Friday, July 7, 2023

Projek Kelab Araf : Usahawan Cilik

 Assalamualaikum semua 😊.


Cerita lama dah ni. 
Terlalu lama. Sebelum raya haji hari tu 😂.
Takpelah. Mami update cerita pelan² ok.
Projek Kelab Araf kali ni jual beli.
Sama je macam tahun lepas tu.
Objektif dia nak kumpul duit untuk kelab disamping mengajar anak² berjual beli guna duit sebenar.
Kelab Araf ni kelab aktiviti untuk pelajar² tadika. 
Kiranya yang jadi pembeli adalah pelajar² tadika, teachers dan juga abang² kakak² sekolah rendah. 


Tahun ni mami buat muffin vanilla nutella.

Letak sikit choc chip. Buat guna bahan yang memang ada kat opis mami tu je 🤭.

Packing kan begini. 1 pack 2 ketul je. Harga jualan terpulang pada teachers nak letak rm berapa.
Ibu bapa yang join ni kira macam sedekah juga la. Sebab bawakkan bahan jualan tapi hasil jualan tu masuk dalam tabung kelab. 
Alah, bawak pun dalam 5,6 pack dah cukup. Nak bawak lebih pun boleh je.

Teacher ajar jual beli guna duit betul.


Balik sekolah dia tanya ada lagi tak mufin yang mami buat tu. Mestilah ada kann. 
Habis dia makan yeee 😂. 

9 biji yang tinggal ni, sekelip mata je gone. Dikerjakan dek dua beradik tu 😂. 

Cerita² lain banyak je sebenarnya. 
Nanti mami update pelan2 ye. 
Kot la ada yang merindui..kononnnn 😂😂.


4 comments:

  1. ahnaff beli apa?nasib ahnaff tak beli muffin mami dkt sekolah hehe,tengok muffin mami teringin nak buat tapi bila sampai rumah yasallam malas...

    ReplyDelete
  2. kukies yang enak apa itu bisa kembang kuenya?

    ReplyDelete
  3. comei je. bagus buat mcm ni... bebudak belajar kan

    ReplyDelete
  4. Alololo rindunya ngan anak lanang si Ahnaff ni...Sofea pun ..cerdik budak ni...geram
    Masih terbayang dia punya pakai kasut lua chu kang tu

    ReplyDelete