Sunday, July 23, 2023

Cerita Ahad.

 Assalamualaikum semua 😊.


Petang Jumaat haritu, Kakyong bagitau dalam group whatsapp family, Abg Z (suami KakYong) eksiden, jatuh motor sebab terlanggar lubang waktu balik kerja.
Mula² KakYong kata Abg Z ok je. Cuma adala luka² kecil kat bawah dagu, lengan dan lutut.
Malam tu bawak pergi cuci luka kat klinik.
Tapi, malam tu tak boleh nak tido sebab dia rasa sakit kepala sangat.
Pagi Sabtu KakYong bawak pergi Hospital Damai. Doc check dan buat xtray, rupanya rahang patah. Tulang bawah mata retak.
πŸ₯Ί
Nak kena buat operation. Tapi Hospital Damai takde pakar untuk buat operation tu makanya tukar gi Hospital KPJ Tawakal pula.
Hospital suggest masuk ward pagi Isnin. 
So petang Sabtu tu diorang pun balik la rumah dulu.
Pagi tadi, kami adik beradik pergi la ziarah AyahLong. 
Tapi Ayahlong walau sakit, tetap ceria macam biasa. 
Mami pun lupa nak ambil gambar AyahLong sebab masa sampai tu kebetulan ada jiran dia pun datang menziarah.

Kalau dah plan nak berkumpul ramai² tu kan, selain nak ziarah Abang Z, mestilah agenda utamanya makan² juga. Hihihi
Oleh kerana semalam balik dari Johor pun dah malam, makanya mami buat kek dan bubur kacang hijau je la.


Cuba resepi baru. Kek strawberry butter cheese. Not bad juga rasanya. Lemak masin dari krim cheese bergabung dengan masam jem strawberry. Tak terlalu manis juga. 


Bubur kacang. 


Sofea healing² dengan nenek tepi pool. Padahal dia tu geram je nengok abang² sepupu dia berendam. Yang abang² pulak duk memanggil² je. Masing² nak menjaga dia. Tapi mami tak bagi dia mandi. Sebab baru je baik selsema. Kang nanti selsema semula. Letihhh mami. 🀭
Ahnaff pun mami tak bagi terjun. Nasib baik dia mendengar kata.


Tengok ni. Abang² yang beso² kemain berendam.


Model majalah Mangga πŸ˜‚πŸ˜‚. Abang² sado ni. Yang tengah tu tak lama lagi nak kawen. Yang kanan baru habis Diploma Kejururawatan. Yang kiri masih study. 

Tengok la tu. Sikit² dia sua kaki sebab intan payung duk panggil² dia. 


Geram dia πŸ˜‚.


Tau² dah togel tinggal pempers n spender je πŸ˜‚. Baju dia basah dah sebab dia pi duduk kat tepi kolam tu. Masa abah bukak kan baju dia tu, dah tersengih² dengan harapan ada can la nak mandi. Rupanyaa hanya tinggal harapan πŸ˜‚. Abah terus dukung dia masuk rumah. Hahaha


KakYong buat nasi impit, rendang ayam kampung, masak lodeh sardin. Nenek bawa tumisan jawa dan ayam goreng. So, kami lunch tadi menu tu jela. 


Pinggan mami. Sedap betul masak lodeh sardin ni. Resepi turun temurun dari nenek belah mak. Jarang orang buat. Biasanya orang buat yang kuning tu kan. Yang sardin ni kira versi pedas. Takyah makan guna sambal dah. Nanti bila² mami share resepinya ye. 😊


Balik rumah pun togel aje. Mujur rumah dekat je. Hahaha. 


Sampai rumah, mandi, susu dan terus pengsan haaaa. πŸ˜‚
Sempat la mami pun lelap kejap ni tadi. 

Esok pagi Ayahlong akan warded di Hospital KPJ Tawakal. Moga dipermudahkan segala urusan Ayahlong. Moga cepat sihat AyahLong kesayangan semua. 







12 comments:

  1. Hahahha.. risau jer Ahnasofea terselit tepi tiang tangga tu.. dah kena panggil abang bomba pulak. Tak pernah tahu lodeh sardin, bunyik macam sedap tu. Intan Payung oh Intan Payung.. mmg panggil sebut gitu ya, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..memang gitu la panggilannya. Intan payung ooo intan payung. Hahaha.

      Delete
  2. Kesian si kecik tak merasa mandi...hehe

    ReplyDelete
  3. Patut la kalau eksiden walaupun tak luka teruk, orang suruh jugak pergi hospital. Semoga dipermudahkan urusan

    Baiknya ahnaff and sofea mahu dengar cakap, kalau acik waktu kecik dulu lagi yang tak dibagi lagi yang dibuat hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, better gi hospital sebab kecederaan dalaman ni tak nampak kan.
      Alhamdulillah, masih mendengar kata. Walau yang kecik tu, sikit² kaki dia menuju ke kolam.

      Delete
  4. Semoga berjalan lancar pembedahan itu.
    Ada lodeh sardin ya. Selalu lauk lodeh kuning itu yang saya tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat luar or kedai memang tak pernah jumpa lagi lodeh sardin ni NA. Kira ni mcm makanan special untuk family saya. Hihihi

      Delete
  5. Menarik la masaklodeh sardin...Tak pernah try lagi..

    Togel pun still ayu Sofea😍..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita share kan resepinya. Mana tau kena ngan selera kawan² yang lain. Hihihi.

      Delete
  6. Alolooo sayang Sofea... apasal gambar akhir tu nonggeng gaya tidurnya.

    ReplyDelete
  7. Semoga lancar untuk operasi ayah long kakaaak.

    Sedapnyaaaa nasi impit dan lodeh sarden tuh 😍😍😍. Saya baru tahu menu lodeh sardin. Ternyata memang jarang dibuat yaa. Pantas tak pernah jumpa nasi impit pakai kuah lodeh sardin nih saat masih di Penang dulu πŸ˜„.

    ReplyDelete