Wednesday, November 29, 2023

Random - 29112023

 Assalamualaikum semua 😊.


Wehhh, bila belek² semula, lupa yang cerita pi Perlis aritu tak habis lagiiii 😂.
Itulahhhh, suka bertangguh² kann.
Adan ukee. Hahahaa
Nanti bila² free sambung cite Perlis tu ye 🤭.
Ni cerita la dulu yang terkini. Hihihi


Ikan kembung masak cuka. Dah jadi feveret pulak masak cuka ni. Masam² pedas. Sedap.
Kalau dulu² memang tak pandang pun lauk ni. Hahaha


Oleh kerana anak² tak makan lauk mami, mami buatkan diorang roti john cheese je.
Ni untuk dinner ni.




Pujaan kanak². Letak sikit mayonis dan sos tomato, siap.



Ni yang paling tak menyabar. 
Kehulu kehilir dia bawak pinggan dia tu. Tak sabar² nak makan 😂.
Mujur banyak ketul juga dia makan.


Ni hari Khamis minggu lepas kalau tak silap. 
Dinner buat mushroom soup, garlic bread dan ayam goreng rangup.
Kitorang kalau bertiga je kat rumah, dinner makan camni pun dah ok dah.
Kenyang juga 😊.


Hari Jumaat, MamiLong belanja makan kat SR. 
Sebelum tu, lepas ambil Ahnaff balik sekolah, kitorang terus jalan² pi highway WCE yang baru buka tu.
Route Bkt Raja - Kuala Selangor. 
Kami naik dari Kapar menuju ke Kuala Selangor. 
MamiLong tu nak sangat tengok rumah dia dari highway baru tu 😂.
Tu yang mami pun bawak la dia pi ronda² sat. 
Kiranya menggembirakan 2 orang sekaligus la. 
Yang pertama MamiLong, yang kedua Ahnaff. 😂


Ahnaff makan chicken chop (nama sebenar tak ingat 😂. Tapi ala² chicken chop tu la). Licin ye dia makan. Tu sebab MamiLong suka bawak dia makan. Gerenti licin 😂. 


Ambik kek sepotong. Kek black forest. Suka pulak dia. Dah dia request mami buat untuk birthday dia sok 😂.
Aduhmakkk Napp. Mami cuba ehhh 🤭.


Haaa, yang sorang ni makan mushroom soup n garlic bread. Tak jemu² la dia ni. Padahal semalam tu baru je makan. 


Mami ambil olio aglio. Pedas dan sedap. Kena dengan citarasa jawa 😂.


MamiLong makan spaghetti bolognese.

Terima kasih Yom (Ahnaff panggil Yom 😂) belanja kami makan. Moga dimurahkan lagi rezeki MamiLong. 


Highway baru,  kereta pun tak banyak lagi. Melayani permintaan MamiLong, bawak dia ronda² highway baru ni ibarat macam melayan permintaan nenek juga.
Selain atok nenek, Mamilong pun orang yang banyak berjasa pada mami.
Tak terbalas jasa dia dalam membantu atok nenek membesarkan kami adik beradik.
Tak terbalas semua jasa diorang.
Tu yang kalau MamiLong nak mintak tolong pape or ajak kemana² teman dia, rasa tak sampai hati nak menolak 🤭. 
Kite turutkan jela selagi boleh kannn.

6 comments:

  1. sedapnya Jaja ikan masak cuka tu ada pula timun,umur2 kita ni lauk yg dulu xberkenan dah mula jadi fav pula skrg kan..

    ReplyDelete
  2. Sedap ye Ikan Masak Cuka?nak kena try lah...Good job to Mami Jaja sebab rajin menyantuni orang tua..nanti mesti abang Ahnaff n Pia terikut-ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Tapi kalau perut sensitif better jaga². Sebab cuka kan, kalau perut tak tahan, boleh sakit perut. Macam abah Ahnaffea, dia tak tahan dgn masak cuka ni.

      Delete
  3. lapar pulal tengok semua makanan, dah la tengah puasa haha

    betul, buat baik dengan orang banyak ganjarannya :D

    ReplyDelete