Monday, November 14, 2022

Satay Kajang dan Daging Masak Lemak

 Assalamualaikum korang 😊.

Petang semalam Abah Ahnaff tanya anak bujang dia nan seorang tu, nak makan ape.
Anak dia pun jawab " nak makan kat kedai feveret Ahnaff. Nak makan satay".
Jadinya dah faham dah la mana kedai feveret dia tu. 🤣
Mestilah dia nak gi ke RnR Elmina tu.
Kat situ ade Satay Kajang Hj.Samuri.
Selalunya pegi yang belah Selatan.
Malam tadi pegi yang belah Utara.
Lagi best belah Utara, tak ramai orang sangat. 
Senang nak parking 🤣.

Satay ayam dan daging. Satay hati dah habis pulaknye.

Muka happy dapat makanan feveret dia.
Nasi impit dan timun tu dia yang habiskan sorang 😅. Sofea makan 4 ketul kot nasi impit tu. Saya tak perasan sebab abah dia yang melayan 2 orang tu makan 🤭.

Baby chair takde. Jadinya kene riba je la.  Diam je dia duduk makan. Best duduk kat abah ehh Pia.. empuk macam tilam eh 🤣. Dia makan sambil tengok telefon. Tu yang mau diam tu.

Kalau makan kat luar, memang kene makan gilir². Tak boleh nak makan sama² dengan aman 🤣. Biasanya abah Ahnaff bagi mami makan dulu sementara dia layan kenit 2 orang tu makan. 
Mami siap makan, anak² pun dah makan, barulah turn abah pulak makan dengan tenang 😊.


Daging masak lemak kuning.

Ni lauk tengari tadi.
Teringin lama dah nak masak lemak kuning ni.
Teringat daging qurban aritu ade lagi.
Buat daging masak lemak la.
Buat sambal belacan pastu celur sayur.
Sedapppp wehh 🤣.
Ahnaff makan nasi, kicap, kuah lemak ni pastu ayam goreng, kemain selera dia.
Bertambah² kuah dia 🤭.
Lega hati mami ni kalau tengok dia makan selera.
Kalau lauk yang dia tak berapa berkenan, time nak makan tu muka mendung je.
Macam susah hati sangat nak makan 🤣.
Tapi tetap makan walau sikit 🤭.







Tengok Atok Menjala

 Assalamualaikum korang 😊.


Sabtu haritu balik Perak kejap.
Nak jumpa tukang yang buat loteng tu.
Sampai pun dah petang.
Malam tu balik Sungai Besar pulak.
Kebelakangan ni kan memang asyik hujan je.
Kemain sejuk tido kat kampung.
Pagi Ahad tu lepas dah sarapan, Atok kate nak pi menjala kat kunci air sebelah surau.
Tak jauh pun. Selang 1 rumah je dari rumah Atok.
Air naik penuh, tu yang Atok geram nak pi menjala tu.

Tengok tu. Penuh air naik kan. Deras air dia.


Riki² dulu belah mana nak tebar jala 🤣.






Dapat sekor je ikan sepat.


Kemain ramai yang jadi penonton. Cucu² kagum tengok Atok menjala 🤣.



Yang ni duk merisaukan Atok. Berulang² cakap "baik² Atok, jangan sampai tergelincir. Nanti jatuh" 
🤭

Dapat sekor je 🤣 sebab bila tengok betul², dah ade orang pasang jaring kat tepi kunci air tu. 

Tengah ralit tengok Atok menjala, ade pulak orang² dari kampung sebelah berbasikal ramai². 

Memula kitorang kagum la kan sebab rajin betul orang kampung sebelah tu buat aktiviti berbasikal ramai².
Beriadah sama².
Rupenye bila dah last tu ade 4WD yang penuh dengan sticker dan bendera parti politik yang mengiringi diorang.
Ooooo.. aktiviti kempen rupenye 🤣.

Ramai.. lebih dari 30 orang rasanya.

Rumah dekat pun naik motor 😌

Berjalan kaki, peluh pun tak sempat keluar 🤣.

