Wednesday, March 6, 2024

Kesibukan Yang Dicari πŸ˜‚

 Assalamualaikum semua 😊.


Ishhhhh.. lamanya tak bercerita kat sini.
Sempat jenguk² rumah kawan² pun sekali lalu je.
Ada yang sempat tinggalkan jejak, ada yang tak.
Kadang tu bertandang ke rumah online kawan² dah tengah malam. 
2,3 pagi baru sempat nak berjalan πŸ˜‚.
Mami bizi sekarang ni uiiii 🀭.
Alhamdulillah permintaan untuk kek² semua sentiasa ada.
Pastu sekarang ni tengah pulun buat karipap pusing frozen pulak. 
Last week ada dua pupu abah Ahnaffea order karipap 90 pack. 
Bersamaan 900biji. 
Berpusing jugakla bijik mata mami ni.
Asyik tengok pusar² dia tu je πŸ˜‚.
Dah settled order 90 pack tu, bersambung lagi lebih kurang 25 pack nak kena siapkan 🀭. 
Meh la tengok jamu mata sikit 🀭.


Buat 4 jenis inti.
Keledek, kentang, kentang ayam dan kentang daging.








Ni yang reject² ni..goreng untuk kudap² Sofea. Dia memang suka betul dengan karipap.

Seminggu jugak la nak menyiapkan 900 biji tu.
Mujur tengah cuti sekolah, boleh la Ahnaff tengokkan dan layan Sofea.
In between melayan karipap tu, ambik juga order kek.
Bila ada yang nak order, tak sampai hati pulak nak tolak.


Kek coklat moist


Kek buah untuk hantaran.


Semperit coklat.


Ada yang teringin nak biskut raya awal katenya πŸ˜‚.


Brownies kedut.
Dah lepas raya cina pun masih ada yang buat open house.


Puding marble, melayan permintaan anak lanang.


Tak berapa menjadi lapisnya tu. Boleh la untuk makan sendiri. 2 hari je licin dikerjakan 2 kenit tu.


Blueberry cheesetart.


Nutella cheesetart (menghabiskan sisa² nutella yang sebelum boikot tu ari).


Kek oren.


Ni kek pandan gula melaka untuk hantaran.
Terbang nun jauh ke Sabah sana.




Alhamdulillah selamat sampai elok je. Kastemer update kate elok je.

Gitu lah ye sedikit sebanyak aktiviti mami sempena cuti sekolah ni.
Padat sungguh.
Penat tapi seronok 🀭.
Ada 3,4 order lagi tapi tak sempat nak ambik gambo. 
Ni sebelum puasa dah siap² open order kek buah dah.
Mehhh sapa yang nak order mehh 🀭.
Boleh dm je kt 0193114972.
Yang jauh mami boleh poskan.
Yang dekat, moh le kita cod 😊.
Bulan puasa ni dah menunggu projek hamper lagi.
Alhamdulillah 😊.
Ok la..jumpa lagi di entry yang lain ye kawan² 😘. 




12 comments:

  1. teringinnya ngoder karipap tu... jaja duduk belah KL kan? best betul orang boleh masak macam2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk Puncak Alam kak. Kalau bebila akak nak gi tengok bunga kat Sg Buloh, roger² la kitaaa. Hihihi

      Delete
  2. Sedapnya karipap tu...yang reject pun cantik betulll....Kek tu sweetnya rupa dia..sukaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah free², kita bagi sue rasa ehhh 😊

      Delete
  3. waduhhhhh patutlah lama sepi mami tak hapdet. sibuk bersilat siapkan order rupanya.. sedapnya karipap pusing!!! aaaarhhhhh nak kena try buat jugak lah nti ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa..cuba jangan tak cuba. Berbaloi buat untuk bulan puasa sok. Frozenkan ana.

      Delete
  4. jauh dah airtangan mami terbang...moga sentiasa terbang tinggi ye Jaja..elok kek tu sampai ke sabah eh..Karipap boleh pos tak jaja?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..boleh pos tapi yang sampai tak tau la apaaa πŸ˜‚

      Delete
  5. kalau dekat, lady akan order.. huhuhu.. seronok bila pandai masak ni..

    ReplyDelete
  6. Wah bahaya masuk blog ni mulai esokk. Karipap forzen blh pos tak mami? Nampak sedapp tuu.

    ReplyDelete
  7. Wah...cantik dan kemas sentuhan jemari Jaja...semoga dilimpahkan rezeki yang barokah

    ReplyDelete