Friday, August 4, 2023

Tahniah Bangdam

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.


Tahniah Adam (sepupu² panggil Bangdam).
Baru je tamat Diploma Kejururawatan, alhamdulillah dah dapat kerja ๐Ÿ˜Š.
Mula bertugas pada 1/8/2023 haritu.
Dapat dekat je. Kat Anson Bay Medical Centre, Teluk Intan.
Setelah 3 tahun berjauhan dari Mama (sebelum ni dia belajar di Kelantan), akhirnya pulang kembali ke pangkuan Mama dia.
Mama, atok dan nenek tentu lega banyak sebab Adam kembali duduk di rumah. Hihihi
Paksu lagi la suka sebab geng dia meronda dah balik. 
Kang kejap² update status pi beli Starbucks. 
Kejap² pi makan kat sana, kopi² kat sini.
Kemain ehhh, duduk kampung sekarang ni dah tak macam kampung sangat dah.
Macam² ada dahh. Hahaha
Alhamdulillah. Terbayar semua penat lelah Kakngah membesarkan dia.
Kakngah ibu tunggal sejak dari Adam umur setahun.
Susah payah bermula dari hanya ada motor, berhujan panas anak beranak, kemudian baru berkemampuan beli kereta. 
Susah payahnya hanya kami yang tau.
Berjimat cermat hanya untuk pastikan anak dia boleh hidup selesa. 
Kakngah dah buktikan Kakngah boleh didik Adam sama macam orang lain yang ada keluarga lengkap.
Hidup Adam pun dari kecil hanya dalam lingkungan keluarga kami sahaja. 
Atok, nenek, paksu, mama.. itu la keluarga lengkap dia. 
Ingat lagi masa Adam mula² balik Selangor, kecil lagi. Belum setahun pun umur dia.
Mami masa tu sekolah lagi. Form 6.
Time tu hanya airmata je yang jadi peneman Kakngah, tapi Kakngah tetap kuat demi anak. (Menitis airmata saat menaip cerita ni ๐Ÿ˜ญ)
Bukan hanya Kakngah, kami sekeluarga turut merasa kepedihan yang dua beranak tu alami. Tapi Adam kecik lagi. Belum faham pape. 
Oleh kerana adik beradik yang lain masa tu duduk asrama, makanya hanya mami dan Paksu yang menyaksikan tiap detik Adam membesar.
Lama juga keluarga kami bangkit dari kepedihan tu. 
Hanya keletah Adam masa kecil yang menjadi penyembuh duka buat kami. ๐Ÿ˜ญ.
Jadi, Adam memang ada ruang khas dalam hati mami sebab mami yang jaga dia dari kecik lagi. 



Kenangan haji 2019. Panggilan haji yang tak disangka². Rezeki dapat pergi bertiga. Kakngah, Paksu dan Adam.
Bukti Kakngah berjaya besarkan Adam dengan baik dan cemerlang.


Tahniah Bangdam. Time ni dia cuba uniform kerja ๐Ÿคญ.

Dede bangga dengan Adam. Kalau dede bangga, Mama apatah lagi. Tentu lebih berganda bangganya. ๐Ÿ˜Š.

Jururawat kedua dalam keluarga TokMat ๐Ÿ˜Š. 



10 comments:

  1. wahhhh tahniah Bangdam dah dpt keja & boleh bls jasa mama.. syok duduk kampung yg dah ada mcm-mcm hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah BangDam, KakNgah Jaja n Jaja sekeluarga!...tumpang bangga dari jauh jugak...Semoga BangDam berjaya dunia dan akhirat...Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah Bangdam semoga berkerja dengan baik dan manjadi tauladan pada rakan2 yg lain :D

    ReplyDelete
  4. Muda lagi dapat pergi haji.
    Itulah kekurangan bahagian itu, Allah lebihkan bahagian lain.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah tahniah2...rezeki dapat kerja baik

    ReplyDelete
  6. Tahniah Bangdam...
    Kerjaya yang tengah hot jugak sekarang ni kan...Dulu tak ramai jururawat lelaki..
    Alhamdulillah sekarang dah ada kesedaran memenuhi keperluan dan tuntutan ..Semoga Abangdam dimudahkan urusan

    ReplyDelete

  7. Alhamdulillah, tahniah buat anak buah sis, Adam! Semoga dapat membalas jasa dan pengorbanan mama dia, Kak Ngah yg membesarkan dia sampai berjaya ๐Ÿ’•

    ReplyDelete