Tuesday, August 1, 2023

Ipoh, 29/7/2023

 Assalamualaikum semua 😊. 

Jumaat minggu lepas kami balik rumah Perak.
Rasa macam dah lama tak balik tengok rumah, tengok Opahchu. 
Sampai pun dah tengah malam sebab tunggu abah Ahnaffea balik kerja.
Malam tu saja la tanya Opahchu, dia ada nak kemana² ke.
Dia kata macam nak gi Ipoh, ziarah kakak ipar dia (Maklong) kat Kg.  Tengku Hussin Tambahan, Ipoh tu. 
Ooo, boleh sangat la. Lagipun bukan jauh sangat.
Dalam 2 jam camtu dah boleh sampai dah.


Cucu dan opahchu. Ni dedua ni memang ngam. Kemain ye sembang pasal tiktok itu ini. Opahchu pun layan tiktok tau. Jangan main². Opah² nowadays katenyeee πŸ˜‚


Singgah kat Hentian Jagung @Bota. Abah Ahnaffea kannnn, kalau berjalan, takdenya dia nak straight je sampai ke destinasi. Mesti menyinggah² sana sini. Usha² sikit ape yang ada dan boleh dibeli sebagai buah tangan untuk orang Ipoh. 


Beli jagung 2 longgok. 1 untuk Maklong. 1 lagi untuk kami. Hihihi.
Murah wehh. 12 tongkol Rm10 je. 


Ada kuih tepung gomak dan pulut panggang. Wajib beli dua² kuih ni. Tepung gomak tu kuih feveret abah Ahnaffea. Pulut panggang pulak feveret si Sofea.
Dua² pun sedap. 


Ada macam² jenis kuih, kerepek dan buah-buahan. Pilih je mana yang berkenan.


Opak. Tapi yang ni tak best. Terlalu nipis dan tak terasa ubi pun. Tapi ok je buat kunyah² sambil drive πŸ˜‚.


Adik dah tido, mula la dia pun sibuk nak ke depan. Sebab nak sembang dengan abah. Katenye. 


Cuaca redup je sepanjang jalan. Tak panas sangat.


Dah sampai rumah Opahlong. 😊. Sampai² je, tukarkan baju budak². Kang kalau makan comot² ke, ape ke, takyah la tukar banyak kali. Hihihi. Nak balik kang mandi dan terus tukar baju lain.


Ada banyak barang² perhiasan lama². Maklong jaga elok. Seriau nengok budak kecik tu duk mengintai² almari Opahlong dia πŸ˜‚.


Round 1. Bihun goreng 😊.

Kami sampai dalam pukul 12.30 tengahari camtu. Maklong nak masak nasi, tapi abah Ahnaffea cakap tak payah sebab kami pun masih kenyang lagi. 
Plannya nak bawak la dia keluar pi makan, ermmm, memang tak la ye.
Terus dia rendam bihun, buat bihun goreng.
Sedap tau bihun goreng Maklong. 
Abah Ahnaffea dah tepuk dahi, sebab dia kate dari kecik kalau datang je rumah Maklong, mesti dia jamu bihun goreng. Hahaha
Elehhh, dalam pada tepuk dahi pon, sedap je dia makan menambah². 😏


Rare kan cadar dan sarung bantal ni. Bersulam biku. Cantik. Berkenan betul rasanya.
Dulu² murah la kan. Kalau sekarang ni mahei la agaknya. 


Bunga straw ni pun masih elok disimpan. Ingat lagi, dedulu gila buat bunga straw ni. Masa zaman sekolah² dulu. Tapi leceh nak buat sebab rasa macam dah buat banyak, tapi bila kumpul² buat gubahan, ehhh tak cukup. Sebab dia kecik² comel je kan. Tu yang rasa aduhaiii. Letih nak buat. Hahaha


Baby yang tengah² tu, cicit Maklong. Maknanya cucu mami la kann. Anak buah Ahnaff dan Sofea πŸ˜‚. Kecik² dah jadi makcik pakcik. Hahaha
Baby  Akiff tu sado wehh. Umur baru 9 bulan tapi berat dah 10.5kg. semangat betul badan dia. Sofea duduk sebelah dia, auto jadi kecik je anak aku tuu πŸ˜‚. 


Tengok tu, kemana baby Akiff tu bergolek, kat situ la budak dua tu pun mengikut. Sofea suka betul kat baby Akiff. Dia usap² pipi budak tu. Dipicit² kaki dengan tangan budak tu πŸ˜‚. 


Round 2 ada cucur udang dan bubur jagung.


Tak mau mami suap ye. Nak makan suap sendiri. Nasib baik elok je tak menjejeh². 


Tq Maklong. Jamu makan sedap². Sendat perut kitorang πŸ˜‚. Halaman rumah Maklong tu dulu, cantik dengan rumput menghijau. Datang kali ni comot sikit halamannya sebab ada balance² pasir renovation rumah aritu. Takpe, nanti lama sikit mesti cantik balik halaman rumah dia 😊. 


Ehhh, kate dah kenyang. Tapi singgah jugak dinner. Tu pun dinner kat Hutan Melintang je. Senang kan, bagi makan kenyang², sampai rumah tukar baju dan terus tido je budak dua tu. 
Murah jugak makan malam tu. Rm75 je semua tu. Ada ikan siakap masak 3 rasa, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit, telur dadar, tomyam campur dan sup sayur. Nasi untuk 4 orang makan. Memang dah ada dalam pakej set yang kedai sediakan.
Tapi tu la, ikan siakap tu size kecik je. Ahnaff dengan Sofea je yang makan ikan tu. Mami, abah dan Opahchu mengalah la. Makan lauk yang lain 🀭.
Papepun, alhamdulillah rezeki 😊. Rezeki jalan² ke Ipoh. Rezeki dapat makan yang sedap². 










10 comments:

  1. Tv lama itu ada lagi. Berfungsi tidak?
    Masuk rumah Mak Long itu macam masuk ke zaman budak-budak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berfungsi dah rasanya.
      Kan NA, banyak barang² nostalgia.

      Delete
  2. Suka tengok rumah OpahLong...cantik kemasss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, barang banyak tapi semua tersusun elok je. Takde nampak semak ke ape

      Delete
  3. Bunga straw tu menggamit memori sungguh la!! banyak brg² lama tersimpan rapi... cermat betul mak longnya menyimpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang cermat Maklong ni. Semua barang elok dan terjaga rapi

      Delete
  4. Kemain bercerita ya Napp..
    Opak tu saya pun suka yang tebal...Bunga atraw tu nostalgia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli yang kat gerai² belah Sekinchan tu sedap. Tebal dan terasa ubinya.

      Delete
  5. Wahhh.. rare la.. masih simpan bunga straw tu. Dan barang² dalam almari tu, rumah mak kita dah lama wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata rumah mak akak, rumah mak kita pun dah lama wassalam. Hahahaa

      Delete