Mami Ahnaff ni walaupun nama dia orang kampung  asal dari kampung, sawah padi, tapi percaya tak, masa kecik² dulu tak pernah main selut, panjat pokok semua tu.
Adik beradik semua perempuan, yang last tu je lelaki, jadinya kami tak terdedah sangat dengan aktiviti² outdoor jelajah kampung 🤣.
Lagipun abah dulu kerja kerajaan. 
Kerja Majlis Daerah, pegi kebun dan bendang waktu senggang dia je. 
Kami pun jarang ikut.
Bila abah dah pencen baru sepenuhnya dia buat kerja² kat kebun dan bendang.
Masa tu kitorang pun dah masuk U.
Kalau orang bercerita pengalaman kecik² berkubang kat parit la, main selut bendang, saya hanya mampu senyum je sebab tak pernah buat semua tu.
Paling best pun main masak² je dengan jiran sebelah 🤣.
Abah marah wehh kalau main benda yang ntah pape comot².
Abah dah la garang kemain. Sekali dia berdehem, uisshhh..kecut perut taw 🤣.











Friday, November 11, 2022

Bihun Goreng Merah dan Donut Red Velvet

 Assalamualaikum korang 😊.

Pagi tadi lepas dah siap²kan Ahnaff, sediakan bahan² untuk buat bihun goreng versi merah 🤭.
Dah prepare semuanya, rendam bihun, tumbuk bawang semua, terus keluar hantar Ahnaff gi sekolah.
Bihun goreng versi merah ni boleh buat kalau Ahnaff takde je sebab dia taknak yang merah ni.
Dia lagi suka bihun Singapore.
Balik dari hantar dia, terus tumis je bahan².
Cepat je siapnye. 
Ahnasofea pun ok je. Tak banyak ragam pagi ni.

Warna pucat sikit sebab guna sos cili je ni. Takde guna cili kering.

Kalau bihun goreng camni, suka letak sawi banyak². Baru puas makan. Hahaha

Sofea pun makan jugak. Memula ingatkan dia taknak sebab pedas. Rupanya elok je dia makan 🤭. Pedas² manja sebab sos cili tu je. 

Bihun goreng tu buat setengah bungkus. 
Makan la sorang sampai tengari tadi 🤣.
Tak masak tengari tadi.
Belikan Ahnaff nasi lemak ayam goreng je.


Memang feveret dia la. Kalau balik sekolah tanya nak beli makanan ape, mesti dia jawab nasi lemak atau nasi ayam. Dua tu yang dia selalu mintak 🤣.

Petang ni tadi sementara Sofea tido petang, sempat la buat donut viral tu. 
Donut red velvet.
Buat ikut resepi donut yang dah biasa buat. 
Cuma tambah red velvet emulco je.
Masa uli memang ade bau red velvet tu tapi bila dah jadi donut, dah masak, tak kuat rasa dia.
Nak letak emulco tu banyak², takut kang warna dia merah makngah sangat pulaknye 🤣.

Dah boleh goreng dah ni.. herot berot donut pun. 🤣

Yang dah siap digoreng.

Guna gula halus je lah. Ingat nak guna susu, tapi kang Ahnaff taknak pulak. Ni kalau buat topping creamcheese mesti lagi sedap meletop.

Lembut gebu gituuu 🤭. Bagi sikit kat jiran depan. Dia cakap 5 minit je dah habis 🤣. Ye la kan, anak kecik² tengah membesar, makan ape pun cepat je habis. Alhamdulillah. 


Lepas buat donut, mengemas rak kasut. Kasut Ahnaff la yang paling banyak. Nak buang sayang sebab masih elok lagi semuanya. So, letak kat status whatsapp, kot ade yang nak. Niat nak bagi je. So far semua dah berpunya 😊. Buat pakai hari² pun ok lagi. Belum haus pun tapak² kasut tu semua.

Ehhh..kasut kawen mami 7 tahun lepas pun elok lagi 🤭. Still boleh pakai lagi. Ni kalau mak saya nampak saya pakai kasut camni sambil dokong Sofea, mau kene jeling 🤭. Anak jatuh tergolek takpe. Kalau cucu sekali tergolek tu yang tak boleh tu yee.. hahahaa.






Wednesday, November 9, 2022

Apam Beras

 Assalamualaikum korang 😊.

2,3 hari ni masak nasi mesti tak habis.
Padahal bukan masak banyak pun.
Nasi tu pulak sayang nak buang, duk kumpul² dapat la 2 cawan.
Ermmm..jadinye petang tadi merajinkan la diri sendiri buat apam beras.
Rasa senang nak buat sebab resepinya senang je. 
Ahnaff pun suka. 
Dia siap cakap nak bawak bekal apam esok pagi.
Makanya mami asingkan la sikit. Simpan dalam petisejuk.
Esok pagi kukus je semula.

