Friday, May 20, 2022

Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Guru Permata Cilik SRIAzZahrawi

 Assalamualaikum korang 😊

Kemain panjang tajuk kannn. Hihihi
Kemain tak sabar² Ahnaff nak tunggu hari Jumaat
Tak sabar nak pakai baju raya dengan kawan²
Siap pesan "nanti mami buat kek taw"
Baiklah anakkk
Mami memang dah plan nak buatkan kek je 🤣
Pihak sekolah memang dah bagitahu, menu utama untuk kelas Permata Cilik ialah nasi impit n ayam masak kicap.
So, takyah la bawak makanan berat lagi dah.

Kebetulan juga pagi tadi jamuan hari raya untuk sekolah Ezreen (sepupu Ahnaff)
So, ibu dia selit order sekali.. senang kerja 
Cumanya pagi tadi lepas hantar Ahnaff, terus gi hantar kek Ezreen kat sekolah dia, nunn kat Shah Alam.
Dah lama betul tak drive pagi² menghadap jem
Pagi tadi merasala..hahahaa
Dah la Sofea pun kemain menangis taknak duduk kat carseat tu
Sampai tertido² la dia 🤣

Kemain tak sabar nak beraya dengan kawan²

Ahnaff bawak Pandan Gula Melaka n brownies kedut

Kek rampai n marble klasik untuk Ezreen. Yang lagi 2 biji tu ade orang order jugak.

Jalan jem sungguh. Sampai bosan la anak dara sorang tu. Pastu menangis

Ehhh..taw² dah tertido 🤣

Gambar Ahnaff dengan kawan² kelas

Alhamdulillah
Settle dah mengisahkan jamuan Ahnaff ni 
Dia dah request pulak birthday dia sok nak bawak kek
Lambertttt lagi nak oiiii
Bulan doblas sokkkk
Hahahahaaha










2 comments:

  1. Sedapnya pandan gula melaka tu...Bebila ke Puncak Alam kena request ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak..boleh. cakap je nak bila, siapla nanti keknye InsyaAllah 😊

      Delete