Thursday, October 24, 2024

Kisah Tercekik Tulang

 Assalamualaikum semua 😊.

Ni cerita hari Rabu minggu lepas.
Si Ahnasofea tercekik tulang ikan bawal 😅.
Setiap hari rabu, Ahnaff balik lambat. 
Dalam pukul 5 petang baru keluar sekolah.
Jadinya mami pun masak nasi petang la.
Haritu mami masak bawal sweet sour  untuk anak-anak.
Yang bahagian ekor tu dah potong bagi kat Ahnaff, pastu mami cubitkan sikit isi untuk Sofea.
Makan la kami dengan bahagia dan aman, Sofea siap cakap dekat Ahnaff "makan elok² abang. Tengok tulang tu". Dengan pelat² dia tu kann 😂.
Tup² tetiba dia terbatuk² sambil pegang leher dia.
Mami dah panik dah, tanya dia tercekik tulang ke?
Dia duk angguk².
Dan² tu juga la mami suluh tekak dia, nahhh, memang nampak tulang tu sangkut kat tekak.
Tapi dia tak nangis tau, dia cuma macam berair mata je sikit. 😂
Dah terbantut selera mami nak makan. 
Tapi, Ahnaff boleh bertenang terus makan sampai habis licin pinggan dia.
Lepas tu baru dia tanya adik dia ok ke tak 😂.
Malam tu pi Poliklinik Azhar.
Doktor pun tak boleh nak keluarkan tulang tu sebab Sofea tak bagi kerjasama. 
Dia duk tolak² lidah ke atas.
Doktor suggest pi hospital je. 


Gaya dia macam takde apa je kan. Padahal tekak dia tak selesa tu. Memang kental ye anak no.2 ni 😅.
Nasib baik abah tak kerja Khamis tu. Baru balik dari Kuantan. Dah kena pi hospital menguruskan Sofea. Sian abah tak cukup rehat 😌.


Singgah sarapan dulu. Dia nak makan mee goreng. Tapi makan sikit je sebab tak selesa nak menelan tu kan.


Kat trafic light ada orang jual bendi. Sebungkus rm5. Beli la 2 bungkus. Abah Ahnaffea suka bendi.


While waiting....


Pi Hospital Tanjung Karang, dengan harapan orang tak ramai, cepat settle. Tapinyaaaaa...ermmm, tak settle pun kat situ. 
MA tu tak dapat nak tengok pun kedudukan tulang tu camne. Peralatan pun tak berapa cukup, so doktor decide refer ke Hospital besar. Memula dia nak suggest Hospital Sg.Buloh, tapi mami request nak pi Hospital Uitm. 
Baru teringat wehhh, HUitm lagi dekat ngan kitorang. Hahaha. 


Syok wehhh HUitm ni. Maybe sebab hospital baru lagi kan. Vibe dia macam hospital private (HUitm semi goverment). Cafe best². Ada banyak pilihan kedai dan makanan (ini yang penting ye 😂). Sampaikan abah Ahnaffea cakap, kalau boring², boleh datang lepak sini. Hahaha


Tak macam sakit kan 😏. Tudung pun dah terbang.




Lepas doc dah check apa semua, tak nampak dah tulang tu. 
Doc tak puas hati ye, dia masukkan pulak kamera ikut hidung, nak tengok tulang tu kat mana.
Masih juga tak nampak.
Last sekali doc pakar suruh pi xray.
Sebab dia risau nak assume tulang tu dah turun kebawah or apa. 
Dia takut tulang tu masuk dalam memana tisu kat tekak tu, yang tak boleh nampak.
Tu yang dia suruh buat xray.
Result xray pun menunjukkan yang tulang tu memang dah takde. 
Alhamdulillah.
Maybe tulang tu dah turun masa dia makan nasi tengahari tu. 
Dia makan nasi 2,3 suap tengari tu. 
Dah bagitau kat doc pakar tu, tapi dia cakap jangan buat andaian sendiri. 
Lebih elok kalau buat xray untuk lebih pasti.
Memang elok tau doc dan doc pakar kanak² kat Huitm ni. 
Tak sambil lewa.👏👏
Dah settle semua, pi kaunter bayaran, nak bayar tapi rupanya kanak² bawah 12 tahun free aje. Dibawah subsidi kerajaan. 😊
Pendaftaran pun takyah bayar.
Dapat la ubat antibiotik dan kena datang lagi untuk follow up Jumaat sok.
Rumit kisah tercekik tulang bebudak sekarang ye...
Mami dulu, tercekik tulang, kepal² nasi pastu telan. Settled dah. Hahahaa



Masuk kereta je terus lelap. Penat sangat la tu. 


Sian kat Ahnaff, pukul 6 baru mami abah ambik dia. Padahal balik pukul 3.45, terpaksa letak dia kat transit sekolah. Nasib baik dia ok je sebab dia dah lama bercita² nak duduk transit tu 😂. Tercapai dah la hajat dia. Hahaha
Lepas ambik Ahnaff, pi la makan kat Zombie Seafood. Masing² dah kelaparan. 


Sup ayam dia sedap. Vibe² sup siam. Dapppp.


