Monday, July 25, 2022

Ahnasofea 9 bulan

 Assalamualaikum korang 😊.

Malam tadi, saya rasa macam tak berapa sihat.
Rasa macam sakit perut, macam nak muntah pun ade, tapi tak muntah pun. 
Cuma ulang alik pi toilet 3,4 kali.
Sementara dalam toilet tu, layan perasaan jap tetiba teringat, ehhh bulan ni Ahnasofea ade appointment kat KK.
Cuma tak pasti 25hb atau 27hb.
Keluar² je toilet terus check buku kesihatan dia.
Aaaaa.. 25hb rupenye. Pukul 8 pagi.
Waktu tengok buku dia tu pukul 2.45 pagi 🤣.
Fuhhh nasib baik abah Ahnaff ade, takdela kelam kabut sangat.
Kalau abah dia takde, mau menyotong jugak saya pagi tadi.
Mana nak siapkan Ahnaff nak ke sekolah, siapkan Sofea lagi, diri sendiri lagi 😅.
So, pagi tadi macam biasa Ahnaff bersiap n pergi sekolah dengan abah.
Berkali² tanya nak naik kereta dengan mami tak, memang taknak la dia. Lagi suka naik moto dengan abah.
Pagi tadi sampai KK pukul 7.50 pagi.
Pukul 8.30 pagi dah siap. Alhamdulillah 😊.


Sementara nak tunggu turn, kite selfie la dulu. Hihihi. 
Untuk 9 bulan ni ade vaksin untuk MMR dose 1. Vaksin MMR (mumps, measles and rubella) adalah vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh dari 3 jenis penyakit iaitu beguk, campak dan rubella. 
Vaksin MMR ni mengandungi kombinasi virus beguk, campak dan rubella yang telah dilemahkan. Pemberian virus yang telah dilemahkan ini akan mendorong sistem kekebalan badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit² tersebut. 
Vaksin MMR ni ade 2 dos. Nanti 12 bulan ambil dos yang kedua.


Tu diaaaa.. hadiah sempena 9 bulan. 🤣. Tak menangis langsung kene cucuk tadi. Syabas anak muda. Hahahha.
So, bulan 10 sok baru ade appointment lagi. Cucuk lagiiii. Hihihi


Cantik takkk 🤭. Tiber nak tunjuk. Hahaha. Suka ngan cerek tu. Comel je. Ingatkan set ni kecik je. Besar jugak rupenye. Ni set ProPerfect cookware. Saje nak test beli sebab tengok macam cantik je. Hihihi.

Dalam iklan macam comel² je. Sekalinye, besar jugak. 

Sebesor gini kotaknye. Hahaha.





6 comments:

  1. Pejam celik dah 9 bulan ye Sofea..Semoga membesar sebagai anak solehah...
    Cantik la set cerek tu...comel la...Cerek banyak nostalgianya bagi saya..tapi cerek stainles steel ja la bukan yang comel macam ni 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya untuk Sofea 😊. Bila² sok cerita la nostalgia cerek tu kakk 🤭

      Delete
  2. alamak, cantiknya cerek tu.. ada kaler hijau mint tak?

    Selamat 9 bulan Ahnasofea.. semoga membesar sebagai johan okeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade kaler pink tu je kak. Hihihi.
      Sofea johan menangis aunty SK 🤣

      Delete
  3. Eh,rasa macam dah komen tapi takdak pula..ka saya tak klick publish🤭

    ReplyDelete