Saturday, April 8, 2023

16 Puasa

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari ni dah masuk 16 Ramadhan dah kan.
Alhamdulillah Ahnaff dapat la puasa penuh 12 hari.
Setakat hari ni tadi.
Tiap kali lepas buka puasa je mesti tanya dia dah puasa berapa hari.
Duk bertanya lama lagi ke nak raya.
Dah lama tak makan kat sekolah katanya 🤣.
Tengahari tadi dia ikut abah pegi solat Jumaat.
Tahun ni ada la dia ikut 3,4 kali dah gi masjid waktu solat Jumaat.
Kalau kebetulan abah dia off hari Jumaat, memang abah dia bawak sekali.
Bangga betul dia kalau lepas balik dari masjid.
Duk menyembang dengan Sofea dia solat kat masjid.
Sofea pulak duk uh uh uh dengan abang.
Nak bercakap tak pandai lagi 🤭.


Ni pagi tadi ni. Abah dia kejut Ahnaff bangun sahur, tapi yang melompat bangun orang lain pulak. Dia yang berselera makan sahur 🤣. Dah kenyang, dia yakyak pulak. Terus je mandikan. Pastu dia nak tido semula. Tido la dia sampai pukul 10 pagi. Aman mami buat tart nenas pagi tadi 😆.


Baru sikit ni 😌. Harap² minggu depan siap dah semua.


Ni menu berbuka petang ni tadi. Beli satay je. Pastu goreng popia begedil. Alhamdulillah kenyang sangat.  Satay tu abah Ahnaffia beli siap² sebelum dia pi kerja petang tadi 🤭. Dah cakap kat dia, kalau tak sempat beli, takpe je. Nanti order je pape sebab harini memang takde kerajinan nak masak 😅. Ermmm, pukul 4 lebih dah ajak keluar gi Meru beli satay. Ikut je la. Padahal dalam hati bersorak yahooooo!!! 🤣

Beli pun tak agak² ye.
Padahal yang nak makan mami dengan Ahnaff je.
Sofea makan la jugak 2 cucuk.
Abah Ahnaffia ni, kalau beli makanan, konsep dia 'biar lebih, jangan terkurang'. 
Haaa, gitu la.
Sampaikan kalau balik kampung, dia pi beli sarapan, nenek pesan siap² beli sikit² je.
Kalau tak pesan, nahhhhh berplastik² kuih dia beli.
Dengan alasan, "mak suka makan kuih".
Ehhh, petik nama mak kite pulaknyeeee 🤣🤣.


6 comments:

  1. amboii cik pia yg melompat bgun sahur ye hehe
    wahhhh mami bersilat siapkan tempahan biksut raya!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, berapa umur Ahnaff? kecik2 dah belajar puasa penuh 👏🏻 tart nenas tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Awal pagi Sofea mandi ye.
    Lepas mandi memang lenalah tidurnya tu.
    Wah, banyak dah tarta nanasnya tu.

    ReplyDelete
  4. gerammm aih tengok tart nenas mami hangpa buat tu ahnaffea weyhhhhh =P

    ReplyDelete
  5. Wah,gumuks2 tart nanas tu saya sukaaaa

    ReplyDelete
  6. wah rajinnya buat tart nenas.
    VM beli kuih tunjuk je hahaha
    Nak buat tapi malas XD

    ReplyDelete