Wednesday, April 17, 2024

Cerita Ramadhan 2024

 Assalamualaikum semua 😊.


Pejam celik, pejam celik dah raya ke 8 dah harini.
Baru perasan, last entry adalah cerita Ahnaff masuk sekolah.
Wuhuuuuuu, lamanyaaaa mood karam di lautan 😌.
Bukan ape korang, memang tak sempat nak update.
2 minggu pertama puasa, sibuk dengan karipap frozen. Ni pun dah kena standby mode mengelim nih. 
Ejen Teluk Intan dah mintak 150 packs. 🤭
2 minggu akhir puasa, sibuk mengisahkan biskut raya dan hamper raya pulak.
Tu pun tahun ni tak buka order pun.
Buat untuk hamper dan pelanggan² yang selalu order je.
Open order untuk kek buah je tahun ni.
Alhamdulillah, permintaan untuk kek buah memang tak pernah mengecewakan 😊.


Tahun ni tak kira pulak berapa hari dia dapat puasa penuh. Tapi kebanyakkan hari sekolah, dia puasa. Tak puasa hari cuti je. Kalau sepupu yang 2 orang tu ada, sebab yang 2 orang tu tak puasa 😂. Makanya, dia pun tak puasa juga. Tak pe la. Pelan² la ye Napp. Hihihi.
Kami takde janji pape kat dia kalau puasa penuh dapat duit or pape. 
Cuma bagi reward makanan je 😂. Kalau hari tu puasa sampai petang, boleh request nak makan pape pun. InsyaAllah mami akan tunaikan. Kalau tak puasa, makan je la apa yang mami sediakan. Gittuuuu 😂.


Selalunya beli roti john je. Beli roti john ayam dan daging. Makan ni je dah kenyang. Memang jarang masak nasi untuk berbuka. Ahnaff pun tak mau sangat makan nasi waktu berbuka.


Melimpah ruah isi dia. Memang puas hati 😊.
Berbaloi sangat dengan harga rm10 sebiji.


Delivery karipap sebelum cuti untuk bagi laluan kat biskut raya 🤭.


Behave budak dua ni main mercun poppop 😂. 
Orang main mercun pi la jalan sana sini, ni budak dua ni duk kat kerusi tu lempar² je. Hahaha


Teman abah cari baju raya. Letih nunggu orang laki shopping 😂. Sofea sampai tertido dek menunggu abah lama sangat. 


Hujung² ramadhan tu ada la juga keluar berbuka kat luar. Tapi tu la.. berbuka kat luar ni tak berapa syok sebab macam terkejar² kan. Nak kejar marghrib lagi. 
Ni pun sebab nak mencari kasut raya Ahnaff. Kena keluar malam sebab siang dia sekolah. Sabtu ahad memang tak sempat dah sebab balik kampung tiap minggu.


Bilik kerja mami yang berantakan 😂.




Siappp. 10 hamper besar dan 3 hamper kecil. Tahun ni buat style beg ni pulak. Lebih praktikal sebab beg tu boleh diguna pakai 😊.




Tahun ni Paksu sembelih Meroh dan Belon. Ambil order online dan juga ada jual kat pekan juga. Alhamdulillah sold out. Laku keras 🤭.


Mami abah tukang tunggu orang yang order online datang collect daging masing² 🤭.
Rasa sunyi pulak bila Meroh dan Belon takde. Selalu ada juga dengar suara diorang. Tapi sekarang dah takde. Tunggu pengganti yang lain la pulak. 
Raya Haji sok turn Tom n Jerry pulak 🤭.


Tahun ni abah ambil alih tugas basuh perut lembu. Hihihi. 

Hari balik kampung. Penuhh 😂. Tahun ni kek rampai sari terpaling nombor shatuuu. 
10 biji kek rampai sari, sebiji kek butter dan sebiji kek asam sebagai penutup order Ramadhan 2024 😊.
Alhamdulillah.

Nanti update cerita raya pulak ehhhh.
🤭




Monday, March 11, 2024

Back To School

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari ni bermulalah episod baru dalam hidup Ahnaff.
Dah masuk tahun 1 dah si Ahnaff ni achik² uiii. 🤭
Bermula juga la perjalanan mami untuk study semula.
Tengok buku² teks dia semalam, ermmm boleh tahan mencabar 😅.
Cakap pasal buku teks, sebeban buku teks dia. 
Belum sempat nak balut lagi.
Nasib baik lambat lagi nak guna.
2 minggu lagi baru mula belajar kalau tak silap.
Ahnaff masih kekal bersekolah di Az-Zahrawi.
Waktu persekolahan pun masih sama macam tadika dulu.
8 pagi hingga 3.45petang (beza balik 15minit dengan tadika).


