Sunday, July 23, 2023

Simpang Renggam, 22/07/2023

 Assalamualaikum semua 😊.


Tiap minggu berjalan je keje nye ehh πŸ˜‚.
Last week pi Dungun.
Minggu ni pi Johor pulak.
Tapi pi Johor ni balik hari je.
Actually bukanlah pergi berjalan sangat pun.
Tujuan utama nak pi Spg. Renggam je.
Menziarahi geng sekolej mami masa study dulu.


Ni la punca utamanya. Macam nak gugur jantung dapat perkhabaran duka dari CikDa πŸ˜”.

Walau dah lama tak jumpa, maybe ada la dalam 7 tahun tak jumpa, tapi Cikda ni memang ada satu tempat khas dalam hati mami ni.
Kawan sekolej waktu study di UUM dulu.
Tak sama course tapi jiran sebelah bilik.
Kawan lepak sama², makan sama². Susah senang sama². Kene saman sebab salah parking motor pun sama² juga πŸ˜‚.

Lepas je dapat berita suami dia meninggal tu, adalah scene² nangis sikit sebab mengenangkan dia. 
Ntah la kan, mami ni memang emo sikit orangnya. 
Waktu tu la call abah Ahnaffea mengadu kat dia. Terkeluar la hasrat nak pi ziarah Cikda.
Abah Ahnaffea pun kate ok je. Boleh. Tapi kene pegi time dia off, which means sabtu la.
Tak pe. Boleh je sabtu pun. Janji dapat ziarah.
Ajak juga geng yang lain, kot ada yang berkelapangan. Tapi Nor sorang je yang free semalam. Lagipun dia dekat Johor juga. Jadinya senang la dia nak datang ziarah sekali. 

Cuaca elok semalam. Keluar pagi² dalam pukul 7.30 pagi camtu. Singgah RnR Dengkil, sarapan kat sana. Bagi 2 kenit tu makan kenyang², nanti barulah elok je mood sepanjang jalan. Hihihi


Semua makan nasi lemak ayam goreng. Mami abah nescafe tarik. Ahnaff mestilah sirap. Ahnaff dan air sirap berpisah tiada πŸ˜‚.


Kan dah kate. Kenyang perut, senang hati. Masuk je kereta, tak lama tu dia terus lelap. 


Exit Machap


Dah sampai. Tepat pukul 12 tengahari kitorang sampai. 
Waktu kitorang sampai, Nor tak sampai lagi. Setengah jam lepas tu baru dia sampai. 
Makin rancak la bersembang. 


Tengok ni, sempat lagi kakak Cikda masakkan untuk kitorang. Ada daging masak lemak cili api, ayam goreng, sayur campur dan telur dadar. 
Memang dia dah warning siap². Jangan singgah lunch kat memana sebab dah masak. Nak jamu orang Selangor makan katenyaaa πŸ˜‚.


Zaman muda remaja. Zaman gonjeng² dulu πŸ˜‚. Ni gambar tahun 2006 kalau tak silap. 17 tahun dah berlalu 😌.


Sekarang. Tetap lah mami yang terpaling beso di situ. Hahaha.


Bergambo sat sebelum balik. Anak mami yang lagi sorang dah masuk kereta sebab dia kate "panas la mami. Kenapa nak bergambar banyak² ni". Bertuah betul yeee 😀. Dia tak tau ke, nak jumpa kawan² mami ni bukannya senang. 


Cikda dan Aryan. Moga terus tabah dalam mengharungi hari² yang mendatang tanpa adanya daddy lagi. 
Pemergian yang tiba² dalam keadaan tak bersedia. Tentunya meninggalkan kesan yang mendalam πŸ˜”. 
Tapi, Cikda yang mami kenal memang kuat orangnya. Semalam masa kami sembang pasal arwah, takde setitik air mata pun yang keluar. Memang tabah dan kuat dia tu. Aryan pun nampak macam ok je. Elok dia main dengan kawan². Tak sampai hati nak tanya dia pasal daddy. 
Luaran memang nampak ok dan baik² je dua beranak tu. Tapi dalam hati, tak siapa yang tahu. Keperitan yang ditanggung kedua²nya. 
Moga Cikda dan Aryan baik² je ye.

