Friday, January 13, 2023

Hari Ini dan Semalam.

 Assalamualaikum semua 😊.

Sihat ke semua?
Lately sibuk dengan macam² hal 🤣.
Hal² duniawi. Hahaha


Ni menu petang semalam. Maggi goreng. Ahnaff ada taekwondo kan malam tadi, so buat dinner ringkas je. Buat tak pedas, so mami punya haruslah tambah cili kicap. Baru sedap berapi 🤭. Next time restock barang dapo dah boleh la masukkan mee kering ni dalam list. Boleh buat mee goreng time terdesak or bila dah takde idea nak masak. Yang semalam tu buat guna maggi. Tapi ambil mee dia je la. Bahan² perisa dia tu tak masukkan pun sebab nak bagi budak² makan.


Si kenit ni pun suka makan maggi goreng. Habis dia makan. Kalau tengok Sofea ni, dia memang lebih cenderung makan mee, bihun atau spaghetti. Nasi dia kureng sikit.
Kalau BangNapp, tak memilih. Semua pun ok.


Ni menu lunch harini. Nasi hujan panas, ayam masak merah, jelantah dan ayam goreng. Rajin masak complete camni sebab Adam ada kat rumah. Baru sampai pagi² tadi, dari Kelantan. Sementara nak tunggu mama dia datang ambil, transit dulu kat rumah Dede (anak² buah panggil saya Dede 🤭).
Tengahari lepas habis mengajar baru Kakngah datang ambil. Masak la special sikit sebab sian dia datang dari kampung nak ambil Adam. Kebetulan pula harini hari jadi KakNgah. Sedang elok la tu 🤭.

Nasi hujan panas. Elok pulak kejadiannya harini. Hihihi. Masak 4 pot. Alhamdulillah habis. 😊
Dapat la Adam makan bertambah². Siap ulang makan lagi petang tadi sebelum dia gerak balik kampung. 


Ayam masak merah. Tak pedas sangat cili kering kalini. Just nice Kakngah cakap 🤭.


Petang tadi pegi bank kejap. Balik dari bank pi tapaukan air untuk diorang yang kat rumah. 
Satu untuk Mami, satu untuk Adam, satu untuk Kakngah, satu untuk MummyLong dan satu lagi untuk Ahnaff. Dalam paperbag tu ade 2 ketul chocolate roll untuk Ahnaff dan 1 slice kek tiramisu untuk Kakngah. 
Saje nak belanja diorang. Bukan selalu pun kan. Sesekali 😊. Banyak jasa kakak² ni pada mami. 
Jarak umur KakYong dan KakNgah agak jauh juga dari saya. Waktu saya sekolah rendah, diorang dah mula kerja dah. Jadi banyak yang dah diorang bagi pada kami yang bawah² ni. Tu yang kalau nak melawan pun takuittt 🤣. 


Kakak Amirah pun lepas balik kerja sempat singgah kejap. Nak bagi hadiah kat Makngah dia 😊. Sempat juga la dia makan nasi hujan panas tu jugak. Hihihi


Kek dari MummyLong. Hokkaido triple chocolate cheese cake. Not bad juga rasa dia. 


Mestilah ade assistant untuk potong kek 🤣. 
Nasib baik Sofea belum pandai nak potong kek. Kalau tak, tentu BangNapp takde peluang nak pegang pisau kek tu 🤣. 









7 comments:

  1. rasanya nampak gaya tak lama lg assistant tu mampu pandang aje lah dah kena mengalah dengan sofea hehe

    ReplyDelete
  2. ammi pn selalu kalau restock barang dapur mesti ada mee sanggul, mihun, angel hair tu...boleh buat goreng2 emergency utk sarapan anak2 gi sekolah

    ReplyDelete
  3. Nasi hujan panas tu mengingatkan kepada kek bunga rampai.

    ReplyDelete
  4. Maggi goreng banyak peminatnya. Anak-anak saya pun suka. Makan di restoran pun kalau ada menu maggi goreng, itulah yang dipilihnya.

    ReplyDelete
  5. terliur nya tengok maggi tu. makin scroll makin terliur. bahaya betu la blog Jaja ni haha. Happy birthday Kak Ngah!

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka megi goreng. Sbb mi dia takde rasa kapur. Pastukan, kak ngah dgn kak long saya pun jauh gap umur dgn saya. Sama cam Jaja. masa saya skolah rendah derang dah kerja.

    Nnt komen no telefon kat blog saya ye. Saya tak publish komen tu nnt. Utk pos spender sunat.

    ReplyDelete
  7. Betul la komen SK..
    Nasi Hujan Panas mengingatkan Kek Bunga Rampai🥰

    ReplyDelete