Kemain lagi ye dia posing 😂.


Dia cakap "kan dah darjah 1 mami. Kena la bergaya camni" 😂😂.


Pergi sekolah pagi tadi pun naik motor je dengan abah.
Mami nak hantar dia takmau.
Lagipun bukan boleh turun tengok dia masuk kelas pun.
Cuma boleh drop by je. 🤭
Pegi je la dengan abah.


Balik sekolah pi Lotus jap mencari keledek dan daun sup untuk karipap mami.


"Mami, boleh belanja Ahnaff Tealive? Esok kan dah nak puasa".
Begitu lah ayat dia nak bagi mami cairrrrr 😂.

Moga Ahnaff terus seronok dalam perjalanan menuntut ilmu.
Moga Allah terangkan hati anak mami dalam menerima setiap ilmu yang cikgu² sampaikan.

Selamat menyambut ramadhan semua kawan² maya mami 😊. 
Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini.
InsyaAllah, aminn.




Sunday, March 10, 2024

Bungkusan dari Kuantan.

 Assalamualaikum semua 😊.


Last week, ke last two weeks, tak ingat dah 😂 saja la mesej ummi Pia (KakAfzan tu).
Nak ucap tahniah kat Pia sebab berjaya dapat tawaran ke MRSM.
Memang dah niat nak hantarkan brownies untuk Pia.
Kebetulan Kak Afzan nak order kek rampai sari juga.
Tup² ummi Pia pun kirimkan barang untuk Ahnaff dan Sofea.
Terima kasih ummi Afzan 😊.



Macam² dapat budak dua ni. Ada jam tangan dan coklat stick.

Ni mami punya ni ♥️. Dapat pulut, sambal hitam dan buah kering. Sedap rupanya buah kering tu ye. Sambal hitam tu pun sedap. Abah Ahnaffea suka.


Tengok la..pi memana pun nak pakai jam tu. Bila tanya sapa beli, dia cakap "umi". 🤭
Pastu menunjuk kat orang sebab jam tu berlampu² menyala. Hahaha



Nak upload video macam tak lepas je ni. Huhuhu
Kalau tak, boleh tunjuk keterujaan si Sofea dapat hadiah dari ummi.

Terima kasih ummi dan Kak Pia, kirimkan hadiah untuk kami.
Moga dimurahkan lagi rezeki ummi sekeluarga. 
Dipermudahkan urusan KakakPia masuk asrama hari ni. 😊.






Wednesday, March 6, 2024

Kesibukan Yang Dicari 😂

 Assalamualaikum semua 😊.


Ishhhhh.. lamanya tak bercerita kat sini.
Sempat jenguk² rumah kawan² pun sekali lalu je.
Ada yang sempat tinggalkan jejak, ada yang tak.
Kadang tu bertandang ke rumah online kawan² dah tengah malam. 
2,3 pagi baru sempat nak berjalan 😂.
Mami bizi sekarang ni uiiii 🤭.
Alhamdulillah permintaan untuk kek² semua sentiasa ada.
Pastu sekarang ni tengah pulun buat karipap pusing frozen pulak. 
Last week ada dua pupu abah Ahnaffea order karipap 90 pack. 
Bersamaan 900biji. 
Berpusing jugakla bijik mata mami ni.
Asyik tengok pusar² dia tu je 😂.
Dah settled order 90 pack tu, bersambung lagi lebih kurang 25 pack nak kena siapkan 🤭. 
Meh la tengok jamu mata sikit 🤭.


Buat 4 jenis inti.
Keledek, kentang, kentang ayam dan kentang daging.








Ni yang reject² ni..goreng untuk kudap² Sofea. Dia memang suka betul dengan karipap.

Seminggu jugak la nak menyiapkan 900 biji tu.
Mujur tengah cuti sekolah, boleh la Ahnaff tengokkan dan layan Sofea.
In between melayan karipap tu, ambik juga order kek.
Bila ada yang nak order, tak sampai hati pulak nak tolak.


Kek coklat moist


Kek buah untuk hantaran.


Semperit coklat.


Ada yang teringin nak biskut raya awal katenya 😂.


Brownies kedut.
Dah lepas raya cina pun masih ada yang buat open house.


Puding marble, melayan permintaan anak lanang.


Tak berapa menjadi lapisnya tu. Boleh la untuk makan sendiri. 2 hari je licin dikerjakan 2 kenit tu.


Blueberry cheesetart.


Nutella cheesetart (menghabiskan sisa² nutella yang sebelum boikot tu ari).


Kek oren.


Ni kek pandan gula melaka untuk hantaran.
Terbang nun jauh ke Sabah sana.




