Assalamualaikum korang 😊.
Walau boleh dikatakan tiap minggu balik kampung, tapi ole² dari kampung tetap ade ye 🤣.
Tak sah kalau balik sini tak bawak pape.
Mesti penuh bakul makanan si Sofea tu.
Tapi kadang tu kalau takde pape, takde la bawak.
Pisang (tak tau nama ape -tapi sedap dibuat cekodok), jambu batu (atok belikan dari market) dan mangga muda - petik tepi rumah.
Pisang kepok - ole² dari Pahang. Kakyong balik kampung Pahang. Bawak balik sini setandan pisang kepok dan seguni rambutan. Saya cuma ambil pisang sahaja. Rambutan makan kat rumah Kakyong je. Tak boleh makan banyak. Sakit tekak 😌.
Masak lemak ikan kering (ikan haruan- homemade ikan kering by nenek) campur nenas. Nenek bekalkan lauk ni, pastu dia cakap boleh makan untuk dinner. Takyah susah² nak masak dah. Padahal anak dia ni kalau dinner memang jarang masak berat² 🤣. Paling mudah tentulah orderkan makanan online je buat dua kenit tu.
Peanut candy. Ahnaff suka, ni dia la yang beli masa balik kampung aritu 🤣.
Dorayaki.
Pagi selasa buat sarapan dorayaki sebab Ahnaff MC. Petang Isnin tu, sampai je Puncak Alam terus pi klinik. Dapat MC sehari 😌.
Pisang kepok tu, dah goreng pastu lebihnye buat kolak je. Kalau melayu sebut pengat pisang, jawa sebut kolak pisang 🤭.
Pisang yang tak tau nama tu (nak tanya nenek ape namanye, asyik la lupa) buat cekodok sedap betul 😊. Tu kat belakang ade lagi sesikat. Esok buat cekodok lagi la jawabnye nihh. Hahaha
pantai timur pgl pengat hehe
ReplyDeleteacik pun suka candy tu ahnaff tp susah la nak cari nk kena beli shopee,comel2 dorayaki tu mami nak buat jg la utk kakak pia
Haahhh, yelah. Selalu orang panggil pengat juga kan. Hihihi.
DeleteKak, dekat Cowboy Kuantan ade peanut candy tu. Aritu kitorang ade beli kat sana. 🤭
Senang je buat dorayaki tu. Sapu nutella, mesti kakak pia suka.
saya panggil pengat pisang hehe
ReplyDeleteYe betul, biasa orang panggil pengat pisang kan.
DeleteSedapnya cekodokkkk😋
ReplyDeleteSedap. Ikut resepi mama cella. Guna tepung beras. Rangup diluar, lembut di dalam 😊
Deletebestnya kalau balik kampung pastu dapat ole-ole, tapi akak sebut pengat juga, kolak tu selalu orang tua-tua yang panggil hahhaha
ReplyDeleteYe kan kak. Ramai panggil pengat. Nak edit la kat entry tu. Hahaha.
DeleteSedapnya nampak durian tu awak
ReplyDelete