa tu tolong kacau², gaul² je. Yang menimbang sukatan semua mak yang buat.
Saya cuma duduk putar gula dan marjerin, masukkan telur, masukkan tepung, masukkan gula panas, siappppp. Hihihi.
Tak ambil pusing berapa sukatan gula, tepung dan lain². 
Masa tu rasa macam aduhaiii, dah la nak adun tu kene berhati² sebab melibatkan air gula yang panas, berasap berkepul².
Pastu nak kene kukus selama 4 jam ye. Wajib 4 jam. Sebab tu kek buah tahan lama.

Waktu mula² ambil keputusan nak berbaking, memang mak saya suruh belajar buat kek buah ni.
Belajar betul². Tengok cara dia masak air gula tu. Tengok cara dia sukat segala macam tepung tu.
Saya pun menurut perintah je la ๐Ÿคฃ.
Tak sangka masih setia buat kek buah ni setiap musim perayaan. Tak buka order pun, memang orang akan tanya kek buah ni. Alhamdulillah, syukur ๐Ÿ˜Š. Berkat resepi mak.

Gula ni kene cairkan dan tunggu sampai dia berbuih² berasap baru boleh tuang masuk dalam adunan. Part cairkan gula ni la yang mencabar. Tak boleh tinggal² ye. Kalau cepat sangat tuang dalam adunan, sebelum masanya, warna kek jadi tak cantik. Pucat je nanti warna dia. Kalau terlebih masak pun tak boleh. Nanti hangus dan rasa kek pahit. Masa mula² belajar dulu memang rasa nak give up je. Tapi, bila lama² tu dah ok dah. Hihihi.

Dah tuang dalam adunan, kene kacau cepat² sebelum gula tu mengeras. Time ni la berasap². Silap kacau, mau melecur tangan sebab terpercik gula tu.

Kek buah ni berat 2kg. 

Keratan rentas kek buah 


Sepanjang musim covid aritu, saya still buat kek buah sebab banyak permintaan. Kebanyakannya pos sahaja. Kek buah ni kalau pos, delay 2,3 hari tak risau sebab dia jenis yang tahan lama. InsyaAllah ok je keadaanya ๐Ÿ˜Š.

Untuk raya haji ni, tak open order pun. 
Buat untuk yang request je. Sebab tu tak banyak. 
Selesai projek kek buah untuk raya korban tahun ni. Esok tinggal buat kek pandan gula melaka, kek rampai dan brownies je.

Selamat Hari Raya AidilAdha. 
Yang pulang ke kampung, pandu berhati². Moga selamat sampai ke destinasi.
Kite jumpa lagi lepas raya sok ye. InsyaAllah ๐Ÿ˜Š.






 




4 comments:

  1. Puas hati dapat lihat hasil kek buah yang menjadi. Memang berbaloi kukus empat jam kerana tahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buah dia elok sekata, memang menjadi. Memang tahan lama kak. 2 bulan pun ok lagi ๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. Wow...hebatnya Jaja..
    Tak ramai orang muda macam Jaja yang pandai buat kek ni.Tabik la ngan Jaja..
    Antara kek yang tak pernah cuba sebab memamg tak berani & tak yakin ..hihihi
    Cantik elok buahnya tu Jaja..merata dan tak mendap..
    Dah beberapa tahun setia dok beli kek buah dari pengusaha terkenal belah utara nun.Dulu kek buah dia mewah macam Jaja buat ni..penuh buah..sedap sangat .
    Tapi tak tau pasai pa dah 2 kali beli kebelakangan ni .. 1 km baru jumpa sebiji buahny ๐Ÿคญ..
    huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, nanti rasa kek buah kite pulak kak ๐Ÿคญ.
      Saya pun lama taw kak nak kumpul keberanian buat sorang² tanpa pengawasan dari mak. Mula² dulu memang tak berapa menjadi. Tapi lepas tu alhamdulillah elok kejadiannya. Yang penting tak boleh derhaka resepi. Hahaha

      Delete