Assalamualaikum semua ๐.
Ya ampunnn, dah nak dekat sebulan raya haji berlalu, baru mami ni terkedek² nak cerita ๐.
Raya haji tahun ni macam biasa juga.
Buat qurban hari Jumaat.
Sesudah subuh semua crew yang terlibat dah berkumpul kat surau kampung.
Tahun ni Paksu dan Atok masih lagi jadi tukang sembelih.
11 ekor lembu nak dikorbankan tahun ni.
Padi baru lepas potong. Kampung halamanku yang indah dan permai. Gittewww ๐
Kami pergi pukul 8 lebih, diorang dah siap sembelih 8 ekor lembu. Sempatla tengok lagi 3 ekor lembu disembelih.
Ahnaff dah pegi awal lagi dengan AbangDin. Tengok tu, dah la berbaju merah, berani pulak dia tengok dekat² camtu.
๐คญ
Ahnaff dan Izreen.
Abang dia duk jerit² tak bagi adik gi dekat² sana. Adik pulak tak menghiraukan pun ๐.
Pukul 8.30 siap sembelih dah 11 ekor lembu. Dalam pukul 12 camtu siap semua kerja termasuk agih²kan daging tersebut.
Sempatla ootd jap kat titi depan rumah ๐คญ.
Titi kenangan ni. Dulu² masa kecik lepak² kat sini. Kadang tu lepak situ sambil makan mangga muda cicah cili kicap.
Bila fikir² semula, takde pulak rasa segan ko ehh jaaa ๐.
Anak Kakyong yang sulung pulak bertunang.
Haritu kakak, adik dia yang kawin.
Ni giliran si abang la pulak ๐.
Berjodoh pun dengan orang Sg.Besar je jugak.
Senang kerja. Dekat pun dekat.
Hihihi
Kerja mami tak lain tak bukan, dah tentu lah buatkan hantaran serba sikit.
3 dulang berbalas 5 dulang.
Pihak kami bagi:
Brownies tower
Buah-buahan
Sireh junjung beserta cincin 2 bentuk.
Buat simple² mana yang boleh je la. Hahaa
Ni la dia. Intan Suhaila pujaan Intan Payung. ๐
Along tu, sepupu² panggil Intan Payung sebab kesayangan mamylong. Kesayangan sepupu² juga. Hihihi
Dia pun redha je bila sepupu² yang kecik² ni panggil dia camtu.
InsyaAllah kenduri belah perempuan mungkin hujung tahun ni.
Awal tahun depan belah kami pula.
Serius la panggil Intan Payung, hahaha. Eh, cepat ya buat kerja utk 11 ekor lembu sekejapan siap. Berani pulak Abg Ahnaff tengok dekat² ya.
ReplyDeleteYe, memang panggil intan payung ๐.
DeleteCepat siap sebab ade team. Team tumbangkan lembu lain, melapah lain, lain² kerja semua team berbeza. Lagipun ada 3 orang tukang sembelihnya.
hebat atok 11ekor sapsapsoi je ye...
ReplyDeleteairtangan jaja simple pun nampak berseni hantaran tu
Bukan atok sorang je. Ada lagi 2 orang tukang sembelihnya. Hihihi
DeleteTahniah semua..!...cantikk hantaran, suka jenis simple kemas macam tu...
ReplyDeleteTq sue. Simple sebab itu je yang pandai. Hahaha
DeleteSentuhan jari ajaib Jaja tak dapat dinafikan lagi
ReplyDeleteCantiknya kampung Jaja, mesti selalu rindu dengan suasana tu hehe
ReplyDelete