Monday, November 7, 2022

Misteri Sebiji Mangga

 Assalamualaikum korang 😊.

Sabtu haritu balik kampung kejap.
Abah Ahnaff nak pi tengok progress kerja kat rumah Perak.
Alhamdulillah dah hampir siap.
Tinggal lagi sikit je nak siap.
Abah Ahnaff je yang balik sana.
Mami, Ahnaff dan Sofea tinggal kat Sg.Besar.

Pagi² Ahad dah balik Puncak Alam semula. Abah Ahnaff kerja pagi tu.

Pagi tu siram² pokok yang tinggal sekerat je dalam rumah ni. Hobi masa PKP dulu 🀣. Kira pokok² yang ade sekarang ni semua saki baki pokok yang dulu². Takde pokok baru pun. 

Sambil siram sambil belek² pokok.
Fiddle fig ni dulu kecik pendek je.
Hampir nak mati dah tapi bila tukar tempat dia, letak kat balkoni dapur (situ kalau pagi cukup cahaya), dia jadi elok pulak. 
Subur je. 
Sekarang ni dah meninggi dah. Daun pun kerap keluar yang baru.
Haritu dia macam merajuk, sebab tukar tempat dia kat bahagian bawah. Tengok macam sedih je.
Tukar balik kat tempat asal.
Atas stool tepi tingkap.
Amboii, terus keluar 3 helai daun baru.
Kemainnn dia tu 🀣.

Sempat ambil 2 biji mangga muda kat rumah Atok 🀭. Size besar tapi masih terlalu muda sebab sabut pun tak jadi lagi. 

Ade kejadian misteri buah mangga ni. Seingat saya, memang saya petik 2 biji masa sebelum masuk kereta pagi Ahad tu.
Lepas tu saya pass pada abah Ahnaff, mintak tolong dia simpan kat bakul makanan Sofea.
Tengahari tu bila saya keluarkan barang² dari bakul tu, hanya ada sebiji je mangga.
Ehhh, mana lagi sebiji.
Puas la mencari kat sekitar dapur, siap turun tengok kat kereta kot² ade tercicir dalam kereta. 
Tapi takde. Ermmm, pelik!!
Last² tanya la abah Ahnaff, mana pegi mangga lagi sebiji.
Tak lama tu baru dia reply wasap suh check kat bungkusan fishball dalam petisejuk beku!!
Aduhaiii, tak terfikir mangga tu boleh sampai ke dalam petisejuk beku 🀣.
Tergelak² saya dan Ahnaff.
Aduhaiii abah, abahhh.

Parut kasar².

Jadi la kerabu mangga. Ni kerabu mangga malas namanya. Guna sambal belacan balance yang hari jumaat aritu. Racikkan bawang besar ½biji pastu tambah garam, tambah gula. Siap 😊.
Mangga ni dah cukup masam. In fact, sangat masam sebenarnye. So takyah la tambah cuka or perahan limau lagi.

Teringat kenangan waktu mengandung tahun lepas.
Teringin kerabu mangga.
Nak kerabu mangga yang paling sedap macam yang saya pernah makan di UUM dulu.
Alhamdulillah dapat jugak kerabu mangga yang sedap.

Ikan kaci kot ni. Dapat seekor besar. Paksu Ahnaff hobi memancing. Ikan yang dia dapat habis dia agih² kan kat kakak². Alhamdulillah. Jimat belanja. Hahaha
 Saya potong 2 dan goreng garing. Bahagian kepala saya siramkan dengan sos masam manis feveret Ahnaff. 
Sedap meratah kepala ikan berdua 🀣.

Bahagian ekor goreng biasa je. Ni untuk Sofea dan juga lauk backup untuk dinner 🀣. Bijak tak mami. Hahaha

Setengah biji buat kerabu mangga. Yang setengah lagi kite cicahkan dia dengan kicap cili. Perghhh, masam sampai terpejam² mata makan🀣.




Wednesday, November 2, 2022

Cerita Bercampur #02112022

 Assalamualaikum korang 😊.


