Monday, November 27, 2023

Lagi² Balik Kampung

 Assalamualaikum semua 😊.


Dulu kan, masa study kat UUM, ada kawan tanya, tak penat ke asyik balik kampung je.
Kampung pulak bukan kat Alor Star atau Sungai Petani.
Kat Selangor nuuu.
Kalau sebulan tu, kelas hari Khamis batal 2 kali, dua² kali tu la mami balik kampung πŸ˜‚.
Atok sikit pun tak marah. 
Malah, siap bagi peruntukan lebih lagi. Hahaha
Syok tau time tu, Rabu malam tu dah pi Shabah Perdana, carik tiket.
Tiket ada atau tak, tawakal je.
Tapi, biasanya mesti ada. Sebab ambil tiket bas yang last sekali.
Sabtu, balik Sintok semula 🀭.
Gitu lah ulang² sepanjang degree dulu.
Time master tak kerap balik sangat sebab duduk rumah sewa pastu sibuk pulak kesana sini menjelajah Kedah Perlis πŸ˜‚.

Dah masuk fasa bekerja pun, masih balik kampung setiap minggu.
Cari kerja yang start Isnin - Jumaat je.
Kalau Sabtu kene kerja memang liattt ye πŸ˜‚.
Bila dah berkahwin, ditakdirkan berjodohan dengan orang dekat² je.
Walau dia nama je Perak, tapi sempadan Sabak Bernam tu je. πŸ˜‚
Kira kalau balik kampung tu, sejalan je la. 
Lagi² bila suami bagi green light balik kampung tanpa dia. 
Bila² nak balik boleh je. 
Kira mami ni biasa je balik kampung dengan anak² tanpa suami di sisi 🀭.
Ada orang tak boleh kan?
Kalau balik kampung, kena balik sama². 
Mami ni, kalau tak balik kampung 2 minggu pun dah rasa macam lama la sangat tak baliknyaaa.
Sebab dah terbiasa dari dulu kan.
Sekarang ni menurun kat Ahnaff pulak. 
Asal hari Jumaat je, mesti dia tanya balik kampung ke tak.
Sebab biasa balik kampung lepas dia balik sekolah.


Bebudak dua ni alhamdulillah ok je duduk kat carseat. Ahnaff dulu pun memang duduk carseat sampai umur 4 tahun πŸ˜‚. Adik keluar baru dia tak duduk carseat.
Salah satu sebab mami senang nak drive jauh² jugak. Tapi tak la berani jauh sangat. Paling jauh pun balik Perak je la.
Pi delivery kek pun senang 🀭.




Panas² dah nak keluar main kat luar.


Kemain pendek dan sendat dah baju² siang πŸ˜‚.


Kampung boy katenyeee. Hahaha




Belon


Acara yang ditunggu² bila petang. Paksu dah siap kerja² dia kat anak⁴ belaan dia, dia bawak pulak anak² yang ni ronda² naik gerabak tu. Kemain suka ye dedua. Wajib naik ni kalau balik kampung. Paksu pun rajin melayan. Hahaha


Haaa..ni Abang Adam pulak yang melayan. πŸ˜‚


Kalau balik kampung, nak balik Puncak Alam memang berat betul rasanya πŸ˜‚. 
Balik pun kene gerak pagi. Kalau petang, merasalah jemnyaaa. 

Selagi atok nenek ada, selagi tu la mami akan gagahkan diri bawak anak² balik kampung.





11 comments:

  1. Alhamdulillah
    Cucu2 biasanya memang seronok balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab diorang suka main kat kebun πŸ˜‚

      Delete
  2. Terpaling rajin balik kampung, Mami Jaja. Belon tu nama lembu paksu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. terpaling sangat kan kak πŸ˜‚.
      Aahh..nama lembu paksu, Belon, Meroh, Tom & Jerry. Kemain kan nama lembu² dia πŸ˜‚

      Delete
  3. Ramai yg melayan, memang seronoklah Ahnaff dan Pia :D
    Selagi ada kesempatan tu, rebutlah Jaja. Akk ni balik kg hanya tinggal memori; parents dah takde, rumah pusaka pun dah takde :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH. Moga kenangan balik kampung sentiasa ada dalam memori diorang. Macam mami juga.

      Delete
  4. samaa! Dulu kat UUM suka ponteng kelas sebab nak balik kampung. Siap kira lagi berapa hari boleh ponteng sebelum demerit kahkahkah.

    Dah kerja pun weeekend tak pernah tidur dekat rumah, mesti balik kampung sebab itulah tradisi mak ayah ajar dari kecik. Rezeki kampung dekat pulak tu, Alhamdulillah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..sebab kita dah terbiasa berkumpul ramai², jadi bila jauh tu rasa macam tak lengkap kan.
      Lagi² bila dah ada anak, yang dinanti² tentu cucu² πŸ˜‚.

      Delete
  5. kadang balik kampung bukan nak jalan kemana pun tapi nak lepak dengan family je kan... akak pun suka balik kampung.

    ReplyDelete