Thursday, September 14, 2023

Selamat Pengantin Baru CikPah.

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.


26082023
Kenduri CikPah.
Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga Cikpah dengan jodohnya.
Cepat atau lambat tu semua rahsia Allah.

Oleh kerana kami ni jiran terdekat, makanya malam tu lepas marghrib, konon² nak pi jenguk² apa yang perlu dibantu.
Kot la ada nak packing goodies ke.
Isi telur kat bunga telur ke.
Rupanya semua kerja dah settle ๐Ÿ˜‚.
Ye lah, sebab goodies pun tak banyak.
Dalam 80packs je.
Kenduri yang ni buat kecil² dulu. 
Bertunang dan nikah je.
Jemput pun saudara-mara terdekat dan kawan² baik je.
Bulan 10 sok baru kenduri besar.


Simple je goodiesnya. Air kotak, bunga telur dan kek buah.


Sofea rasmikan dulu la pelamin comel CikPah ni ๐Ÿ˜Š.


Kami datang awal pagi la. Nak rewang² sikit. 


Pengantin tengah bersiap.


Gambar mami mesti kena ada ๐Ÿคญ.


Khemah tukang masak. Tukang masak import dari Pagoh ye. Jangan main². ๐Ÿ˜‚
Abang ipar CikPah tu memang orang Pagoh. Duduk pun duduk sana. Dia kat Pagoh tu memang tukang masak time kenduri kendara. Tu yang dia bawak team masak² dia ke Selangor. 
Nak masak beriani gam katenya.
Nasi, lauk pauk semua team diorang yang masak.
Kitorang ni tolong potong² bahan untuk buat acar timun nenas dan kerabu mangga je.



Mami la yang tukang buat kerabu mangganya ๐Ÿคญ. Alhamdulillah sedap. Diorang la cakap. Hahahaa


Durian pun ada wehh. 
Sepupu CikPah ni tauke durian kat Sg.Besar tu, dia sponsor 2 bakul durian Mousang King dan IOI. Perghhh, puas la makan ๐Ÿคญ. Lagi² yang duduk rewang. Makan sampai kembung perut. Hahaha.
Dah la tu, siap dia bagi lagi 2 biji untuk rumah Atok pulak. Elok tergolek kat beranda rumah. ๐Ÿ˜‚.


Alhamdulillah. Moga bahagia hingga Jannah buat Kak Ipa dan suami. 


Dalam pukul 1 camtu, mami dan anak² balik dah. Tak dapat nak tunggu lama² sebab nak gerak balik Puncak Alam semula petang tu.
Nenek dan Mama balik lambat sikit.


Sebelum balik pi pekan Sg.Besar jap. Mencari fresh flower untuk kek pengantin. 
Kek pengantin tu nak deliver malam.
So, sempat la balik tu mekap² kek tu sikit.


Tadaaa, siap dah. Ok takk? Sebetulnya macam tak dan nak buat kek ni. Tapi sebab pengantin nak jugak mami buatkan, tak sampai hati la pulaknya. Pengantin tu BFF kakak Amirah. Lagi la tak sampai hati nak tolak ๐Ÿ˜‚. Tak dapat 2 tingkat, setingkat pun jadilah..katanya.


Sebelum masuk kotak letak topper siap². 
Malam lepas abah Ahnaffea balik kerja, terus kitorang pi delivery kek ni. 
Mujur dekat je. Kat Kampung Melayu Subang tu je.

Penat jugak la minggu terakhir Ogos aritu.
Jumaat balik kampung untuk kenduri CikPah tu, pastu balik Puncak Alam semula.
Siapkan kek pengantin, pastu ahad tu pi Pahang pulak. BFF mami kawenn. 
Tu kita sambung cite nanti ye ๐Ÿคญ.



















2 comments:

  1. Selamat pengantin baru untuk pengantin dan suami..Semoga berbahagia sehingga ke-jannah...Jaja, cantiklah kek pengantin tu..sukaaa..suka betul kalau jenis simple classy gini....

    ReplyDelete
  2. Cantik dan mewahnya gudis tu..
    Kek buah dah la sedap

    ReplyDelete