Pagi ahad aritu, rasa macam tak berapa sihat.
Perut macam tak ok.
Tak tau lah kenapa.
Nak kate makanan kat kenduri tu yang tak ok, tak mungkin la sebab saya sorang je yang perut meragam.
Orang lain elok je.
Saya syak maybe sandwich yang saya makan masa sarapan pagi tu dah tak ok.
Sandwich tu leftover dinner.
Ade lagi sekeping, tengok macam ok je. 
Ngap je lah kann πŸ˜….

Inilah sandwich tersebut. Tak habis makan masa dinner, bawak pi sarapan pulak. Memang meragam la perut πŸ˜….

Serba tak kena sepanjang hari ahad tu.
Dengan muntahnye, dengan berulang ke toilet je. 
Dengan Sofea yang pantang tengok mami bangun ke toilet. Menangis² macam kene cubit.
Haiissshh.

Cekodok jagung + bawang + bilis sikit.

Pagi Isnin tu buat cekodok jagung.
Abah Ahnaff off. 
Memula ingat nak sarapan kat luar je tapi mengenangkan perut macam tak berapa ok lagi, pastu hujan pulak, makanya buat je la sarapan sendiri.
Teringat ade jagung 2 biji kat peti sejuk.
Terjadilah cekodok jagung + bawang + bilis.
Abah Ahnaff suka la cekodok² nih.
Hujan² makan panas² pastu buat kopi o.
Memang kena sangat 😊.

Tengahari lepas ambil Ahnaff balik sekolah terus gi Econsave beli barang dapur.
Dalam pada perut tak ok, mulut rasa cam payau loya² tu, teringin pulak nak makan ikan bakar 🀣.
So, tengari tu diorang tak makan nasi pun, makan yang ringan² je sebab petang nak gi makan ikan bakar.
Petang tu gi la Pantai Remis.
Ni Pantai Remis kat Selangor ye. 
Bukan yang kat Perak nun.
Pantai Remis ni bersebelahan je dengan Pantai Jeram.
Kitorang makan kat kedai Kerang Bakar, Pantai Remis.
Sedap dah sedap dah tapinye kat situ takde tomyam, takde sayur, takde ape 🀣.
Yang ade cuma bakar² je. 
Ikan, sotong, udang dan kerang hanya boleh dibakar sahaja.
Masak² pun takde ye.
Ikan 3 rasa ke, udang sambal ke, kailan ikan masin ke, memang takde. Yillekkk.
Kalau makan ikan bakar, dapat set nasi, sup kosong dan air asam. Tu je.
Aduhaiii..dah la berangan nak makan dengan kuah tomyam masam².
Sebab dah duduk dan malas nak gi tempat lain, makanya redha je lah.
Nasib baik sedap je ikan bakar tu.
Tapi tu la, sebab perut tak ok kan, makan pun mana mau banyak².
Ikan bakar tu habis sebelah je. 
Yang sebelah lagi tapau bawak balik.
Abah Ahnaff pun tak larat nak ratah ikan tu sebab dia duk makan sotong dengan kerang bakar.

Kemain bulat muka mami hang Napp oii 🀣.

Kerang bakar. Ni abah Ahnaff je yang makan sorang. Mami memang tak berani la nak makan time² perut tak ok ni.

Fries untuk Sofea kunyah².

Ikan siakap bakar. 

Sotong bakar

Air asam super sedap. Nampak yasher² tapi mantop πŸ˜†.

Not bad la makanan kat kedai ni cuma takde masakan lain je.
Tapi masakan western ade je kat stall tepi² tu.
Biasanya kitorang gi kat Pantai Jeram kalau nak makan ikan bakar.
Tapi saje nak ubah selera.
Rupenye memang berubah betholl 🀣.












Tuesday, November 1, 2022

Selamat Pengantin Baru Sarah &Ikhmal

 Assalamualaikum korang 😊.

Sabtu aritu (29/10/2022), dapat jemputan kenduri.
Anak abang sepupu sebelah mak kahwin.
Majlis buat dekat Mawar Biru Homestay, Bukit Kapar.
Dah jadi trend sekarang kan, buat majlis kat dewan or homestay.
Selesa pun selesa. Parking pun mudah.
Tak menyusahkan jiran tetangga.
Yang penting ongkosnyaaa 🀣.
So, minggu lepas tu masing² pakat tak balik kampung la. 
Mak dengan abah yang datang ke sini sebab nak attend kenduri tu.



