Saturday, May 20, 2023

Sambutan Hari Guru dan Jamuan Hari Raya.

Assalamualaikum semua 😊.


Semalam (19/5/2023), sekolah Ahnaff buat sambutan hari guru dan jamuan hari raya.
Lega mami sebab buat sekali je.
🀭

Kemain sengih. Suka la dia dapat bergaya pi sekolah.


Mini cup brownies. Gitu nama dia 🀭. 
Dari hari Khamis dah bertanya nak bawak ape. Yang mami pun takde idea nak bawak ape. Sebab kalau ada makan² je mesti Ahnaff bawak brownies. Macam dah jemu pulak. Tapi kesudahannya bawak brownies jugekk. Cuma presentation je berbeza πŸ˜‚. 


Cupcakes Pandan Gula Melaka. Cenderahati untuk teachers yang mengajar dia.
Yang ni pun last minit. Konon nak buat PGM dalam bentuk tower. Tapi macam tak sempat. Sudahnya buat cupcake je. Dapat la sorang 4 biji. Ada 5 orang cikgu yang dia bagi.


Masuk dalam tupperware transparent ni je. Pastu ikat reben. Reben pun balance buat hamper haritu. Bila dah ikat² letak kad, nampak cantik gak kan. Hahaha. Maaf memuji produk sendiri πŸ˜‚.


Bagi cupcakes dan tudung sehelai.


Ada balance, boleh la buat manis² masa sarapan. Hahaha. Sedap gak 🀭.

Bergambar raya dengan kawan² kelas. 

Seronok dia cakap. 
Teacher pasang lagu raya.
Bila tanya dia makan ape, dia cakap dia makan nasi impit dan rendang ayam tak pedas.
"Ahnaff makan tambah 3 kali mami".
Ya ampunnn anakku πŸ˜‚.

Teacher Jannah tapaukan Ahnaff roti jala sebab dia kata sian Ahnaff tak rasa pun roti jala ni. Duk makan nasi impit je.
πŸ˜‚
Ape yang kesiannya teacher oiii, makan bertambah² dah Ahnaff tu.
Sedap kuah kari dia tu. Roti jala tu pun halus elok je jalanya. Camne nak buat bagi halus gitu ehh. Roti jala mami tak pernah halus gitu.


Semalam memang mak cuti masak πŸ˜‚. Semalam mood nak rehat² je sebab rasa macam 2,3 hari ni sibuk kat dapur je. Menggodek kek sajooo. 


Tengok si Piah ni. Tak boleh ye panas sikit, silau² πŸ˜‚. 
Dah macam dia pulak yang drive.







5 comments:

  1. Amboi Encik Ahnaff kemain segak bergaya dengan kaki sebelah jejak di tanah!

    ReplyDelete
  2. Seronok anak2 dapat sambut hari guru dan hari raya kat sekolah

    ReplyDelete
  3. Nak jala halus rasanya kena jala laju2. Ahnaf macam Pak Ostaz dah bonda tengok. Kemahen suka ya makan nasi impit dengan rendang ayam sampai tak pandang roti jala. Cikgu pun suka dapat hadiah cantik cam tu mami.

    ReplyDelete
  4. Memang cantik pun gift cupcakes tu Mummy AhnaffSofia hihi...tangan lembut gitu la, tau-tau jadikkk..jangan saya, buat yang simple pun ya ampunnnnnn

    ReplyDelete
  5. Kreatif la mami afnaffea ni.
    pasti cikgu suka dapat cupcake cantik dan sedap..pea kemain ye dengan spek hitam dia😎

    ReplyDelete