Tuesday, August 23, 2022

Semua Tak Sihat

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas saya je yang tak sihat.
Minggu ni nampaknye semua sekali tak sihat.
Dimulakan dengan saya, diikuti Ahnaff dan Ahnasofea.
Hari jumaat lepas, tak tawla camne, masa nak ambil Ahnaff balik sekolah tu, tetiba rasa seram sejuk. Memang rasa sejuk tapak kaki.
Balik tu memang terus baring je.
Sian Ahnaff haritu, saya punya menahan sakit, sampaikan lupe nak belikan dia nasi untuk lunch.
Masa saya tido tu, dia cakap dia makan roti sapu jem.
Memang ade roti dan jem atas meja makan tu.
Sedihnye saya dengar dia bercerita. Walau gaya penceritaan dia tu penuh rasa bangga sebab dia pandai sapu jem kat roti. Tak kacau mami tak sihat.
Memang bersalah sangat rasanya.
Petang tu walau masih sakit kepala, saya paksa diri untuk bangun, panaskan bubur McD untuk dia makan. Memang habis licin dia makan.
Lapar agaknye 😭.
Sabtu pun masih tak sihat.
Ahnaff dah mula bersin² sekali sekala.
Ahnasofea masih ok lagi.
Ahad tu saya dah macam ok sikit. 
Kakyong ajak lunch kat rumah dia.
Abah Ahnaff ajak pegi dengan alasan, ambil angin luar, kot nanti ok.
Waktu ni Ahnaff dah bersin² kerap jugak.
Saya dah agak dah, dia ni kalau dah duk bersin² mesti nak selsema.
Tapi, dia cakap "Ahnaff ok je". Errrmm.. memang la ok je, demi nak mandi kolam kat rumah mummylong kannn.
Macam mami tak tau 🤣.



Takde orang lain. Dia sorang je yang ade.

Balik dari rumah Kakyong tu, lagi kerap dah dia bersin.
Malam tu terus naik suhu badan dia. Dah mula selsema dah.
Cepat² bagi makan ubat demam dan selsema.
Alhamdulillah tak bertambah teruk.
Tapinye, Ahnaff ni kalau dia tetiba demam or xsedap badan, dia tido, gigi dia akan berlaga². 
Kuat pulak tu. Ngilu dengar. Macam nak tercabut gigi² dia tu. Hahaha
Demam pun pagi tu dah takde. Cuma ada selsema sikit tapi, saya tetap tak bagi dia sekolah.
Biar duduk rehat kat rumah je.
Ahnaff dah agak ok, Sofea pulak start dedo² badan dia. 
Yang Ahnasofea ni tak taw la demam nak tumbuh gigi ke ape.
Tengok gusi macam bengkak kiri kanan belah atas tu. Ailio pun meleleh je. 
Dia takde selsema or batuk pun.
Update kat abah Ahnaff, dia cakap dia nak balik awal. Nak bawak budak² gi klinik.



Ni kate demam, tapi nampak kamera, auto senyum ye. Bertenaga lagi time nih.

Balik klinik mood dah tak cantik. Nak senyum pun tak larat.

Total bill klinik untuk 3 orang adalah rm230. 
Dapat ubat sebundle 🤣.
Ahnaff dapat mc 3 hari.
Ingat nak buat influenza test tu tapi kat klinik tu takde pulak.
Doktor just check kami bertiga n decide tak yah buat influenza test sebab anak² nampak ok. 
Lung masing² pun clear takde sebarang bunyi.
Just demam infection katenya.
Takpelah. Kite ikhtiar makan ubat dulu.
Harini tengok Ahnaff dah much better. Hingus pun takde sangat dah.
Ahnasofea masih panas badan dia harini. Merengek tak berenti. Mandom je tengok dia.
Kesian. Biasanya dia ligat tak duduk diam.
Mami pulak, rasa macam dah ok jugak tapi, rasa macam tak boleh nak duduk n berdiri lama². Kang tetiba rasa macam melayang nak pitam. 😅


Sedih noooooo 🤣











3 comments:

  1. Alololo...syebeknya Ahnasofea...comel jer Ahnaff jaga adik..Macam nak minta mami tambah adik lagi ja ni...🤣

    ReplyDelete