Alhamdulillah selamat sampai elok je. Kastemer update kate elok je.

Gitu lah ye sedikit sebanyak aktiviti mami sempena cuti sekolah ni.
Padat sungguh.
Penat tapi seronok 🤭.
Ada 3,4 order lagi tapi tak sempat nak ambik gambo. 
Ni sebelum puasa dah siap² open order kek buah dah.
Mehhh sapa yang nak order mehh 🤭.
Boleh dm je kt 0193114972.
Yang jauh mami boleh poskan.
Yang dekat, moh le kita cod 😊.
Bulan puasa ni dah menunggu projek hamper lagi.
Alhamdulillah 😊.
Ok la..jumpa lagi di entry yang lain ye kawan² 😘. 




Thursday, February 8, 2024

Gemilang Graduasi & Ihtifal Sanawi Az-Zahrawi 2023

 Assalamualaikum semua 😊.


3/1/2024 (Sabtu).
Hari graduasi Ahnaff, bertindih dengan hari kenduri sambut menantu Along Intan Payung 😌. 
Mujurlah sekolah Ahnaff buat 2 sesi.
Sesi pagi untuk cawangan Setia Alam dan Hillpark.
Sesi petang untuk Puncak Alam sahaja.
Jadi, boleh la kami ke majlis Along IP dulu.
Dalam pukul 12 tengahari baru bergerak ke Shah Alam.


Cantik kad jemputannya. Tema pun cantik. Hitam + Emas.


Ni kat majlis Intan Payung. Macam biasa la kan kalau kenduri. 
Mami pun sama sibuk jugak la. Sepanjang minggu sebelum kenduri tu. Dengan persediaan untuk kek kenduri. 6 biji brownies dan 3 biji kek pandan gula melaka. Tetiba Makcik pulak order kek birthday untuk Azad.
Sempatkan jugak la buat kek untuk dia.


Dia nak kek Didi. Haaa, camni je la yang Dede boleh buatkan 😂. Dalam tu kek coklat + ganache. Luar tu fresh krim sahaja.


Kembali ke kenduri Intan Payung 😂.
Hujung sana tu ada marhaban untuk Nuh. Majlis bertandang ni bersekali dengan Majlis Aqiqah dan marhaban untuk Nuh. Cucu kami 🤭. 


TyPia n Achik Ajad ood dulu ehh 🤭.


Anak bujang tu memang payah betul kalau ajak bergambar. Muka tu ketatttt je.


Dah sampai kat Shah Alam pulak 😂. Cer tengok mami, elok je senyum kalau bergambo 🤭.


Budak kecik ni good betul haritu. Mami abah tengok persembahan abang, dia elok je duduk kat stroller dia tu sambil makan maruku 😂.


Sekejap je masa berlalu. Dah konvo dah anak mami ni 🤭.
Tahun ni dah nak masuk tahun 1. 




Dapat juga la hadiah untuk tahun ni. Dapat 2 hadiah pun dah kemain gembira dia .
Tak sangka dia dapat anugerah khas bacaan tu. Sebab awal tahun aritu, dia memang tak pandai membaca lagi. Tup² dah hujung ni pandai membaca dah. Tak sia² berendam air mata je ye Napp 😂. 


Dah kenyang makan maruku, dia tido pulak. Sampai habis acara. Sebab tu kate, dia good sangat masa majlis abang tu.
Kemain berbaju kurung sedondon anak beranak 😂. Dari kenduri terus ke majlis graduasi Ahnaff. Tak tukar baju pun. 


Ajak ambil gambar kat pelamin tu dia tak nak. Ambil je la kat tepi ni. Sebelum balik.







Kemain serius mukaaaa. Dah sebijik macam muka Atok 😂.


Ahnaff cakap: kemain lagi kasut mami. Batu² tajam 😂

Adoiiii..teringat guru kelas dia bercerita masa Hari Laporan Prestasi aritu.
Teacher Jannah: kami, teacher² semua suka tengok Puan masa ambil Ahnaff. Sebab teacher semua pun rasa Puan selalu bersiap cantik masa ambil dia.
Mami: 😱😱
Teacher Jannah: kami tanya la Ahnaff, mama awak selalu cantik² dari mana?. Lepastu Ahnaff jawab, mami tu biasalah. Memang suka bergaya. Tergelak kami Puan, dengar Ahnaff jawab camtu.
Mami: 😅😅

Omg.. adakah anakku selalu membawang pasal mami pada teacher² semua. 
Ahnaff...Ahnaff...

Padahal mak dia ni bersiap ala kadar je ponnn. Paling² pun pakai lipstik ajee. 


Adakah ini dikira bergayaaaa 😂.