Wednesday, September 14, 2022

Kuantan 2022 - 4

 Assalamualaikum korang ๐Ÿ˜Š.

Hari last dah kat Kuantan.
Mujur pagi tu abah Ahnaff bangun nak subuh, dia cakap air dah ade tapi slow n kat paip bawah je.
Shower tak de air.
Tak kisah la.. janji dah ade walau slow.
Dapat la buat wudhuk dah mandikan budak².

Dekat homestay ni ade pool untuk budak². Pool ni betul² depan bilik kitorang. Tapi tu la, keadaan pool tu dan persekitarannya macam kurang terjaga ๐Ÿ˜…. 


Pagi last tu dapat nasi dagang, donut dan muffin. Ade air coklat dan kopi susu yang manih letingg juga ๐Ÿคฃ.

Not bad nasi dagang dia. 


Sarapan tepi pool. Malam sebelum tu hujan sikit dan angin kuat, so pool macam kotor sikit ade macam daun kelapa kering dan sisa² ape benda ntah dari bumbung sebelah tu.

Budak ni memula eksaited pastu dia tengok pool tu mcm tak berapa bersih, memula dia taknak turun ๐Ÿ˜….

Dia mandi kat belah² depan ni je. Taknak pi belakang tu sebab dia kate geli ๐Ÿคฃ. Alahaii Ahnaff, Ahnaff. Berendam je la dia kat situ sambil mami suap donut. 

Pagi tu pi sempadan Ganu lagi sebab kat situ ade banyak kedai² jual keropok lekor dan keropok keping. Hujan renyai² pagi tu. 

Makan biskut dulu. Pas dah kenyang baru senang hati nak tido ๐Ÿคฃ.








Beli keropok lekor yang siap rebus untuk ole² dan beli yang goreng untuk makan dalam kereta.
Sedap betul keropok lekor fresh.
Penuh rasa ikan. Tak liat langsung.
Beli 2 set yang dah goreng (1set ada 10 batang), kejap je habis 4 beranak makan. Hahaha
Ahnasofea pun kemain laju makan (mami suap isi dalam tu).
Satar tu pulak kureng sikit sebab manis sangat dan tak berapa pedas. 
Sedap lagi yang Aziz Satar punya. ๐Ÿ˜…


Patah balik menghala Kuantan, singgah Kopi Mesin, Pantai Beserah. Konon nak dine in la. Nak kopi² sambil makan kek. Rupenye kawasan situ pun takde air. Hanya ice blended sahaja yang available. Kek pun ade red velvet dan cheesecake je. Pastu pastry ade puff pastry tak pasti inti ape. Itu je la yang ade.
Makanya, tapau ice blended choc hazelnut dan choc strawberry. 


Singgah Temerloh sat. Nak lunch. Pi Along Ikan Bakar. Restoran ni dekat je dengan exit Temerloh tu. 

Tudiaaa. Sepinggan penuh abah Ahnaff ambilkan nasi untuk mami ๐Ÿคฃ.

Patin tempoyak. Boleh tahan rasa dia cuma tempoyak tu tak rasa sangat. Bagi saya lebih sedap lagi patin tempoyak yang makan kat RnR Temerloh sebelum tu ๐Ÿคญ.

๐Ÿคญ

Siap makan, solat siap² kat surau restoran tu, pastu terus naik highway.
Dah takde singgah² lagi dah. Hahaha
Nak terus balik rumah je.
Alhamdulillah jalan pun clear je, jem sikit dekat tol gombak sebab sama waktu dengan orang balik keje kan.
Dalam pukul 7 petang camtu selamat sampai Puncak Alam. Alhamdulillah.
Habis la dah cuti 4 hari 3 malam ๐Ÿ˜†. 4 - 7hb 9. 2022.

*Ahnaff tak boleh move on lagi dengan Kuantan. Asyik duk sebut je. Hahaha. Pandai dah dia menghargai percutian.


















2 comments:

  1. Bagus bapa Ahnaff..jaga perut bini dia bagi kenyang-kenyang..hihihi..
    Rindu pula kat Ganu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sebab dia taw kalau bini dia lapar, nanti jadi singa ๐Ÿ˜†.
      Boleh gi ganu lagi kak. Waktu Cella konvo sok ๐Ÿ˜‰

      Delete