Al-fatihah untuk suami Cikda. Allahyarham Mohamad Adi Menon bin Abdullah. 


Nor. Kawan 1 course, 1 kolej. Berjiran bilik juga 🀭. Ni pun kawan susah senang. Waktu degree memang study sama². Waktu mami buat master, dia jadi housemate pulak. Mami study, dia pulak jadi manager kat Marry Brown, Changlun. 
Syok hidup masa tu sebab dimanjakan dan dijaga oleh manager MB.πŸ˜‚.
Mami habis master, balik Selangor. Tak lama lepas tu Nor pun balik Johor semula. Dia jaga MB belah² Selatan pulak. Sampai sekarang masih berkhidmat dengan MB. 


Bye korang. Panjang umur, murah rezeki nanti kita jumpa lagi ye. Tapi semalam Nor dah cakap, agaknya jumpa lagi time masing² nak dapat menantu sok πŸ˜‚. Amboiii. Hahaha

Dalam pukul 3.30petang kitorang gerak balik.

Penat sangat ni πŸ˜‚. Belum keluar lagi dari Renggam, dia dah tido. Siap pakej berdengkur lagi ye. Hahaha. Berlawan² dengan adik.
Jangan pelik ye. Ahnaff memang suka dudum kat carseat. Dia memang menanti je peluang kalau adik tak duduk, dia la yang duduk. Padahal dah tak muat sangat ponnn.


Kalau dah nama abah Ahnaffea, mana boleh tak menyinggah. Hahaha
Kena la singgah Ayer Hitam sebab Atok ada cakap, "kalau gi Johor, carikkan abah kentang jembut (ubi kemili) ye". Sebagai menantu yang menurut perintah, dia pun singgah la kejap nak mencarikkan ubi tu. Tapi penjual kat situ cakap, dah lama takde stok ubi kemili tu. 3,4 tahun takde dah. 😐
3,4 gerai jugak la mencari semalam. Memang tak jumpa.


Sudahnya beli kacang rebus je. Hahaha. Sedap ooo. Sofea makan tak berenti. 


Ni time mood helok. Nak dia duduk belakang dengan abang. 


Satay Kajang di RnR Dengkil.



Dia nak makan nasi ayam. Layankan aje. Janji makan habis.

Alhamdulillah selamat sampai P.Alam pukul 10 malam. 
Dekat 7 jam ye perjalanan balik πŸ˜‚.
Ye la kan, menyinggah² je kejenye.
Singgah Ayer Hitam, singgah RnR Pagoh - berenti kejap sebab nak kopi² dengan bawak Ahnaff pi toilet, singgah hentian Senawang - tunggu masuk waktu marghrib, singgah RnR Dengkil - sebab Ahnaff cakap nak makan nasi ayam (kalau ikutkan mami, tapau burger je sudahh πŸ˜‚). Tapi biasalah. Abah dia mana sampai hati kalau dah anak sebut nak nasi ayam tu. Nasib baik juga berenti kat Dengkil sebab Sofea pun yakyak, so mandikan terus dia kat situ. 
Fuhhhh, panjang perjalanan hari Sabtu ni.
Tapi its ok. Terubat dah kerinduan dengan geng² mami. 
















6 comments:

  1. Semoga Cikda baik2 sahaja dalam jagaan-Nya.

    Amboi.. Abg Ahnaf dtg Johor ek!

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah buat BFF Jaja dan keluarga...semoga dipermudahkan segalanya...Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Innalillah....Semoga Cikda dimudahkan urusan
    Wajah Jaja & Cikda tak banyak berubah...
    Nor ada sikit berubah

    ReplyDelete