Wednesday, August 17, 2022

Bihun Goreng Biasher-biasher

 Assalamualaikum korang 😊.

Pagi tadi buat sarapan awal.
Ade budak request nak bawak bekal pegi sekolah.
Nak bawak bihun goreng katenye.
Sebenarnya dah lama tak masak bihun goreng.
Isnin lepas, Ahnaff balik sekolah dia bagitahu tadi makan bihun goreng. Sedap.
Tetiba mak dia pun rasa macam terliur pulaknye. Hahahaha
Petang tu buat jugak la bihun goreng tapi, guna perencah yang ada je. 
Guna fishball dan sayur je.


Ni bihun goreng petang isnin. Simple je. Suka pulak anak bujang tu. Bertambah² dia makan. Tu yang dia request nak bawak bekal bihun goreng hari rabu. Siap sebut ye hari rabu tu 🤣.

Bihun Goreng Biasher²

Bihun - rendam (saya biasa rendam waktu nak masak tu je. Sambil² buat itu ini, nanti dia dah lembut elok).

Bawang putih
Bawang merah
Bilis - sikit
* tumbuk lumat 3 bahan ni
Fishball (tak kisah guna ape pun. Ayam boleh, daging boleh, udang boleh, pape je la yang rasa sesuai kan).
Serbuk lada hitam Ajishio (saya guna serbuk lada hitam yang ni, sedang elok je tak perlu tambah garam dan perisa lain. Lada hitam pun tak terlalu kuat rasanya so, budak² boleh makan dengan gembira). 
Sawi putih

Cara²:
Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan naik bau.
Masukkan fishball dan tumis sekejap.
Masukkan secawan air dan serbuk lada hitam. Biarkan ianya mendidih.
Masukkan bihun dan gaul² sebati.
Masukkan sawi putih dan gaul² hingga bihun masak.

*bahan² semua agak² je ye. Sebab biasanya saya guna bahan ikut kuantiti bihun. 

Bihun yang dah terendam. Rendam tak lama pun. Dalam 10-15minit camtu je. Guna air paip biasa je ye.

Sementara tunggu nak mendidih dan masukkan bihun.

Tadaaaa..dah siap. Pagi ni punya bihun takde sayur sebab stok sayur pun dah habis 🤣. 

Yang ni untuk mami dan abah. Tadi sempat sarapan dengan abah Ahnaff. Dengan Sofea sekali. Saje la suap dia makan bihun goreng ni. Ehhh, dia pun suka jugak 🤣. Tapi tak la suap banyak sangat. Sikit² je sebab ade lada hitam kan, risau pulak kalau perut dia tak tahan.


Cuba la buat bihun goreng versi biashe² ni korang. 
Sedap bagi citarasa keluarga kami. 
Rencah pun tak rumit. Guna bilis je. 
Ni pun salah satu menu emergency taw.
Kalau kata ade tetamu yang bagitau last minit nak mai rumah, memang bihun goreng ni je la yang selalu saya hidangkan 🤣.
Within 30 minutes dah siap. 
Tetamu sampai elok bihun berasap² lagi haaaa.
Hihihi






6 comments:

  1. Sedap ni tau bihun goreng versi bishe2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu.. less is more orang jawa kateee. Hahaha

      Delete
  2. Yang besyer-besyer akan bukan besyer2 kalau kena gaya masak macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang yang simple camni la yang rasa macam cukup semuanya. Sedap. Hihihihi

      Delete
  3. Yang biasher2 ni la buat kita menambah2 tau, Jaja 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..menambah² sampai licin mangkuk biru tu 😆.

      Delete