Friday, April 7, 2023

6, 7, 8, 9 dan 10 Puasa 🤭

 Assalamualaikum semua 😊.


Harini dah hari ke 16 puasa kan.
Pantas masa berlalu.
Mami pun dah mula nak start gear settlekan semua order dah ni. 
Tahun ni tak ambil banyak order pun.
Ikut mood si Copea tuuu.
Walau dah jauh ketinggalan, mami tetap nak share jugak menu sepanjang puasa ni 😆.

6 Puasa


Nasi planta. Saje buat nasi yang ada perisa. Nak bagi Ahnaff selera sikit. 


Ada ayam goreng tepung (Ahnaff request ayam goreng tu je). Tu yang buatkan nasi berperisa tu. Memang suka la dia kann 🤣. Ada kuih cuk badak. Ada jelantah ikut suka. Guna timun, tomato dan nenas dalam tin (balance buat pizza aritu). Boleh laaa..sedap jugak.


7 Puasa


Buat bihun sup simple² je. Makan bertiga je pun. Bihun semangkuk tu pun boleh ulang buat sahur pulak. 

Lama dia tertonggeng² gitu. Sambil duk conteng² buku. Rupenye tengah buat projek yakyakk 🤣. Memula dalam hati duk cakap "amboii elok dia gembira main kat situ". Tau² datang kat mami bagi isyarat dia yakyak. Nak pi toilet 🤭.


Sementara Sofea tido, sempat buat tart cadbury sikit. Ada kawan dari Melaka nak mai amik hari Jumaat.

Bangun tido carik makanan. Suka betul dia dengan kerepek bawang tu. Suka mengunyah² kerepek sambil tengok tv. Dah macam orang tua dahh.


8 Puasa

Bulan puasa ni, kelas taekwondo tukar petang pulak. 3.45 sampai 4.45. Tanya dia nak pegi atau tak. Sebab dia puasa kan. Risau tak larat. Tapi dia kate ok je. Nak pegi jugak. Jadinya, pegi je lah. 


So petang tu masak nasi la. Buat masak lemak kuning ikan tenggiri, ulam sikit, sambal belacan dan roti sardin.
Pertama kali buat masak lemak ikan tu. Alhamdulillah menjadi. Laju ye dua ketul tu makan ikan 🤭.


Sabar menanti masuk waktu


9 Puasa

Pi Mitsui sat. Cari barang. Biasanya jarang kitorang keluar cari barang time puasa. Ni keluar petang, lepas pass biskut n brownies kat kawan, terus gerak menuju Mitsui. Dah plan nak berbuka kat luar je.

Berbuka kat TCRS. Ulang² itu je lah. Menu yang anak² suka makan. Lagipun Ahnaff puasa. Kene la beli jiwa dia. Bagi makan makanan yang dia suka. Hihihi

10 Puasa

Hari Sabtu tu kitorang balik kampung 3 beranak je.
Abah kerja.
Ni baru nak berkumpul buka puasa beramai².
Semua balik, Kakcik je yang tak balik sebab dia balik berbuka di Kedah.
Menu berbuka beramai² ialah nasi minyak, ayam masak merah, tumisan jawa dan kuih muih.

Dah sama besar dah kakak Pia dengan Atiyyah. 
Pia suka nak peluk² cium Tyah tapi Tyah tak suka 🤣. Ada hati ye Pia nak dukung si Tyah. Padahal size lebih kurang je. 


Ayam masak merah by mami Ahnaffia 🤭.

Nasi minyak haruslah Atok yang buat. Memang sedap tak pernah tak sedap.

Tumisan jawa by mami Ahnaffia juga. Tapi kite tolong tumis dan kacau² je. 🤣. Sambil nenek guide kat tepi.

Popia sira ni memang sedap betul. Order dengan menantu jiran sebelah rumah nenek. Waktu dia hantar tu pukul 3 petang, still panas lagi. Tapiiiii, kekal rangup dan sedap masa waktu berbuka tu. Ingat minggu ni nak order lagi laaa 🤭.
















8 comments:

  1. alhamdulillah..semua menu pun nampak sedapppp

    ReplyDelete
  2. wow abg dah tali pinggang kuning takutnya acik...tp bila tengok manisnya muka abgnapp senyum cair hati acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba dengar bangnapp menceceh pulak acik, mesti tak jadi cair hati acik 🤣

      Delete
  3. huwaaaa...sedapnya popia sira...mana nak carik ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap SA, rangup helokkkk. Secukup rasa pulak tu.

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Saya dapat jamu mata kuih muih dan juadah berbuka puasa yang sedap-sedap belaka. Popia sira tu saya suka betul!

    ReplyDelete
  5. Tudiaaaa ...mami Ahnaff Sofea rajin sungguh..
    Banyaknya masak..
    Posa2 pun Ahnaff tae kwando...💪

    ReplyDelete