Wednesday, May 17, 2023

Cerita Hujung Minggu

 Assalamualaikum semua 😊.


Dah habis beraya ke korang².
Kami baru betul² pi beraya n open house minggu lepas. 
Mami pun dah mula bertugas di dapur 🤭.


Pagi Jumaat tu nak buat salted caramel. Tak berapa menjadi. Warna dia tu tak macam yang sepatutnya. Jadi macam warna susu pekat 😂. Punca dia sebab kurang sabarrr. Hihihi

Balik dari ambil Ahnaff, cuba buat sekali lagi. Alhamdulillah menjadi helokk.


Balik sekolah, Ahnaff mintak air sejuk² lagi. Buatkan air cincau jelaaa. Hihihi. Licinn 1 jug.


Brownies kedut dan brownies with salted caramel.



Malam tu abah Ahnaffea balik kerja awal. Pukul 8 dah sampai rumah. 
Memang tak masak la sebab sibuk nau buat kek. 
Hari Jumaat tu seharian buat kek. 
Malam tu abah Ahnaffea nak pi isi minyak kereta, tetap la jugak nak ajak mami dan anak² ikut. 
Lepas siap bakar kek rampai sari, terus la siap². 
Yang Ahnaff dah cakap "nanti abah makan la. Kitorang bertiga dah kenyang. Petang tadi dah makan". 
Gitu la ayat dia. Tapi bila sampai kedai, ehhh..dia yang order dulu. Hahahaa
Nak makan roti nan ayam goreng. Haaa gittuuu. 


Projek hari Jumaat tu la. 
Red Velvet - 2
Pandan Gula Melaka - 2
Choc cake + Ganache - 2
Kek Rampai Sari - 2
Brownies Kedut - 1
Kek Buah - 2 (dah buat awal. Hari rabu).

Order ni untuk delivery hari Sabtu.
Delivery ke Sungai Besar.
Pagi Sabtu tu pagi² dah gerak sebab nak menyinggah Kuala Selangor dulu hantar brownies dan kek buah.

Ni la gerangannya yang menempah kek untuk open house dia. 

Bertahun² KakYan order kek dari mami untuk open house dia. 
Tapi baru tahun ni la berkesempatan nak hadir. 
Tahun² sebelum ni tak dapat datang sebab ada je halangannya. 
Demam la, Ahnaff tak sihat la. Macam² 😂.

Berselera dua kenit ni makan ayam goreng. Sofea tu duk pegang karipap sardin. Dia pantang nampak karipap. Mesti nak 🤭.
Beraneka jenis makanan ada.
Tapi kami cuma ambil ayam goreng, sate dan cucur udang. 
Cuaca panas kan, minum air je banyak.
Makan sikit dah kenyang.
Lepas open house KakYan, pi open house Mira pulak.
Dah sekali jalan nak balik Puncak Alam.
Singgah la kejap 😊.


Dekat rumah Mira, diorang makan aiskrim je. Ada la 2,3 kali berulang ambil.


Mami makan sate dan air oren.


Tekun dia makan aiskrim ye 😂. Pastu dia lah yang terpaling comot.

Kek lapis masam manis dan kek lapis coklat chip. Dah lama tak makan kek lapis masam manis. Puas hati betul bila dapat. Padahal dulu memang berjualan kek lapis masam manis. Sekarang nak buat sikit punya malasss 😅.

Rumah Mira tu kat tengah sawah. Kitorang kene lintas titi dulu sebelum boleh masuk ke rumah dia. Haduiii, gayat betul masa lalu titi tu. Agaknya orang yang tengok pun terdetik ape ke teruk nau anak beranak tu melintas titi. Kecoh sangat. Hahaha.
Ahnaff geng mami, gayat masa nak lintas titi tu. 
Tengok la parit tu, luas kan. Jenuh nak menyampaikan ke seberang. Hahaha



Ni hari ahad. Pi beraya ke Balakong (rumah adik no 6). Tengok la dia menjeling tuu. Kemain lagi. 


Konon nak selfie dengan Abah je. Dah dia marah. Ehhh dia pulak yang lentok lebih kat abah 😌.

Balik dari Balakong, Atok teringin nak makan kambing bakar pulak. 
Padahal ada 1 rumah lagi nak pi.
Takpelah. Kami turutkan aje 🤭.
Pi Restoran Tri Sahara cawangan Setia Alam.


Geng² lelaki je yang makan nasi dengan kambing bakar. 
Kami yang perempuan² dah kenyang dah. 
Lagipun nanti nak ke rumah adik mak kat Tasik Puteri.
Kat sana mestilah makan lagi nanti 🤭.
Ahnaff makan kambing bakar je. Kemain suka dia. 
Ehh, bukan Ahnaff je, Ahnasofea pun makan kambing bakar ye. Dia ratah² je 😂.


Ambik air tembikai tower ni. Tulis dalam menu rm10. Tapi bila order, add on air jadi rm18 😂. Bijakkk orang niaga ehh.
Boleh la minum untuk 3,4 orang. 



Meriah menu kat Tasik Puteri. 
Elok je sampai Tasik Puteri, hujan turun dengan lebat.
Boleh la berlama² sikit. Hihihi
Dapat la juga jumpa sepupu² yang tak sempat jumpa masa awal raya haritu.
Pi beraya 2 rumah je pun tapi, dari pagi sampai ke petang peginya 😂. 
Balik rumah dalam pukul 5 lebih camtu.








6 comments:

  1. Raya kami dah habis...tunggu raya haji gah nie hehehe

    ReplyDelete
  2. Comelnya Sofea! Pandai makan karipap sardin ye.
    Kami masih lagi beraya, ada jemputan hujung minggu.

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaaa....raya sakan depa na...
    Dengar kek rampai sari tu...teringat makngah hutang janji cookies belum ditunaikan🙈🙈

    ReplyDelete
  4. bestnya pandai buat kek...ammi kalau buat satu adunan pun rasa penat nak mati dah

    ReplyDelete
  5. raya dan makan berpisah tiada. bestt! haha. buat kek lapis renyah kan?

    ReplyDelete
  6. Masyaa Allah...
    cantik dan kemas kek air tangan Jaja..
    Saya dulu berangan nak ke kelas buat kek ...berangan ja la sampai tua🤣

    Seronoknya beraya..Tahun ni rasa meriah betul raya.
    Ahnaff & Sofea lagi la syok raya dapat kumpul duit raya yer...😁

    ReplyDelete