Friday, April 7, 2023

15 Puasa

Assalamualaikum semua 😊.


Haaaa, tetiba dah lompat 15 puasa ye 😆.
Pagi tadi buka radio je dah kedengaran lagu raya.
Barulah semangat nak buat order biskut dan kek buah kannn. Hahaha


Korang suka semperit yang camni or semperit yang bentuk bunga? Mami Ahnaffia pandai buat semperit highway ni ajeee 🤣. Yang bentuk bunga failed sokmo. 


Ahnaff balik sekolah bawak bubur jagung ni. Dia cakap dia yang buat. Mami pun iye kan je la.

Tuptup petang tadi dalam group sekolah, teacher dia kongsikan gambar aktiviti hari ni.
Memang betul la diorang yang masak bubur jagung tu 🤣.

Kemain sengih abah kamu Napp 🤣. 

Haaaa, bukti Ahnaff turut serta aktiviti harini. Kemain, nak masak dengan Inara je 😌. Sambil bercerita tu, tersengih². Sabo je laaaa.


Ni menu buka puasa harini. Nasi lemak. Ada sambal sotong kembang, karipap dan pau goreng. Ayam panggang tu beli yang Bakers Cottage je. 

Sambal sotong kembang dengan bawang holland selambak 🤣.

Kemain sekor mami kamu hidang Napp. Tak potong² 🤣.


Nak tau tak, petang tadi gi Lotus.
Nak mencari bawang dengan sotong kembang tu la.
Duk pusing² nampak la mixing bowl stainless steel size besar. 40cm.
Cakap kat abah Ahnaffia, ni sesuai buat adun kek buah.
Tapi, mau melecup tangan kalau nak kacau adunan time dah curah gula panas tu.
Abah Ahnaffia suruh pakai glove korang 😌.
Dia kate, dia ada glove extra. Panjang sampai lengan.
Glove kerja dia la. Tapi belum pakai lagi.
Dia kan kerja handle gass liquid cam nitrogen tu.
Memang kene ada la benda² gitu.
So, beli la mixing bowl tu.
Pastu lepas berbuka tadi terus adun kek buah guna bowl yang baru.
Guna glove uolls. Lucuuu pun ada. 


Tu diaaaa 🤣. Safety first katenye.

Gituuuu 😆.
Selamat la tangan mami dari melecup dek panasnya gula hangus tu ye.
Sebab dulu memang pernah adun kek buah guna mixer. Bowl dia tu stainless steel la. Sebab tak tau kan, ku curah je gula hangus tu dalam tu dan dengan senang hatinya pegang terus bowl tu sebab nak kacau laju². Memang bertanda la lengan ye. Panas wehhh 😆. Sejak dari itu, tak berani dahhh. 
Sesungguhnya pengalaman itu mengajar mami untuk lebih berhati². Hihihi.
Ada lagi 31 biji kek buah nak kene pulun buat. 🤭



 

16 comments:

  1. semperit tu rasa coklat ke? nampak sedappp. nasi lemak pun sedappp. haha. biar kelakar janji safe gitu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofkos rasa coklat yang ermmmm, dapp. Hahahaha

      Delete
  2. harus la..safety first, kalau sakit nanti mcm mana nak buat yg 31 biji tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, duk fikir² nak guna kitchen towel je. Rupenya abah Ahnaffia ada idea yang lagi bernas 🤣

      Delete
  3. Jaja nak order kek buah tu boleh lagi ke?maksudnya ada lagi 32 biji kek buah yang kena siapkan...hahaha
    betul ni serius akak nak order

    ReplyDelete
  4. bestnya pandai buat kuih pandai buat kek...SA pun pandai tau....pandai tunjuk dan bayar je...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpeee. Pandai tunjuk n bayar pun penting gak SA. Membantu peniaga² kecil. Hihihi

      Delete
  5. mesti semerbak harum je rumah dia ni.... teringin lak nk merasa kek buah dia ni... mesti sedap,nengok semperti coklat tu pun helok tersusun compom sedap

    ReplyDelete
  6. waaahh semperit coklat ke tu?
    amboi ahnaff kemain ye nak dgn inara je hehe
    kena pakai glove lah utk safety.
    sapa tak sayang bini oi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh, semperit coklat tu.
      Ahnaff tu memang la dia. Sikit² Inara 🤣.

      Delete
  7. Sedapnya tengok Semperit coklat tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Kalau penggemar coklat, mesti suka 😊

      Delete
  8. Betullah tu Ahnaff yang masak bubur!
    Bijak betul Ahnaff kan.
    Selamat mengekek 31 biji lagi.

    ReplyDelete
  9. Nanti nak berguru ngan Jaja cara buat samprit hi way tu...
    Saya memang tak pandai.Kalau dahlia in shaa Allah boleh walau tak kemas macam orang lain

    ReplyDelete