Thursday, August 3, 2023

Kalau Dah Rezeki


Assalamualaikum semua 😊.

Haritu yang masa pi Dungun tu kan, ada satu insiden yang membuatkan hati mami ni tak tenang.
Masa dalam perjalanan tu, lepas je tol gombak, mami rasa macam ada benda menggelongsor jatuh kat belakang badan.
Masa tu dah terdetik rantai yang mami pakai mungkin terbuka. 
Oleh kerana masa tu pakai 2 utas rantai, jadinya mami fikir mungkin rantai yang halus yang terbuka. 
Tapinyaaaa, bila mami ambil benda tu, rupanya rantai yang lagi satu yang terbuka.
Actually bukan terbuka, tapi putus 😭.
Cangkuk dia tu patah.


Cangkuk jenis W camni. Yang boleh letak loket kat tengah tu. Cangkuk tu patah kat tengah².


Camgini patahnya. 

Time tu rasa lega sangat sebab rantai tu tak tercicir kat mana². 
Sayang kalau tercicir sebab tu rantai pemberian dari arwah MIL. 
Tapi duk carik² loket yang pakai sekali dengan rantai tu, memang tak jumpa dalam kereta 😭.
Tu yang buat hati mami tak tenteram tu.
Kami duk buat andaian, mungkin rantai tu dah sedia putus masa kat rumah.
Loket tu jatuh dulu sebab kedudukan loket dan cangkuk tu kat bahagian depan. 
Walau dah putus, rantai masih lekat kat leher, tergantung gitu.
Kalau cangkuk tu kat belah belakang, memang dah wassalam tercicir dah.
Sepanjang masa kat Dungun tu duk teringatkan loket tu 😂.
Sampai abah Ahnaffea cakap, kalau dah takde rezeki dah la. Mujur juga rantai tu masih ada. Ada lagi kenangannya.
Baiklah. Mami pun redha je la.
Taknak fikir² lagi dah.
Balik dari Dungun tu, benda pertama lepas masuk rumah je, mami terus check karpet kat ruang tamu ni.
Kot la tercicir kat situ kan.


Alhamdulillah.. memang betul tercicir kat dalam rumah. 
Memang melompat la mami ni kannn.
Alhamdulillah. Masih ada rezeki lagi.
Walau loket tu biasa² je, tapi sebab pemberian MIL, jadinya memang mami sayang sungguh². 
Itulah kan, kalau dah rezeki kita, memang takkan kemana². 
😊

Nanti nak kene gi tukar cangkuk dia tu. 
Ermmm, ada la harapan nak intai² barang baruuu. Hahahaa

 

10 comments:

  1. Nilai kenangan memang mahal.
    Nasib baik hilang di rumah.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, syukur3 masih rezeki mami. Ni mesti sebab mami pun banyak buat baik, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..betul tu Jaja, kalau dah rezeki kita, memang akan jadik rezeki kita jugak kan...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, kalau dah rezeki tu memang rezeki la...

    ReplyDelete
  5. Pernah juga ada kes lebih kurang. Anak nak gi kem jadi tanggal la rantai dia. Masuk dalam tisu letak dalam kereta. Terlupa tentang tu ingat tisu tu sampah....masuk dalam tong sampah. Nasib baik tak sempat letak kat dalam tong sampah besar. Idak lori sampah angkut. Rupanya masih ada rezeki dalam tong sampah kecik. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Masih lagi rezeki sis tu. Pemberian MIL lagi la sayang kena jaga elok-elok

    ReplyDelete
  7. sentimental value mmg kita sayangggg sgt.
    wowww blh ushar brg baru samaaaa hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....masih rezeki.
    Emas tuuu!
    Besaq pulak tu..
    Tapi yang lebih mahal tu nilai sentimental tu...
    Kalau Mami Jarum tengok ni...🤣

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.
    Rezeki memang tak salah alamat. Kembali juga ke tangan tuannya. Syukur sangat-sangat.

    ReplyDelete
  10. Syukur alhamdulillah masih dalam tgn walau putus

    ReplyDelete