Assalamualaikum korang 😊.
Pagi rabu minggu lepas, Mummylong Ahnaff datang rumah.
Saja datang nak sarapan sama² dengan adik dia ni. Hihihi
Beli sarapan punya la banyak.
Sampai tak terabis.
Nasi lemak ayam. Dalam mangkuk tu rendang ayam, makan dengan pulut kuning. Ade kuih karipap, kuih lapis dan kuih kaswi. Si penggemar kuih tradisional takde la pulaknye. Gi sekolah. Kalau dia ade, mesti habis kuih² tu.
Mummylong makan bihun goreng dan sambal paru. Sambal paru tu, kemain keras kejung lagi parunye 🤣.
Hari khamis, Ahnaff request nak makan ayam kicap.
Dah tau trick nak bagi si kecik sorang ni makan banyak. Nak kene suap abang makan sekali, baru dia pun makan elok je bersuap. Takde dia nak suap sendiri.
Abah dapat mousang king 2 biji 🤩.
Lepas makan nasi baru boleh makan durian. Haaa, tengok tu, bila dia nampak je Ahnaff makan durian sendiri, dia pun nak pegang sendiri.
Ni cerita hari sabtu pulak. Balik kampung lagi sebab nak tengok nenek. Katenye jatuh motor. Nasib baik takde pape. Cuma lutut je sakit sikit. Kitorang tak bagi dia bawak moto sendiri dah. Dia pun macam dah trauma 😅. Petang jumaat tu gi kelas mengaji kat surau pun mintak tolong Atok hantar.
Kalau ikutkan konon taknak balik kampung, tapi bila dah dengar nenek jatuh motor tu, abah Ahnaff ajak balik jugak. Kebetulan Sabtu dia cuti.
Mama belanja makan dekat Medan Selera Hutan Melintang. Kemain jauh carik sotong goreng tepung 🤣.
Ade 4 beradik je. Kakngah, Kaklang, saya dan Paksu. Kakyong, Kakcik dan Cikya tak balik. Lepas makan² tu, terus kitorang balik Puncak Alam. Ahad Abah Ahnaff kerja.
Tengari Ahad buat kari kepala dan ekor siakap 🤭. Puas meratah kepala. Hahaha. Yang penting bagi dua orang kenit tu makan kenyang² dulu pastu barulah mami boleh makan dengan tenang.
Ni pagi tadi nak gi sekolah. Dah beso camtu pun still duduk depan lagi. Tak mau² bila disuruh duduk belakang. Dia cakap "ehhh, bahaya la mami kalau duduk belakang. Lagipun Ahnaff kan kecik lagi". 😌😌
Petang ni tadi dia mintak pau. Ok, boleh la. Dinner makan pau je tadi.
Yang kosong takde tanda tu pau kacang, yang bertanda kuning tu pau kaya. Sedap pau pakcik ni. Lembut je dan inti dia pun penuh. Puas hati. Sebiji Rm2.20. Tadi beli 2 biji pau kaya dan 2 biji pau kacang. Yang tinggal hanyalah pau kaya sebiji. 🤣
Paru kalau liat, keras dan kejung mmg sedih kan? tp kalau jenis seller yg buat sehabis baik tu mmg bahagia mkn
ReplyDeleteBetul. Nak kunyah pun payah. Sudahnya Kakyong tak makan pun paru tu. Terlalu keras untuk dikunyah 😅
Deleteahnaff...nak minta musang king sikit.bestnya ahnaff mkn durian,kakak Pia juga yg rugi tak suka durian
ReplyDeleteJimat duit ummi n waled kan kak Pia. Takyah beli durian yang harga dia kadang tu kayangan betholll. Huhuhu
Deletecian nenek jatuh motor. moga cepat baik. ahnaff doakan nenek tak? hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah, amin. Ahnaff sibuk tanya lutut nenek ok x. Sebab sebelum tu memang nenek sakit lutut.
DeleteAbah Ahnaff sokmo beli musang king..jeles tau...hihihi
ReplyDeleteHahaha..bukan beli kak. Dapat free je dari kilang durian tempat dia supply gas tu.
Delete