Monday, July 17, 2023

Sepagi Di Pantai

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.


Pagi Jumaat tu, pagi² lagi abah Ahnaffea dah keluar pi cari sarapan.
Kat depan chalet ni ada kedai sarapan pagi.
Beli kat situ je senang ๐Ÿ˜Š.
Pegi la 3 beranak tu jalan kaki.
While mami golek² lagi dalam bilik. 
Rasa fresh je pagi² dah nampak laut, dengar bunyi ombak. 


Haaa, kat tepi tu je kedai sarapannya. Tulis kedai roti canai tapi macam² makanan pun ada. Ramai orang ooo, seawal 6.30 pagi dah ada orang datang. Masa kitorang nak pegi pantai tu, ada geng² yang nak pi mencandat sarapan situ.
Penuh orang kedai ni.


Nasi dagang gulai ayam, nasi kerabu ayam goreng dan nasi lemak ayam goreng. Ada juga air nescafe tarik. Fuhhh, memang sedap korang. Nasi kerabu tu cili dia memang betul pedas berapi. Puas hati makan. ๐Ÿคญ.
Syok betul sarapan kat tepi laut tau. Sambil dengar bunyi ombak, angin sepoi² bahasa. Nyaman je rasa. Rasa macam nak duduk je kat situ lama². Taknak balik Selangor dah ๐Ÿ˜Œ.


Kami lupa bawak tikar, tapi dalam kereta ada plastik besar alas meja. Guna plastik tu je la. Pun boleh ๐Ÿ˜‚. Yang coklat² atas pasir tu ranting² pokok yang gugur. Nampak macam kotor kan, tapi sebenarnya tak pun. Ok je. Bersih.
Si Sofea tu memula geli² nak pijak pasir. Dia duduk je kuis² pasir kat situ. Lepas abah dah siap sarapan, dia pimpin Pia keluar dari plastik tu, barulah mau main dengan abang. 


Yang ni dah jumpa pasir memang tak layan yang lain dah ๐Ÿ˜‚. Seronok dia dapat main pasir.


Adik jadi mangsa buli.






Bawah tu air lautnya. Tapi kitorang tak turun kebawah pun. Memang nak Ahnaff fokus main pasir je puas². Lagipun pantai belah sini ni tak sesuai nak mandi. Air memang cantik tapi ombak dia kuat sikit. Takde orang mandi pun.


Sementara anak² dan bapa tu main pasir, mami pun healing² gedik² ambik gambo sendiri ๐Ÿ˜‚. Set timer pastu berlari² macam ape je ntah. Hahaha


Ya Allah...yang sorang ni, dia rela ye dikambus begini. Tergelak² dia.


Tengok, dia suruh Ahnaff tanam kaki dia. Masalahnya, dia tak pandai pun bercakap, tapi Ahnaff boleh faham ape yang adik dia nak. ๐Ÿ˜‚.
Yang adik pun, mana la dia dapat idea nak suruh abang tanam kaki dia tu..


Cuaca pagi tu a bit gloomy. Matahari tak keluar sangat. In fact, siap ada macam kabus² pulaknya ๐Ÿ˜…. 
Puas la seketul Ahnaff tu duk main pasir dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi.
Gerak masuk bilik pun sebab Sofea dah bosan. Dia berkemas dulu dari orang lain. Hahaha. 


Dia ni memang minat betul dengan lori besar² camgini. Ni dia la yang suruh ambik gambar. Lori ni berenti sarapan agaknya.


Kedai sarapan pagi tu, dah pukul 11.45 pagi pun masih penuh dengan orang lagi. 








10 comments:

  1. bestnya..makan2 kat tepi pantai...

    ReplyDelete
  2. Bertambah sedaplah bekfes tepi pantai gini...
    Comel je si kecik tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Sambil dihembus angin sepoi² bahasa. Lagi syok.

      Delete
  3. Wah...saya dok bayang Jaja berlari ditepian pantai mengejar timing camera...

    Puas la budak dua ketoi tu main pasir..pantai belah sana memang rombak agak besar kan...sebab Laut China Selatan kan..malau belah sini Selat Melaka ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul ape yang akak bayangkan tu. Hahaha

      Delete
  4. bestnya healing macam ni, tempat cantik makan sedap hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benarrrr. Pegi kejap² camni, santai² memang boleh healing. Tak penat terkejar².

      Delete
  5. Comel betul Sofea!
    Memang tergelak dibuatnya tengok anak-anak kecil bermain. Terhibur hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul cikgu. Santai², masing² mood pun elok. Anak² gembira, mami abah tumpang gembira.

      Delete