Monday, January 2, 2023

Selamat Tinggal 2022. Selamat Datang 2023.

 Assalamualaikum semua 😊.

Masih belum terlambat kan kalau mami ucapkan selamat tahun baru.
Selamat tinggal 2022 yang penuh suka dan duka.
Selamat datang 2023 yang diharapkan dapat memberi lebih banyak kenangan manis.

30/12/2022 dapat order kek pandan gula melaka sebanyak 4 biji saiz besar.
Sejak ada Sofea ni memang fikir banyak kali kali nak ambil order kek yang banyak step gini.
Tapi kalini nak cuba buat juga.
Dalam hati dah terdetik dah, kalau time buat order ni dia ok je, InsyaAllah boleh la aktif balik tahun 2023 ni.
Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. 
Mood dia pun ok je, so mami pun baking santai² je.
Santai² tu maksud dia 2 hari sebelum delivery dah kene start buat ape yang patut.
Untuk mengelakkan stress di kemudian hari 🤣.




Dulu memula buat PGM ni memang hias dengan daun pandan gitu. Pastu ada customer cakap takyah letak sebab bukan boleh makan pun 😅. So, lama jugak tak letak. Ni letak balik saje² je sebab nak bagi bau pandan tu je. Kan ke wangi.


31/12/2022 pula dapat order 4 biji kek yang berlainan jenis. 
Mummylong Ahnaff order kek marble klasik, brownies, kek butter dan kek rampai sari. 
Kalau kek² kampung camtu mudah je sebab takde nak bercoating bagai.
Buat malam² pun settle 🤭.
Kakyong order untuk bawa pergi kenduri anak sepupu kahwin.

Dari kiri: Kek rampai sari, kek marble klasik, kek butter, brownies kedut dan PGM. PGM tu saje saya bagi sebiji untuk kenduri tu.


Yang ni versi tak bercoating. Togel je 🤣. Pipe kan cream cheese frosting je atas dia. Nampak macam menarik juga buat style camgitu kan? 


Hadir ke kenduri penutup 2022 🤭.
Sampai tempat kenduri pun dah lambat sebab menunggu abah Ahnaff balik kerja. Pukul 12.30 baru gerak. Mujurlah dekat je tempat kendurinya. Pukul 1 dah sampai.

Balik dari kenduri pi rumah KakLang kejap.
Ziarah Eddin. Minggu lepas dia warded, tak sempat nak ziarah. 
Ni dah discaj boleh la ziarah kat rumah je. Hihihi.
Balik dari rumah KakLang pun dah petang. Dalam pukul 5.30 camtu. 
Terus abah Ahnaff ajak pi carik dinner je terus.
Kami gi makan kat kedai Amir Satay & Western Food kat Kg. Budiman, Meru.
Sedap² makanan kat kedai tu tau. 
Sebelum PKP dulu memang selalu pegi makan kat situ. 
Tapi menu dia limited.
Ada satay, chicken chop, lamb chop, fish n chip, meatball, fries, potato wedges dan nuget je. 
Tapi kat tepi kedai dia ada kedai makan yang menyediakan hidangan panas. Goreng² camtu.
Kalai rasa nak makan nasi goreng ke, mee goreng ke, boleh la order dari kedai tu.
Nanti dia akan hantar ke kedai Si Amir ni 🤣.

Popia basah terpaling sedap. Ni pun beli kat gerai tepi kedai ni. 


Fish n chip, mami punya. 

Chicken chop, abah Ahnaff punya.


Ahnaff pun makan chicken chop kuah asing 🤣.


Ahnasofea makan fries dan kongsi fish n chip dengan mami. Si kecik ni pandai tau. Memula dia makan fries tu macam biasa je. Pastu tangan dia pelan² tarik pinggan mami, bagi dekat sikit dengan dia. Nak tau tak sebab ape? Sebab dia nak cicah fries tu kat coleslaw tu 🤣. Aduhaiii, anak anak.. tergelak kitorang tengok gelagat dia semalam. Dia nampak Ahnaff duk cicah fries dan chicken chop kat kuah blackpepper tu, dia pun nak tiru juga. Tapi cicah kat coleslaw mami 🤣.

Sampai je rumah, budak² ni mandi², main kejap lepas isyak dua² dah hanyut ke alam mimpi 🤭.
Mami abah pun turut sama hanyut 🤣.
Tersedar dari tidur bila dengar letupan bunga api.
Kemain meriah bebudak main bunga api kat bawah tu.
Tapi kan, nasib baik juga la terjaga sebab bunyi bunga api tu sebab ade misi nak mengadun tart cadbury pulak.
Dapat order 2 balang tart cadbury.
Sekali bakar je siap dah la 🤭.
Nak buat tary cadbury senang je. 
Kejap je dah boleh siap.
Yang lecehnya nak membuka bungkusannya tu satu². Mengantuk 🤣.


Tart cadbury. Paling senang dibuat. Rasa macam nak mula buat biskut raya la tahun ni. Abah Ahnaff pun dah bagi lampu hijau. Dah 2 tahun tak open order kuih raya. Harap² tahun ni boleh la open order semula. Ahnasofea tolong jangan buat perangai ye. 🤭
Mami ade banyak wishlist nak tick tahun ni. Hahaha

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA. SEMOGA TAHUN 2023 INI LEBIH BAIK DARI TAHUN² YANG SEBELUMNYA. 












14 comments:

  1. Selamat tahun baharu 2023
    Semoga dipermudah segala urusan mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aminn. Selamat tahun baru juga wak.

      Delete
  2. waahhhhhh feveret acik ana tau PGM yummyy! salute mommy ahnaf & sofea ni sbb boleh bersilat setel semua hehehe

    selamat tahun baru ahnaf & sofea comel! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, bila² kesini boleh rasa PGM mami pulak 😊.
      Selamat tahun baru achik ana 😘

      Delete
  3. Masyaa Allah..
    Kemas menarik PGM & cadbury tu Jaja..
    Hebatlah Mami Sofea & Ahnaff ni..Penuh aktiviti dari pagi sampai malam.seronoknya..
    Selamat Tahun Baharu Jaja & family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak bersilat buat order banyak². Tahun ni nak start enjin balik nih. Hihihi.
      Selamat tahun baru kak 😘

      Delete
  4. selamat tahun baru jaja&family moga 2023 semuanya yg baik..
    suka tengok jaja baking cantik dan kemas..akak pun minat baking tapi selalu tak menjadi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga kak.
      Tak menjadi baking tapi akak terror masak masakan berlauk. Sedap² semua tau.

      Delete
  5. Aaaa sedapnya kek. Kita dah simpan no awak hihi. Tapi bila la pulak nak ke sana merasa kek.

    BTW Happy new year! Semoga tahun ni lebih baik dari yang lepas. Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa..kan selalu ke belah sini jugak kan. Roger je. Kalau ade rezeki, insyaAllah boleh merasaa.
      Happy new year juga Nad 😘

      Delete
  6. Semuanya sedap.. happy new year jaja & family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kakmim.
      Happy new year juga untuk akak dan family 😘

      Delete
  7. pssttttt~ acik ana singgah lagi... cuma kekadang tu busy sikit, tu yg lama tenggelam timbul hehehe

    ReplyDelete