Friday, December 30, 2022

Balik Kampung Lagi 🤣

 Assalamualaikum korang 😊.

Sepatutnya Kakngah nak balik kampung hari Khamis.
Cuba tanya kat dia, kalau balik Jumaat boleh tak sebab rasa macam nak ikut dia balik kampung 🤭.
Jawapan dia, mestilah boleh kannn.
Hahaha
Jadinya pagi Jumaat tu ikut la dia balik kampung.
Nanti pagi Sabtu abah Ahnaff datang ambil kat kampung.
Lagipun memang nak balik rumah Perak jugak.


Sampai² kampung je terus naik basikal kakak Ezreen. Sebelum ni naik, kaki tak sampai. Tak jejak lantai. Balik kali ni, ehhh dah sampai. Lagi laju la dia merayap. Ke depan, ke belakang 🤣.


Ni kerja Paksu la ni. Sian baby mami kene buli. Yang Pia pun bukan main tersengih² 🤣. 


Ni la baju siap yang beli kat Muaz aritu. Cantik tak 🤭. Not bad la kan. Sepasang rm44.90. Boleh la buat pakai pi kenduri. Dah sampai rumah baru perasan belah kain tu ade corak melintang gitu. Masa kat kedai tu duk belek baju je. Tak check pun kainnye. Hahaha. Kalau takde border tu mesti lagi nice. 

Jumaat tu Atok pi memancing kat Pulau Sembilan, Manjung.
Pi pagi, balik malam.
Kate nak pi mancing ikan cencaru.
Dah terbayang² cencaru bakar dengan air asam. Sedapnyaaaaa.


Bila sampai rumah malam tu, curah je ikan dari tong oren tu, alamakkk, comel² ikannya. Hahaha
Kite nak ikan cencaru yang besoo. Nenek cakap dapat dalam 50kg ikan.


Ni tengah pilih cencaru dengan selar. Asingkan dan timbang. Pastu bahagikan sama rata dengan kawan² yang pergi mancing sama².

Lepas dah pencen kan, hobi Atok memancing.
Kitorang pernah pi Ganu 3 tahun berturut² sebab Atok nak gi mencandat sotong. 
Anak menantu ikut je la kan.
Nanti yang untung kitorang jugak 🤣.
Dapat makan sotong fresh.
Ingat lagi masa berpantang Ahnaff dulu, Atok pi mancing ikan tenggiri.
Dapat ikan tenggiri besar² wehh. Berpuluh kilo jugak la. 
Siap boleh tolak kat cina jual ikan kat market 🤣.
Cina tu pun sebab dah biasa dengan Atok, dia onzz je.
Memang best la pantang time tu. Makan sedap 🤣.


Pagi Sabtu balik Perak. Abah Ahnaff nak pasang kanopi ni kat bilik anak bujang tu. Kemain ye bilik dia. 


Yang ni pulak asyik nak turun naik tangga je 😌. 
Yang rajin melayan mestilah abah dan Opahchu. 


Mee kari sedap. Padahal tengahari tu dah makan nasi kat rumah. Tapi Opahchu nak makan abc pulaknye. Pukul 3 keluar rumah semata² nak makan abc dan mee kari 🤣.


Abc sedap.


Balik dari makan abc, abah Ahnaff basuh kereta. Ahnaff pun ape lagi, peluang dia main air la. Tengok Sofea tu, duk berdiri kat grill sambil terjerit². 🤣


Abah dia tak sampai tengok anak daranya terjerit², dia bawak keluar. Kemain suka la main air dedua.
Yang kecik tu suruh masuk rumah menjerit² taknak.
Sofeaaaa, Sofeaaa 😆









4 comments:

  1. uuitts abg napp cekcinya tu...
    banyaknya hasil pancing atok 50kg..ikan segar masak apa pun sedap kan jaja bakar cicah air asam tu mst manis je isinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat 50kg tu sebab guna kaedah apollo kak. Satu joran tp boleh dapat ikan sekali 5,6 ekor. Macam mencandat sotong tu. Kalau macam joran biasa, dapat sekor², mau patah pinggang 🤣

      Delete
  2. Seronoknya Jaja balik kampung sokmo...
    Untung Ahnaff & Sofea membesar dlam suasa kampung dan bandar sekali gus..
    Tapi saya nampak Afnaff jiwanya kena dgn kampung.Nanti belajar ambil kos ogrotech kena ni..hihihi memandai susun anak orang🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Cita² dia setakat ni nak jadi askar makngah. Nak bawak kapal terbang askar, nak bawak lori askar. Minat dia pada transportation.

      Delete