Saturday, May 6, 2023

Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin

Assalamualaikum semua 😊.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua.
Harini dah raya ke berapa dah?
Lost count dah kann 😂.
Dah banyak ke pi jemputan open house?
Kitorang tak berapa beraya sangat tahun ni, mami demam batuk selsema raya ke5 aritu.
Ni baru nak ok semula.
Barulah nak bercerita pasal raya kannn walau orang lain dah update raya merata.
Hihihi


Baru sampai rumah Perak. Lepas dah siap² menolong masak kat rumah nenek, terus balik rumah sendiri. Penat mengukur jalan akhir ramadhan aritu. Kes tertinggal baju raya punya pasal 😂.
Dah sampai rumah pulak, boleh pulak abah Ahnaffea suruh kitorang tunggu dalam kereta, sementara dia on kan lampu ape semua. Sempat dia menyapu garaj tu dulu 😂. 
Opahchu takde kat rumah. Sejak dari puasa aritu duduk kat Tasik Puteri. Petang raya pertama baru balik. 


Lepas dah tidokan Sofea barulah boleh mula mengemas. Ambik gambo pun malas nak on kan lampu. Hahaha. Barulah boleh masukkan kuih n kerepek dalam balang. Buat kerja tenang² je. Aman je rasa. Pukul 2 lebih baru siap semua.


Tahun ni tukar karpet je. Langsir guna langsir tahun lepas je. Tahun lepas karpet campur², tak boleh blah betul 😅. Tahun ni helok la sikit rupenye. Rumah kecik, ruang tamu pun takat gitu je, so tak letak banyak barang.


Sementara menunggu abah dan Ahnaff balik masjid, kite selfie² la dulu.


Tahun ni tema purple tapinya takde ambik gambor family walau sekeping pun. Rushing nak balik Sg.Besar punya pasal.
Pastu yang tak cerdiknye, dah pi beraya awal² tu pun, dah kenapa la tak amik gambo kejap ye. Haduii, udahnya takde gambar sekeluarga.

 


Ini je la gambo sekeluarga untuk raya tahun ni. Hahaha


Merasa la jem sikit kannn. Dari Perak ke Selangor tu. Hihihi. Walau sekangkang gajah je jaraknye. Jadilahhh. Buat rasa² jemmm. Hahaha


Oleh kerana kat rumah Perak tu takde sapa, makanya kitorang buat keputusan tak nak masak² menu pape.
Sebab pagi dah pi rumah nenek, petang or malam baru balik Perak.
Makan kenyang² kat rumah nenek, balik rumah sendiri terus tido je.
Bijak takkkk. Hahaha
Kat rumah sendiri makan kuih raya n kerepek² je. 


7 comments:

  1. Sebulan beraya, macam-macam ceritanya ye.
    Tahun ini kami tak tukar apa-apa aksesori rumah. Tahun lepas dah tukar langsir baharu, tahun ini gunakan yang sama.

    ReplyDelete
  2. Hahaa.. kalau tak bijak, bukanlah mami namanya, hehehe. I is kadang pening gak ngan mami ni, kejap kat Perak, kejap kat Selangor, macam boleh lari2 anak jer dah sampai.

    ReplyDelete
  3. Lucu pulak baca buat rasa-rasa je jem.. hihihi... balik ke pantai timur baru merasa betul² jem kan?

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. hehe bijak2. sama la kita, rumah sendiri dikecualikan beraya haha

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya maaf zahir batin Jaja sekeluarga...
    kena pusing jalan jauh sikit la Jaja nak merasa jem hihi

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Jaja..
    Hahaha ..bolah la buat raso raso jem tu kan.
    Alhamdulillah raya kali ni tak la merasa sangat jem + ada ko pilot pi & balik ..hihihi

    ReplyDelete