Busana pengantin simple je tapi nampak mewah sebab gandingan warna black & gold tu. Cantikk 😊.


Cucu atok nihh, dari tepi sebijik gaya atok 🀭.

Pegi 3 beranak je. Abah Ahnaff kerja. Pegi pun tumpang Kakcik sebab dia pun pegi dengan anak² je. Suami dia pun kerja jugak 🀭.

6 beradik semua hadir berkumpul ❤️.

Gambar mak ayah pengantin tak ambil.
Gambar makanan pun tak ambil. Hahaha
Syok jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa.
Syok menyembang sambil mengunyah 🀣.

Balik dari kenduri tu, semua berkumpul kat rumah Kakyong pulak.



Sempat la potong kek untuk Sofea. Berkumpul ramai², best la.

Malam tu semua tido rumah KakYong.
Paling seronok mestilah aktiviti menggomol baby² yang ade.


Yang ni paling geram. Tapi taknak sangat dengan orang. Mata melilau carik ummi n abah dia je 🀣.
Dia tak taw semua geram nak gigit diaa. Hahaha

Cuti Deepavali - 2 Teluk Senangin

 Assalamualaikum korang 😊.

Ahad, 23/10/2022 tu kitorang pi Teluk Senangin.
Saje nak bawak Opahchu jalan² sambil bagi peluang kat Ahnaff main pasir.

Pagi dah gerak. Cuaca mendung je pagi tu. Hujan sikit tapi sampai Manjung dah berenti dah. 

Sampai kat pantai nak dekat tengari dah. Dalam pukul 11 lebih kot sebab sebelum tu singgah Aeon Manjung dulu. Cari barang. 

Ramai betul orang yang datang berkelah².
Yang camping tepi pantai pun ramai.
Bawah² pokok tu penuh dengan khemah².
Kitorang pun pacak khemah juga.
Saja nak lepak² kat tepi pantai sampai petang.
Dah booking chalet kat situ.

Puas hati dia dapat main pasir, basah². 

Seronok dia berkawan dengan bebudak yang ade.

Nampak tak yang kecik tu. Galak ye dia mandi laut. Tak takut langsung. Lagi dia yang hempas² badan ke air.

Syuhhhh.. Opahchu jangan nak jerit² panggil adik. Adik syok mandi. 

Sampai ke petang main pasir. Berkilat kulit anak ku 🀣.



Kami stay kat Ilham Chalet, Teluk Senangin.
Memula plan nak booking chalet yang dekat tepi pantai tapi semua dah penuh.
Nak dijadikan cerita, search kat google maps tu, duk tengok nama Ilham Chalet tu, ermm boleh la.
Tengok review pun ok je semua.
Dah tanya lebih kurang, owner cakap ade kekosongan. 
So terus bayar deposit.


Rupenye chalet tu kepunyaan KakRos. 
Bekas kawan sekerja masa dekat Tadika AnNajah, Shah Alam.
Tadika tu kepunyaan makcik saya, kakRos ni jadi cikgu kat situ sementara saya pula pembantu taska je.
Kerja sekejap lepas habis degree dan master.
Tak sangka dia masih ingat saya.
Tapi sayangnye, masa kami check in haritu KakRos takde.
Dia balik kampung kat Kedah. Ade kenduri katenye.
So, tak dapat la nak jumpa KakRos yang peramah dan super friendly tu.
Tapi takpe, abah Ahnaff dah janji nak stay sana lagi 🀭.
Sangat recommended ye Ilham Chalet ni.
Bukan sebab promote chalet kakRos, tapi sebab chalet dia memang bersih tiptop.
Walau facilities hanya basic sahaja.
Yang penting selesa 😊.



Basic unit je. Yang penting bersih ye 😊.





