Thursday, September 14, 2023

Selamat Pengantin Baru Ayin.

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.

27082023
Pagi² lagi dah keluar rumah.
Takde la pagi sangat.
Dalam pukul 8.30 camtu baru keluar rumah.
Hari ni nak pi makan kenduri kat Jengka 19, Pahang.
Gigih ye pegi. Demi kawan tercinta ๐Ÿ˜‚.
Ayin ni kawan UUM. 
Satu kolej penginapan, cuma berbeza aras. 
Yang lucunya kan, masa zaman study dulu, kitorang tak geng pon. 
Kenal gitu² je.
Tak bertegur sapa pun, tup² lepas abes study boleh pulak tergeng ๐Ÿ˜‚.
Jadi geng sampai la ke harini.
Kami batch yang sama cuma dia muda setahun la, sebab budak matriks kan.
Mami ni budak STPM. Tua la sikit ๐Ÿคญ.


Singgah basuh kereta dulu. Singgah pi ofis abah Ahnaffea dulu. Haihhhh, kalau dengan abah Ahnaffea memang akan ada banyak persinggahan sebelum sampai ke destinasi yang dituju. ๐Ÿ˜‚


Dalam pukul 12 lebih baru sampai Temerloh. Jalan tak jem, cumanya banyak kereta. Awal cuti sekolah kan. Ramai yang nak balik kampung atau makan kenduri macam kami ๐Ÿคญ. 

Elok je sampai tempat kenduri tu, pengantin pun sampai. Sedang elok la kan. 
Tak la lama nak menunggunya.


Senyum lebar ye Yinnnn ๐Ÿ˜.


Geng² bersuka² waktu bujang dulu. Sampai dah ada Ahnaff pun dulu masih boleh outing dengan diorang. Sejak anak 2 ni je yang tak berapa nak join sangat. ๐Ÿ˜…


Last jumpa diorang² ni bila ehhh. Raya aritu rasanya. Ni semua muda setahun dari mami. Tapi takde beza pun bagi kami. Hihihi


Tahniah Ayin. Cantik pengantin tauuu.




Gambar ramai². Geng Kachi 1, Blok E. Yang lain² tu semua budak aras 4. Mami sorang je budak aras 3. ๐Ÿ˜‚
Yang budak kecik baju biru tu pun ex UUM jugak ke tewww. Hahahaa

Dalam pukul 3 camtu kami pun gerak balik.
Abah Ahnaffea memang dah cakap tak boleh gerak lambat² sebab risau jem.
Dia lebih arif la kan, sebab memang laluan dia hari².
Duk berulang alik Kerteh, Raub je.
Memang betul la wehh. 
Sepanjang jalan balik tu, memang jem.
Mujur abah Ahnaffea tak komplen pape ๐Ÿ˜‚.


Sempat singgah tengok kawan dia. Lori breakdown. Sementara tunggu rescue sampai, melepak la kawan tu kat situ . Abah Ahnaff bagi goodies² yang kami dapat tu kat kawan dia. Buat alas perut katenya. 
Pagi tu masa kami lalu, dah memang ada lori tu kat situ. Tapi tak sangka pulak, time kitorang balik, dia masih di situ. Terkilan jugak la abah Ahnaffea sebab dia tak bungkuskan nasi dan air untuk kawan dia tu. Mujur kawan dia cakap dia dah makan. Kebetulan ada bawak bekal. Tu yang bagi je goodies kenduri kat dia. Jadi lah kannn. ๐Ÿคญ

Lepas je dah bertegur sapa dengan kawan abah Ahnaffea tu, kami pun teruskan perjalanan. 
Nak terus balik Perak.
Sebab Isnin tu kami nak berjalan ke Utara pulak. Hihihi





6 comments:

  1. dak kecik baju biru tu bakal student UUM mami....

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa baju pengantin! mujur jln tak jem teruk ye? kalau tidakk stresss mami kan? hehe

    ReplyDelete
  3. Wah banyaknya kenduri bulan Ogos..
    Semoga pengantin dikurniakan. SaMaWa hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  4. W'salam..
    Salam kenal.. Terubat rindu bila jumpa kawan lama.. Kalau saya jumpa kawan lama banyak cerita.. Persahabatan masih sama walau bertahun tak jumpa.. Itulah true friendship..

    ReplyDelete
  5. Selamat Pengantin Baru..
    Bagus nyer teman member lori rosak.. nasib baru balik kenduri byk la goodies yg boleh diberi :D

    ReplyDelete