Wednesday, December 28, 2022

Family Day - Sg.Pelek, Sepang

 Assalamualaikum korang 😊.

Ni cerita throwback ni 🤣.
17 & 18/12/2022.
Setelah 2 tahun tak buat family day, akhirnya dapat juga pergi bercuti sama² lagi.
Terguna juga akhirnya duit family yang berkepok² tu 🤣.
Kitorang adik beradik memang ada satu akaun khas untuk kami menabung. 
Duit tabungan tu gunanya untuk bercuti, hal² kecemasan atau sebagai backup pinjaman sekiranya ada yang memerlukan.
Akaun khas ni diwujudkan selepas kami semua habis belajar dan mula bekerja. 
Kira ok juga la buat tabungan camni.
Kalau buat family day camni, semua perbelanjaan menggunakan duit family tu.
Penginapan dan makan minum ditanggung.
Duit minyak dan tol je kene keluarkan sendiri. 
Tahun ni buat family day dekat je.
Kat Sg. Pelek, Sepang tu je 🤭.



Tema hijau. Tak kisah hijau yang camne pun, janji hijau 🤭. Ni 6 beradik perempuan je yang ada. Adik lelaki yang bongsu tak join sebab dia sayang nak tinggalkan baby² dia yang 4 ekor tu. 


Kemain dia niiii.





Berkumpul lunch dekat Pantai Bagan Lalang. Sementara nak tunggu check in homestay pukul 3 petang. Buat style potluck. Masing² bawak hidangan seperti yang telah dipersetujui.

Kakyong - Nasi putih dan sambal sardin
Kakngah - Ikan sambal 
Kaklang - Sayur campur 
Mami Ahnaff - Masak lemak udang + nenas dan sambal belacan 
Kakchik - Ayam goreng dan air sedap (dia bawak kordial sarsi, bancuh tepi pantai. Siap beli ais sekali 🤣. Bagus ni tender air)
Cikya - Buah tembikai dan salad.

Bila dah kumpul² semua menu, jadi banyak berlebih².
No problem. Boleh buat ulang makan kat homestay.
Tapinye, tak ambil pun gambar semua menu² tu.
Sibuk nak mengepung si Sofea tu haaa.
Dah siap makan², ambil gambar semua, kemas² dan terus bertolak ke homestay.
Kali ni kami menginap di Anaqi Village Homestay.
Family day kalini kami nak santai² je.
Taknak terkejar² kesana sini pegi berjalan dan shopping 😅.


Ade 4 buah rumah. Berhadapan. Kami sewa keempat² rumah. 2 rumah untuk lelaki. 2 rumah lagi untuk perempuan. 


Ni bahagian tengah². Ade kolam renang idaman kanak² 😆.


2 buah rumah berkembar. Yang hujung tu dapur. Kalau sewa keempat² buah rumah ni, boleh guna dapur secara percuma je 😊.


Ni dapurnye. Bersih dan kemas. Lengkap semua peralatan memasak. Ada tv juga. Ni gambar pagi ahad tu. Siap² berkemas untuk sarapan.


Tengok budak² ni. Sampai² je dah terjun terus. Baju mandi pun tak keluar dari beg lagi. Mandi berspender je la masing² 🤣.


Yang ni pun galak main air. Dia siap baring rendam² kepala dalam air. Geleng kepala je abah dia 🤣.


Yang sorang ni usah cerita la ye. Penat berendam, nanti dia naik, makan minum. Main basikal. Pastu sambung lagi berendam. Ulang² camtu je la 😆.


Dua kenit ni tak mandi kolam dah pagi ahad tu. So, main jela berdua kat dapur.

Family day kalini memang santai habis tau.
Budak² memang enjoy dengan persekitaran homestay yang luas dan bersih.
Seronok diorang mandi², main basikal. 
Yang dewasa pulak seronok makan², sembang² tak habis² 🤣.
Tak faham ehhh, nak kate jarang jumpa, tiap minggu balik kampung jumpa.
Tapi, tiap kali berjumpa tu, tetap ade je topik yang dibawangkan 🤣. 
Macam tak habis² ceritanya. Hahaha.
Malam tu buat aktiviti bbq dan ade mesyuarat ringkas berkaitan majlis perkahwinan Kakak Amirah.
Gambar aktiviti malam tu pun tak ambil wehh 😅.
Sibuk menyembang dengan jaga anak². Hahaha

Pagi ahad tu kitorang peserta pertama yang checkout sebab abah Ahnaff kerja tengahari tu.
So, kenela balik dulu.
Diorang yang lain² tu, checkout pukul 1 petang kalau tak silap.




On the way balik, abah Ahnaff singgah beli buah naga dan jambu batu. Banyak gerai² tepi jalan jual buah naga ni. 










10 comments:

  1. Bagus kan buat tabungan mcm tu... acc bank tu buat under nama sape... kami ari tu br nak buat lepas tu bila covid trs x jadi buat dah

    Best homestay yg boleh buat aktiviti mcm tu x payah ke mana²... semua dok berkumpul mkn minum mandi kolam kat situ... seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acc bank tu atas nama kakak no.2. Dia memang bendahari keluarga sejak dari dulu lagi 🤣.

      Delete
  2. Bestnya ada tabung tu. Saya pun jugak dengan geng kawan2 sekolah. Memang khas untuk bercuti je yang tu. Daj dapat kumpul ribu riban zasss terus bercuti haha.

    Sama style family kita, pergi mana2 mesti potluck makan ramai2. Meriah and confirm sedap kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family besar, memang sesuai buat potluck camtu. Puas makan ulang². Hahaha. Yang penting makanan semua menepati taste seluruh keluarga.

      Delete
  3. boleh tiru ni buat tabung,biasanya nak gi mana2 br sibuk nak collect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat tabungan camtu senang kak. Bila² pun boleh onzz je kalau nak bercuti. Kalau buat collection bila nak gi memana tu macam bnyak je halangannya 🤭

      Delete
  4. Sama la..kalau jumpa mak n adik beradik memang HP kemana apa pun kemana...lupa dah semua 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. memang camtu la selalunya. Kite adik beradik perempuan semua kan. Membawang mesti lebih² 🤣. Tak sempat dah nak belek telefon je.

      Delete
  5. Nampaknya Ahnasofea yang paling seronok tu. Cantiklah homestay tu, Jaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kak. Masuk je gate homestay tu, memang terasa macam kat tempat lain. 🤣

      Delete