Monday, May 13, 2024

Hari Raya Aidilfitri 2024

 Asaalamualaikum semua 😊.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua rakan² maya mami.
Dah habis raya dah pun kome wehhh πŸ˜‚.
Baru terkedek² nak masuk cerita raya.
Hahahaa
Masih ingat mami dan anak² lagi tak?.
Ada yang merindui kami dakkk 🀭.


Tahun ni tema hitam ye. Seluruh keluarga Ahmad Jais berbaju hitam.


Sementara tunggu abah, sempat lagi dia main basikal πŸ˜….


Ok, cukup la korum dah 😊.
Berempat je pon tapi nak bergambo tu kemain payah nak dapat yang elok.


Ni raya kedua. Dia semangat nak join baraan tahun ni. Mami siap belikan dia baju melayu baru ye sebab baju melayu yang hitam tu tak sempat nak basuh 🀭.
Kemain nak bergaya macam Paksu katanya.


Paksu la yang bawak dia. Suruh pegi dengan Atok, tak mau dia.
Kemain ye semangat nak pergi baraan, udahnya pukul 11.30 pagi Paksu dah hantar dia balik sebab penat dia kata πŸ˜‚.
Banyak rumah dan makan je dia cakap. Hahaha


3 generasi 😊. 


Mek Piah ni. Kalau suruh bergaya memang dia orangnya. Sepit rambut atas kepala tu memang boleh bertahan lama ya. Dia takde cabut².


Bagi la can sesekali πŸ˜‚.


Time nak bergambo, ada je yang laluuuu 😌.


Ahnaff dan adik²


Pergi beraya kat rumah bff abah Ahnaffea. Isteri dia tu sama batch dengan mami masa kat UUM dulu. Course lain dan tak kenal pun masa tu. πŸ˜‚
Dah kawen, jumpa, sembang² baru lah tau dulu sesama kat UUM. Ada la 3,4 orang kawan mami, kawan dia jugak.


Balik je Puncak Alam dah mula gelek karipap πŸ˜‚. Tu yang jadi takdan semua tu.


Tahun ni takde tukar pape. Langsir pun tak bertukar πŸ˜…. 
Pemandangan pagi² camni la. Kemas helok. Nanti kakak kawasan dah bangun, sepah laaa πŸ˜‚.


Nasi impit, kuah kacang+daging, rendang daging, popia bergedil dan kopok lekor. 
Bff mami datang beraya. Masak apa yang ada je la. Kuih raya pun tadek πŸ˜‚.


Nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun nenas. Masak best sikit sebab Bangdam datang.


Saja dia ride dari kampung semata² nak jumpa adik². Datang pun diam² je tak cakap kat nenek pun sebab dia nak naik motor je. Kalau Nenek Atok tau dia nak ke Puncak Alam, mesti kena bawak kereta sebab Atok Nenek ikut sekali πŸ˜‚.


Penghujung Syawal, nak pi beraya rumah MummyLong.


Nenda dengan Nuh. Mata dia tu tak lepas tengok pakcik makcik dia mandi kolam. Tak berkedip mata dia yeee.
Sabar ye Nuh, sok dah besar sikit Nuh la jadi penunggu kolam tu πŸ˜‚.


Onyang dengan Nuh. Mata Nuh memang tak lepas dari kolam πŸ˜‚.


Lepas rumah MummyLong, mai rumah kami pulak la. Rumah kecik, penuh jadinya bila semua datang 🀭.


Masak simple je.
Kuetiaw goreng, popia bergedil dan bubur jagung. Teh tarik wajib ada.
Tapi tu la kan. Semua makanan tak ambik gambar pon.


Complete semua adik beradik perempuan ada. Paksu je yang takde. 
Terima kasih semua kesayangan sudi datang rumah Ahnaffea 😊.

Tu je la cerita raya kami. 
Tapi raya tahun ni rasa macam pendek je.
Tak sempat sangat nak beraya kemana.
Ke sebab mami pun dah sibuk gelek karipap n buat kek juga ye 🀭.

P/s: belum sempat lagi nak berjalan ke rumah online kawan² πŸ˜”.
Kadang tu sempat jalan² tapi tak sempat nak tinggalkan jejak.
Tak sempatttttt πŸ˜….
Rindu kat semuaaaa. 




4 comments:

  1. mesti la rindu sangat dah lama tak baca cerita ahnafsofea

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak jaja.. lama sungguh akak menyepi..

    p/s : sesungguh dan sebenar2nya, hitam itu menawan... :D

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Raya Jaja sekeluarga...gegham nengok si kecik tu...comel betulllll

    ReplyDelete
  4. mestilah rinduAhnafFea ni! Acik Ana tertunggu entry mami kisah raya ahnaf sekeluarga rupanya mami busy hehehe

    selamat hari raya Ahnaf sekeluarga! muahhh mmuahh hehe

    ReplyDelete