Malam tu konon nak jalan² tepi pantai, rupenye gelap gelita ya..
Takde ape pun 🀣.
Ye² je 4 beranak berjalan keluar.
Tu yang dua beranak tu siap bawak lampu lagi 🀣.
Balik semula ke chalet.
Nak lepak kat luar chalet tak boleh sebab ade guest lain buat family day.
Merasa la dengar karaoke dari pukul 10 sampai 12 malam. 
Mujur dua beradik tu boleh je tido lena walau bingit dengan suara orang berkaraoke 🀭.

Dalam pukul 3 pagi camtu, hujan turun.
Lebat. Angin pun kuat. Memang jelas betul bunyi angin tu.
Hujan sampai pukul 8 lebih camtu.
Time kami nak chekout tu pun masih hujan lagi.



Belum pun sampai Manjung, dah tido 🀣.

Bye Teluk Senangin.
Next time insyaAllah kami datang lagi 😊.














Cuti Deepavali 2022 - 1

 Assalamualaikum korang 😊.

Dah masuk bulan November dah. 
Cepat betul masa berlalu kan. 
Cerita yang Oktober pun terkedek² tak abes cerita lagi. Hahaha
Taip padam, taip padam..gituuu.
Haishhh. Kene rajinkan diri ni.

Cuti Deepavali aritu kitorang gi piknik² kat Teluk Senangin.
Saje bawak Opahchu jalan². Ambik angin luar sambil² bawak Ahnaff main pasir.
Balik Perak awal sehari. 
Balik Jumaat malam Sabtu. Hujan sepanjang jalan.


Sempat juga la buat kek untuk orang kampung yang request nak kek. Hihihi

Burnt cheesecake

Petang Sabtu, gi Teluk Intan kejap.
Macam biasalah, port wajib anak bujang tu.
Takde lain ye.
Konon² nak celebrate birthday Sofea 🀭.


Sebab mami abah dah kenyang, so order ringan² je. Fries n chicken popcorn tu Sofea punya. Garlic bread n soup abah punya. Mami order air sedap je. 🀣


Dah tau kan sape punya niii..hahaha


Ni Opahchu punya. Dia nak makan waffle. Ade 2 types waffles ni. Satu basic waffle. Satu lagi loaded.
Opahchu pilih yang loaded waffle flavour salted caramel. 
Yang lucu nye, masa memula sampai, kami dua dah berpandangan.
Sebab duk imagine waffle yang biasa tu.
Rupenye loaded waffle tu, camgini gaya diaaa 🀣.
Sedap la jugak tapi manih.

Siap makan semua, gi area Menara Condong tu.
Wajib la abah Ahnaff nak membeli kacang rebus dia tu 🀣.
Masa ni mata mami duk tengok² orang yang lalu lalang kat perkarangan Menara Condong tu.
Dengan tak disangka² tetiba ternampak kelibat orang yang macam familiar. 
Macam suami bff mami tapi betul ke idak.
Sebab diorang duk Melaka nun. 
Tengok betul² sekali lagi, ehhh memang betul. 
Nampak juga isteri dia.

CikYun, kenal dari zaman degree lagi. Sambung Master jugak tapi dia halfway je sebab dapat offer kerja gov. 
Suami dia pun UUM juga. Tu yang kenal tu.
Tak sangka betul terserempak kat sini.
Rupenye diorang dari Kampung Gajah.
Pi kenduri rumah besan mak Cikyun.
Biasanya kitorang berjanji² jumpa kat area Putrajaya or Shah Alam.
Biasa jumpa sebab dia nak kek la 🀣.
Tak dapat jumpa, pos pun onz je dia. Hahaha
Pelanggan setia nih.
Memula ingat sembang kejap je, lagipun area situ susah sikit nak carik parking.
Dah sembang sikit, mami pun masuk la kereta balik, dah abah Ahnaff cakap, pi la sembang lagi.
Dia nak cari parking.
Fuhhh..bersinar² mata mami sebab dapat menyembang lama 🀭.
Nak dekat marghrib jugak la baru berpisah.
Tengok laki dia dengan abah Ahnaff pun kemain rancak menyembang.
Ahnaff pun seronok main dengan anak² Cikyun.
Sempat la dia pow Opahchu bubble gun yang banyak jual kat tepi² tu.
Opahchu pun mudah sangat cair dengan permintaan cucu dia tu. 
Kalau mami, malas nak layan 🀣.