Tuesday, September 19, 2023

Jalan-jalan Utara pt1

 Assalamualaikum semua 😊.

28082023.
Seawal pagi pukul 7.30, kami dah memulakan perjalanan.
Singgah sarapan kat kedai tepi jalan.
Pilih random je sebab malas nak fikir πŸ˜‚.
Janji budak berdua tu kenyang.


Cuaca cerah sepanjang perjalanan.


Malam sebelum pergi tu, Ahnaff dan abah dia pi Speedmart beli jajan buat kudap² dalam kereta. Pagi tu masa Sofea dah tido, tetiba dia hulur coklat cadbury ni.
Hadiah untuk mami katenya πŸ˜‚.
Tengkiuuu sayangku.


Jem sikit bila sampai tol Sg.Dua kalau tak silap.
Ke Juru ehh ni πŸ˜‚.
Belah² situ memang banyak kereta kan. 
Jadi slow sikit perjalanan.


Singgah Tanjung Dawai sat. Awal jugak sampai. Dalam pukul 12.30 tengahari dah sampai sini.


Masih sama seperti dulu. 


Singgah Tanjung Dawai sebab nak makan tengahari kat situ je πŸ˜‚.
Takde pun kami membeli bilis atau ikan kering. Sebab stok bilis banyak lagi. 


Ni lah yang membuatkan kami nak lunch kat sini. Nak try sotong bakar. Sedap tapi sayangnya dah sejuk. So tak berapa syok. Kalau panas² mesti lagi sedap. Lagi lembut rasanya. 


Ikan siakap bakar. Yang ni jadi pujaan Ahnaff. Memang sedap dia makan nasi haritu. 


Nasi, kicap dan ikan bakar. Settle dia makan sepinggan nasi. Nasi habis, dia ratah ikan pulak πŸ˜‚.


Seberang sana tu Pantai Merdeka. Cantik sungguh air dia kan. Biru jernih ja.
Dulu² selalu pi Pantai Merdeka makan ABC. Lepak petang². Masa tu tak ramai orang luar yang datang pun. Kalau ada pun orang² tempatan je. 


Kat belah luar arked tu, ada gerai² kecil jual macam². Ada baju bundle, blouse² dan bantal² comel. Mainan pun ada. Nasib baik budak dua ni faham jelingan mami, tak berani diorang nak paw mainan πŸ˜‚.
Si kecik tu pun kemain ye dia duk tunjuk² bantal Upin Ipin tu. Mami buat² tak nampak je. Hahaha

Bermula dari Tanjung Dawai, kami putuskan untuk ikut jalan kampung je.
Menuju ke Pendang.
Ada misi nak menghantar kek buah πŸ˜‚.
Dari Tanjung Dawai, mesti lalu ikut Yan.
Tempat yang banyak kenangan masa mami study Master dulu.
Tiap hujung minggu akan balik rumah Pakcik kat Taman Yan tu.
Time tu Pakcik bagi pakai kereta kancil dia. 
Buat ulang alik pi dari rumah sewa ke UUM.
Panjang la langkah mami time tuuu.
Hahahhaaha
Hujung minggu kene la balik Yan.
Selalu balik sorang² je. 
Kadang ikut highway. Kadang ikut jalan kampung je. 
Seronok je time tu ehh.
Bawak kancil syok tau. Dah la kecik. Laju pulak tuuu πŸ˜‚.
Time tu dah rasa seronok sangat bawak kancil. 


Dekat Yan dah ada Tealive uolls. Membangun jugak dah Yan sekarang ni. Dulu² takde ape pun. Yang ada ABC Pantai Merdeka je πŸ˜‚.
Ni singgah Tealive jap sebab Opahchu teringin nak minum. Tapi takkanla Opahchu nak minum sorang² kannn, kena la kami oun order sekali. Teman dia minum jugak πŸ˜‚. Yang paling gembira tentu lah si gendut mami ni. Takde ruang perut dia nak lapar kalau pi jalan² camni. Hihihi

Then teruskan lagi perjalanan. 
Sepanjang jalan tu sibuk mami ceritakan kenangan² mami dulu². 
Ahnaff buat tak dengar je tau.
Geram betulll 😀.
Last² dia cakap "kenapa mami banyak sangat cerita kat sini?".
Heyyyy, dia hari² bercerita dengan mami tak pe je ponn.
Bila mami cerita, boleh dia cakap begitu.
Hissshhh. Sabo je la.


Akhirnya sampai lah kami ke Pendang. Saja nak surprisekan orang Pendang πŸ˜‚.

