Saturday, July 30, 2022

Cerita Bercampur #300722

 Assalamualaikum korang 😊.

Fuhhh.. minggu ni memang agak sibuk.
Bukanlah sibuk pasal ape pun. Sibuk dengan urusan harian je. Hihihi.
Abah Ahnaff takde kat rumah dari hari selasa sampai khamis, tu yang jadi macam sibuk terlebih sikit sebab kene uruskan anak² sendiri.
Dah la tu, dah terlanjur ambil order kek birthday, kek rampai sari, cheesetart n fruit tart. 
Haaaaa...mana tak terkejar²nye 😆

Shell untuk cheesetart n fruit tart buat awal sikit. Ade anak kecik memang camgini la. Lagi time dapat order banyak, kene buat preparation awal. Kalau tak, mau tergolek mami 🤣.


Hari isnin tu Ahnaff balik bawak bungkusan ni. Dapat tuala dan pouch syiling. Bila tanya hadiah ape? Dia jawab tak tau nak sebut 🤣


Rupenye dapat hadiah untuk sahsiah terpuji 🤭. Alhamdulillah. Patut la tak pandai sebut.


Sambal daging. Masak hari selasa untuk lunch. Masak sikit je pun, hari khamis baru habis. Duk makan ulang² lauk sama je 🤣. 

Jiran depan bagi bubur lambuk ni 2 bekas. Memang sedap betul dia buat. Sofea makan banyak jugak. Ahnaff taknak pulak dia. Selalunya dia suka bubur tapi kalini dia taknak. Siap cakap, Ahnaff nak bubur McD je.. amboiiii.. memang kene jelingan la yeee. Hahaha




Kek birthday tema spiderman. Fruit tart, strawberry cheesetart n blueberry cheesetart.
Buat 3 jenis dessert ni pun dah mengah tak cukup nafas. Dengan Sofea yang tak mau berenggang langsung. Memang mencabar betul 😌. 
Waktu berkejar² buat order ni, memang dah bisik dalam hati, cuti dulu la amik order kek yang renyah camgini. 
Tapi, bila keadaan dah tenang, tetiba order masuk, tak agak² ye. Terus jawab ok.
Dah banyak kali jadi camtu 🤣.
Kadang bukan ape. Macam tak sampai hati nak tolak. 
Ohhh..ade satu lagi kek.. kek rampai sari, lupe nak amik gambo kek rampai 🤣.


Ni la budak yang selalu buat mami berkira² nak ambil order ke tak. Abah dia memang dah cakap, agak² boleh buat, buat la. Tak boleh buat, cuti dulu. Ermmmm.. mami anta Sofea pi sekolah je la ehhh. Hahaha


Pagi sebelum pegi sekolah dia dah rasa fruit tart tu sebiji. Dah janji kat dia, balik sekolah nanti mami buat lagi. Tu menagih janji la tu. Sambil makan sambil cakap "sedap betul kuih mami buat, masam², manis²". Gituuuu juri tetap mami bagi ulasan 😆.
Tq Ahnaff. Selalu suka dengan kuih-kuih mami.















4 comments:

  1. MasyaAllah...
    cantik dan kemas hasil tangan Jaja..
    Soga diluaskan pintu rezeki dan semoga Ahnaff & Sofea menjadi anak soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak. Tak jemu² doakan kami sekeluarga 😘

      Delete
  2. Wahhh, kecik2 dah tahu nak komen masam2 manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. dia memang pandai je nak mengomen pape yang mami buat. Kalau sedap puji sungguh². Kalau tak kene dengan taste dia, dia cakap Ahnaff tak suka. 😅

      Delete