Apam Beras
---------------------------------------------------
1 cawan nasi sejuk
¾ gula (boleh kurangkan lagi. Ikut citarasa sendiri)
1 cawan air
- blend tiga bahan diatas. Blend hingga halus. Kemudian masukkan,

1½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
- blend lagi hingga halus dan sebati.
- perap adunan selama 45minit atau sejam di dalam bekas yang bertutup (saya biarkan je dalam blender tu. Agak² dah naik cecah penutup tu, ok dah la 🤣).
- kukus dengan api yang sederhana kuat selama 15 minit.

Ni guna emulco pandan kelapa. Tak tambah pewarna hijau. Jadi tak pekat sangat warna dia. Just nice je.

Banyak biji juga dapatnya tadi. 


Bagi sikit dekat jiran depan. Hujan² ni sedap buat minum petang.

Ambil sikit adunan yang original tu, nak try test acuan serabi ni. Hihihi

Helokkkk.. tak la lekat sangat.

Mak saya cakap, kalau serabi yang original resepi lebih kurang je tapi dia guna tapai nasi. 
Sebab tu serabi tu rasa manis² masam gitu.


Dia suka yang ni. Habis dia makan. Ahnasofea makan 2 keping, mami 2 keping dan selebihnya dia yang habiskan.

Lepas dia mandi petang tadi, tanya dia nak makan nasi tak?
Taknak jawabnya sambil tepuk² perut cakap perut dia dah penuh dengan apam yang mami buat 🤣🤣.






Masak Apa Harini?

 Assalamualaikum korang 😊.

Masak ape korang arini?
Geng² yang bekerja, makan ape lunch harini?
Harini saya masak agak awal.
Lepas tidokan Sofea pagi tadi, terus masak. 
Dalam pukul 10 lebih.
Bukan ape, takut jadi macam semalam.
Semalam konon nak masak sup sayur dan buat telur dadar je.
Tapi penyakit M datang pulaknye 🤣.
Lepas ambil Ahnaff sekolah, saya suruh dia makan roti cheese butter je dulu.
Mami masak petang, saya cakap kat dia.
Dia ok je. Habis lah makan 2 biji roti tu.
Dalam pukul 4 tu rasa macam lapar la pulak perut saya ni.
Rasa macam malas nak masak. Nak order makanan, hujan pulaknya. 
Kesian pulak kat rider. Tapi perut berkeroncong.
Cepat² masak nasi.
Goreng bilis dan telur dadar je. 
Makan la 3 beranak nasi putih, kicap dan telur dadar bilis goreng. 😅

Licin pinggan dia. Dia cakap "sedap mami". 

Bagi kita mak² ni, lauk simple camtu memang sedap dah kan tapi, dalam hati saya, kesian pulak sebab anak² makan lauk simple camtu je 😅.
Siap mintak maaf kat Ahnaff sebab mami tak masak.
Mak je yang emo lebih.
Padahal anak makan elok je senang hati. Licin pinggan 🤣.

Hujan lebat petang semalam. Ni pukul 6.30petang. Jem bawah tu budak² balik sekolah. 
Gerhana bulan pun tak nampak sebab hujan.

Tu yang harini masak awal. 
Kang tangguh², dah malas lagiii 😆.


Ayam masak kicap.

Ni isi mangga yang misteri haritu. Semalam baru keluarkan dari freezer, dia jadi cam lembik pulaknye. Tengok la tu, benyek semacam je lepas diparut. 

Jadi la dia sambal belacan mangga muda. Takyah perah limau dah sebab mangga tu dah berair pastu masam tak hingattt. 
Tumbuk cili, belacan goreng dan gula (lebih sikit) sampai lumat pastu campurkan dengan mangga tu. Siappp. Sedap pulak tu. Hihihi


Sayur of the day 😁. Cukup la celur bakchoy ni je. Saya memang jarang tumis² sayur. Biasanya celur camni je. 

Alhamdulillah, puas hati tengok budak dua tu makan.
Ahnaff makan banyak juga. Sofea pun sama.
Memula je nak bersuap Sofea tu, pastu dia tengok Ahnaff makan sendiri, dia pun nak makan sendiri juga.
Ermmm.. saya turutkan aje, janji diam.
Janji mami dapat makan dengan aman 🤣.
Moga esok lusa dan di masa hadapan mami tak malas lagi 😆.


Tuesday, November 8, 2022

Mykid Ahnasofea

 Assalamualaikum korang 😊.