Plan asal nak pos je kek buah tu.
Memang dah bagitau siap² kat Mama Cella, nak pos kek buah ke Pendang.
Tapi, abah Ahnaffea cakap, buat ape pos, kan boleh je singgah Pendang tu.
Lagipun masa dia tengok alamat tu, dia cakap rumah yang nak dituju tak jauh pun dari Tol Pendang.
Oleh kerana dia dah offer begitu, kita ikutkan je la. 
Dalam hati memang suka sangat la kan.
Hihihi
Tak bagitau langsung kat Mama Cella yang plan dah bertukar. 
Bukan apa, taknak dia sibuk² sambut kedatangan kami.
Dia pun dah memang tengah sibuk buat persiapan kenduri kan.
Jadi tak mau la mengganggu.
Singgah pun sekejap je sebab lepas tu ada lagi tempat yang kami nak singgah.
Terima kasih Mama Cella, sempat bekalkan kami coklat sebalang, kuih karipap dan kuih dangai.
Sedap² kuih tu. Ahnaff dengan Opahchu yang makan, tak berenti memuji kuihnya.
Walaupun kuih tu Mama Cella beli kat kedai je 🀭. 



Dah sampai UUM 🀭.

Hajat hati nak singgah Jitra, tapi kawan kat Jitra tu ada hal pulak.
Dia balik rumah ayah dia kat Perlis.
Makanya terus lajak ke UUM la kitaaa.
Sunyi sepi UUM.
Musim cuti sekarang ni.
Banyakkk sangat perubahan kat UUM.
Dari pintu masuk sampai la ke bangunan fakulti.
Ada 2 bangunan baru. Dulu tak siap lagi.
Sekarang ni dah siap sepenuhnya. 
Tak banyak ambil gambar pun sebab tengah pangku si Sofea. Tido pulak budaknya.


Taman rusa.


Berhenti kejap. Bagi Ahnaff tengok rusa sat.



Lalu kat kompleks sukan, tengok ada ramai budak² PALAPES. Bas pun berderet² kat Dataran Kawad tu.
Ahnaff teruja la dia tengok ramai² pakai uniform tu.


Rupanya ada acara ni πŸ‘†. 
Rasanya semua universiti ada. Patut la ramai.

Seronok rasa dapat pusing² dalam UUM tu.
Kali terakhir datang UUM tahun 2016 rasanya. Waktu tu Ahnaff pun belum ada lagi.
Masih terbayang memori pergi kelas, balik kelas. 
Such a wonderfull memories πŸ₯Ή.
Time study dulu rasa macam semua benda menggembirakan. 
Takda kenangan yang tak best pun sepanjang di UUM.
Ada la yang tak best kann bukan takda langsung, terutamanya lokasi dia tu, kemain jauh nunnn dihujung Utara.
Firts time sampai Changlon, mami memang terkejut.
Kenapa kecik nau pekannya.
Bila sampai kolej penginapan, lagi lah sedih.
Kenapa hutan sangat niii πŸ˜‚.
Nak keluar kemana² kena naik bas.
Mami ni tak pernah tau naik bas berhenti² tu. Jadinya memang cemas betul masa pertama kali outing dengan kawan².
Sekali dua tu je la cemas. 
Lepas² tu, dah pro dah laaa πŸ˜‚.

Keluar je dari pagar UUM, hati jadi sayu.
Entah bila la dapat datang lagi πŸ₯².
Ahnaff memuji² tempat belajar mami.
Dia cakap besar, bersih dan cantik sekolah mami.
Ermmm baru hang tau. Ingat mami ni dulu tak sekolah best keeee πŸ˜‚.
Gituuu ayat taknak kalah dengan anak. Hahaaha

Mendung² sikit dah time kami keluar dari UUM tu. Separuh jalan tu hujan lebat turun.
Kami terus menuju ke Perlis.
Kami stay di Perlis untuk 4 hari 3 malam.


Nanti sambung lagi ye. 
Macam dah panjang sangat dah 🀭.

















5 comments:

  1. Uiii...lamanya bercuti kat Perlis...
    Ingatkan lajak pi Langkawi...
    Mohon maaf la Napp & Pia..
    Mak Ngaj tengah terkejut masa tu...tak dan akai nak bagi apa.
    Nanti kita plan lain yer ngopi2

    ReplyDelete
  2. alamak terus jadi rindu UUM jugakk. orang luar memang boleh masuk macam tu je eh?

    ReplyDelete
  3. jangan main2 ye bang Napp mami tu student UUM tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun ingat nak buat surprised dekat makNgah...rupanya kami yang kena surprised tak dapat cuti huhu belum ada rezeki nak jumpa

      Delete
  4. Bagus nyer si anak ingt utk belikan jajan untuk ummi dia..
    Tanjung Dawai... mcm best jer makan kat situ.. siakap dgn sotong tu menggiurkan sungguh.. :D

    ReplyDelete