Friday, December 30, 2022

Outing Lagi 🤭

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas kan, memang minggu bersuka² je rasanya 🤣.
Bermula dari family day, outing tengok wayang pastu hari rabu tu pi shopping pulak 🤭.
Takde la shopping ape pun. 
Saje ikut kakak² pi cari baju raya.
Camni la kan bila dah kawin, pastu tak kerja pulak.
Circle kite jadi kecil. 
Kebanyakan waktu memang dengan family je.
Ada la keluar dengan kawan² tapi, jarang.
Payah sikit bila kawan² berjimba waktu muda dulu still single, yang kite kalau keluar kene usung dua kenit tu 😅.
Tak semua faham situasi semasa 🤭.
So, rabu tu pagi² dah keluar sebab Kaklang, selaku ketua rombongan memang dah pesan siap², KELUAR PAGI². 
Baiklah kapten 🤣.
Destinasi pertama Muaz Wholesale Emporium, Plaza Alam Sentral.
Maaf, memang takde gambar walau sekeping pun kat situ 🤣.
Kaklang kate murah² baju kat Muaz tu.
Tu yang dia ajak pi situ, dia nak cari baju raya untuk dia, Ezreen dan Zahra.
MWE ni ade juga kat KL. Dekat² dengan Sogo tu.
Kat Kuala Selangor pun ada juga.
Memang betul murah² baju kat situ.
Tapi material dia pun kira ok la. 
Takdela tiptop sangat. Sesuai dengan harga. Gitewww.
Saya beli 2 pasang baju dan sehelai kemeja je.
Tapi baju pasang tu bukan la untuk raya.
Saja beli untuk pi kenduri bila² sok 🤭.
Kakyong, kakngah dan kaklang masing² memborong tau. 
Dah selesai kt Muaz tu, kami bergerak ke Aeon Shah Alam pulak.
Saja nak cuci² mata la kononnya.
Tapi mestilah tercuci dompet sekali. Hahaha
Lagi bila keluar dengan adik beradik ni, racun shopping dia memang lain macam. Hahaha


Anak bujang mami muka cemberut je sebab dia lapar 🤣. Pagi tu sebelum keluar dia taknak sarapan. Tu yang laparnya kemain. Masam je muka. 

Mula² nak makan kat TCRS tapi, penuh la pulaknya.
Kene menunggu.
Oleh kerana tak sanggup nak tengok kemasaman muka Ahnaff tu, tukar plan pi makan kat SR je. 🤣


Kakyong, Kakngah, Kaklang dan dede. Yg buat peace tu Ezzahra. Anak Kaklang. 
Kakcik dan Cikya tak ikut. 

Yang ni tido, dapat la mami dan abang makan dengan tenang 🤭.



Kek sampai dulu. Agaknya sebb lapar kan, habis carrot cake tu dimakan oleh Ahnaff. Padahal Kakyong yang pilih kek tu. Demi anak, mummylong mengalah 🤣.


Ni set grilled chicken with rice kalau tak silap. Order untuk Ahnaff. Tapi sos blackpepper tu pedas sikit. Maka sikit juga lah dia makan.

Mami order set spaghetti bolognese. Sudahnya Ahnaff yang makan spaghetti ni. Mami kongsi dengan dia. Alhamdulillah kenyang dia.


Dah kenyang tentulah senang hati kan. Lagi bertambah senang hati sebab dapat mainan 😒. Barulah muka ada senyum manissss. Hahaha


Penuh bonet kereta ye. 🤣
Dalam pada kata tak de nak beli pape tu, tau² masing² membeli sampai lupe diri. Hahahaa


Hasil tangkapan untuk dua kenit tu.

Style saya memang jenis beli baju raya sikit² untuk budak berdua ni.
Tak beli sekali harung sebab taknak pening.
Kalau beli sikit² ni, boleh la nak ikut bajet yang dah ditetapkan.
Nak membayar pun tak terasa sangat. Hihihi.


Balik rumah abah Ahnaff dah ada. Bawak balik durian 2 biji. 

Nipis biji dia. 

Dulu² kalau abah bawak balik durian, yang paling eksaited mestilah Ahnaff tu.
Sekarang ni, dek kerana selalu dapat, tak eksaited dah dia.
Makan pun 2,3 ulas je 🤣.
Siap komplen pulak, "kenapa la abah ni selalu bawak balik durian aje".
Bersyukur lah nak oiiii. Dapat durian free. Takyah kuar modal nak makan raja buah tu 😌. 












4 comments:

  1. waah dah start beli baju raya ye...kami plk jenis suka beli last minit sebab kalau beli awal dekat2 raya nnt rambang mata nak beli lagi..org lapar ni jgn buat main kan ahnaff mood blh swing dh kenyang baru ada tenaga nak senyum hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpul sikit² kak. Biasa memang shopping sebelum puasa. Bulan puasa sok bizi buat kuih raya 🤣.
      Masa lapar tu muka ketat je. Tanya ape pun jawab macam takde mood. Dah kenyang barulah menceceh macam biasa. Hahaha

      Delete
  2. Hahaha..tau-tau penuh sebonet ye😆...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bahaya shopping dengan kakak². Taw² masing² penuh tangan. Hahaha

      Delete