Sebenarnye pagi semalam lepas dah hantar Ahnaff pi sekolah, mami dan Sofea terus bergegas pergi Kuala Selangor.
Tujuannya adalah untuk ambil mykid Ahnasofea.
Umur dia nak dekat setahun baru buat.
Masa baru lahir haritu, kate mykid dah tak keluar lagi dah.
Tak lama lepas tu keluar hebahan kene buat mykid pulak tapi by appointment.
Duk tangguh², last² hujung bulan September haritu baru pi buat.
Kene tunggu sebulan jugak la baru dapat.
Kene sentiasa rajin check kat website JPN.
Untuk tengok dah ready or belum mykid tu. 
Bila dia tulis situ dah boleh collect, baru boleh pi ambil.
Kemain awal sampai ye semalam. 
Tuptup rupenye sistem down. Offline.
Tak dapat la nak ambil mykid tu.
Aduhaiiii, ralat betul rasanya.
Dah la tak berapa nak dekat.
Balik tangan kosong je semalam.
Malam tadi Mummylong Ahnaff wasap, tanya kalau nak ikut pi Kuala Selangor lagi tak pagi ni.
Kebetulan dia ada urusan di kaunter TNB.
Haaaa, bagai pucuk dicita, ulam mendatang kan.
Haruslah nak ikut.
Kali ni bijak sikit, pagi² tadi dah call JPN siap². 
Tanya sistem ok ke tak. 
Kalau tak ok, takyah singgah. 
Alhamdulillah dah ok katanya.



Tak sempat nak duduk pun. Beberapa saat lepas ambil no, terus sampai giliran 🤣. Berurusan tak sampai 10 minit pun. 

Abah cakap Ahnasofea officially dah jadi warganegara Malaysia. Sebelum ni dia warganegara Vietnam 🤣🤣.


Roti sardin, roti telur dan cucur udang. Pagi semalam pun singgah ngeteh kat kedai ni. Restoran Kuala Kurau (Kuala Selangor). Kami memang suka cucur udang kat restoran ni. Garing dan rangup. Tapi ade part yang lembut. Kuahnya pun sedap. 

Restoran Kuala Kurau ni dekat Sungai Besar je ade 3 kedai di lokasi berlainan 🤣.
Pastu ni buka lagi 1 cawangan di Kuala Selangor.
Pagi semalam tak dapat roti telur dan sardin tu sebab doh habis 🤣.
Tu yang pagi tadi menyinggah lagi sebab Mummylong nak roti sardin tu jugak. Hahaha
Mami dan Sofea layankan aje lah.

Singah sana, singgah sini, sampai Puncak Alam ngam² je waktu Ahnaff balik sekolah. Terus la ambik dia je. Dah dia menyoal bertalu² kenapa pegi jalan² tak tunggu dia balik sekolah 🤣.

Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami pagi ni.







Monday, November 7, 2022

KFC - Permintaan Anak Lanang

 Assalamualaikum korang 😊.

Dah beberapa kali Ahnaff mintak nak makan KFC.
Tiap kali tu juga la saya cakap kat dia, KFC dah tak berapa sedap. 
Coleslaw pun kejap ade, kejap takde. Frust.
Nasib baik dia ok je. Memahami 🤭
Tapi, dah beberapa kali berkunjung ke rumah maya Cikgu Amie kat Lahad Datu tu, duk tayang KFC yang terbaru tu.
Smoky Spicy Crunch. Ehhh, tetiba mami pulak yang teringin. Hahaha
So, tengari tadi lepas ambil dia balik sekolah, singgah KFC.
Tanya dia nak makan ape. Dia pilih nak burger.





Alhamdulillah kali ni dapat semua ok.
Tapi, tak sure dekat set snack plate Spicy Smoky Crunch tu ade roti or tak.
Sebab tadi tak perhati betul² pulak dekat iklan dia tu.
Konon nak bagi kat sofea roti tu, ehhh..takde pulaknye 🤣.
Sedap juga perisa spicy smoky tu.
Tak terlalu pedas sampai sakit telinga saya 🤭.
Just nice kepedasannya. 
Boleh la repeat beli lagi. 😊
Next time kalau nak beli lagi kene add on coleslaw size besar sebab tadi tak cukup.
Berebut coleslaw dua beranak 🤣

Habis ye dia makan zinger burger tu. Memang suka betul dia 😊.
Dah habis makan siap cakap "terima kasih mami, belikan Ahnaff makanan yang sedap sangat".
Amboiiii..macam sebelum ni tak pernah makan sedap. Hahahaa