Thursday, September 14, 2023

Tempahan Sebelum Bercuti

 Assalamualaikum semua 😊.

Lamanyaaaaa tak jenguk rumah mami yang satu ni.
Rinduuu tapi tu la.
Angan² nak update cerita tu tak kesampaian je.
Jadinya terpaksalah kita throwback² aje 😂.
Selang seli dengan cerita semasa jugak la ehh. Hihihi
Tapi yang ni cerita sebelum pegi bercuti haritu.
Bulan lepas haaaa.
Aje jenuh nak ingat info² semua. Hahaha
Takpelah. Pelan² la eh. Takde sape nak marah pun kannn.


Adunan kek buah. Dapat order kek buah untuk goodies kenduri. 60 biji kek buah, mini packs. Yang order pun 2 minggu sebelum majlis baru confirmkan. Nak tolak tak sampai hati sebab jiran depan rumah nenek tu je. 😊. 


Gini la rupa kek buah mini packs tu. 


3,4 hari duk pulun buat kek buah. In between tu, sempat la masak yang ringkas² untuk anak². Ni sarapan merangkap makan tengahari sekali 😂. Malas nauu maminya ponn.


Mini brownies. 


Kek pengantin. Kek pengantin ni patutnya untuk 27/08/2023, tapi terpaksa deal hantar 26/08. 
26 hb tu pulak ada jiran depan rumah nenek tu buat kenduri. Mami wajib hadir sebab sekali nak menghantar kek buah tu. Makanya, dalam perancangan, balik kampung hari jumaat petang. Lepas dah siapkan kek pengantin dan order kek lain yang perlu dihantar petang Jumaat tu.
Dah settle semua baru balik kampung. 
Balik pun bertiga je. Abah Ahnaffea kerja lagi sampai Sabtu. Lepas tu nak cuti panjang 🤭. 






4 comments:

  1. Tabik spring kat Jaja siapkan tempahan. Mesti yang menepah rasa seronok sangat.

    ReplyDelete
  2. Masya Allah
    Hebatnya mami AhnaffPia...
    Semoga Allah limpahkan rezeki kerana menyediakan tempahan yang sedap2.

    ReplyDelete