Ikan siakap 3 rasa. Sedap tapi macam tak sesedap first time kitorang datang dulu.


Kailan ikan masin.


Sotong celup tepung. Sedap tapi sotong dia liat kemain 😂.


Elok dah la ni ye 😂. Makan pun banyak petang tu.

Anak kecik² memang camni la kan.
Ada je isu-isu yang tak terjangka.
Masa kecik kebanyakan isu kesihatan.
Dah besar sok, isu lain pulak.
😌😌.
Kita harungi dengan tenang dan senyuman je la ye walau sebenarnya, tenang ribut jiwa 🤭. 






Monday, October 21, 2024

Cerita ceriti Julai 2024

Assalamualaikum semua 😊.

Ni cerita-cerita sepanjang bulan Julai.
Ahnaff cuti minggu pertama tu. 
Cuti seminggu sebab nak menemankan atok,nenek, mama n paksu.
Boleh la buat riuh-riuh sikit kat rumah tu.



Ni menemankan mama settlekan urusan banking dan motor BangDam. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Sehari je, selesai semuanya.


Ni kat Balai Polis, ada sikit urusan yang berkenaan motor dan kejadian tersebut. Dapat cekodok sebab ada kerani tu bawak bekal cekodok satu tupperware besar, rezeki Sofea dapat sepinggan 😂. Mami ngan paksu pun tumpang la semulut dua. Hihihi


Ni kat bank.


Teman nenek bakar² kat belakang rumah. Si Ahnaff la ni, sibuk mintak nenek bakar² sampah. Nenek pun ikutkan aje. 
Bila buat aktiviti² luar rumah, dapat la nenek happy sikit. Lupa kejap kesedihan. 









Ni kan, dia beli helmet baru. Betul² seminggu sebelum BangDam takde. Dia bersemangat betul nak tunjuk helmet ni kat BangDam, sebab sama dengan abang Adam katenya. Tapi tak kesampaian 🥲.


Helmet lama dia, adik la ambil alih 😂.


Korang pernah tak beli beras Saji ni. Rasanya baru keluar jugak.
Kitorang ni jenis suka bertukar² beras 🤭.
Memula dulu beli basmathi, pastu bebudak ni macam kureng je, so tukar balik beras wangi. 
Beras Saji ni sedap gak. Not bad. Beras dia tak la melekit sangat macam beras wangi yang lain. Just nice je. Budak² ni pun suka 😊. Tapi dia ada packaging dia ada 5kg je. Yang 10kg macam tak jumpa lagi.


Ni pegi kenduri kahwin sedara belah abah Ahnaffea. Kat Bangi.


Bawak Opahchu sekali.


Ni bawak nenek, atok, mama n paksu pi dinner. Diorang baru balik dari kursus umrah kat Puchong.


Piknik day sekolah Ahnaff. Buat kat taman rekreasi Hillpark. Tema hijau. 


Kemain santaiiii kawan 😂.


Ahnaff dengan guru kelasnya, Cikgu Akmal.
Ermmm, ada citer menarik tau pasal cikgu kelas dia ni. 
Masa hari perjumpaan ibu bapa dan guru tu, sembang punya sembang, rupanya Cikgu Akmal tu alumni tadika AnNajah (tadika makcik Mami. In fact, mami pun pernah kerja kat tadika tu 😂, masa lepas degree dulu). 
Pusing² jumpa pulak kat Puncak Alam ni. Hihihi

😌😌


Ahnaff request mee goreng. Yang ni dah lupa dah. Masak untuk breakfast ke lunch ntah. Nak kate breakfast, kenapa pulak ada udang celup tepung, kangkung tumis ngan telur dadar tu kan..
Nak kate lunch, kenapa pulak ada mee goreng tu ehh? 
Adoiiii, pening 😂😂


Laku keras ni 🤭.


 
Jumpa gambar ni kat bilik BangDam. 🥺
Alfatihah.....




 

Wednesday, October 16, 2024

Random 16102024

 Assalamualaikum semua 😊.

Lamanya tak update cerita kan.
Ada yang merindui kami takkk? Hihihi
Kita cerita random je la ye..
Nanti² baru cerita yang lain².
Sebelum terlupa, mami ucapkan berbanyak² terima kasih pada semua kawan² yang bagi kata² semangat dan ucap takziah untuk kami sekeluarga. 
Sesungguhnya semua kata² semangat dan doa dari kalian, sangatlah kami hargai.
Terima kasih korang ♥️.


Sofea dah belajar² pakai tudung uolls 🤭.


Gaya dia kemain lagi yeee.


Masih ada rezeki durian lagi untuk musim yang lepas. Dapat la merasa durian free lagi 😂.


Hantar stok karipap kat agen Shah Alam.


Mi la pertama kali Ahnasofea pakai tudung. Takde siapa yang paksa. 
Mami pun tak pernah suruh² dia bertudung.
Pagi nak pegi perjumpaan ibu bapa dan guru kat sekolah Ahnaff tu, dia mintak nak pakai tudung.
Oleh kerana takde tudung kecik, mami bagi je la dia pakai tuding mami. Lipat bagi kecik 😂.


Singgah sarapan sebelum balik rumah.
Alhamdulillah, perkembangan pembelajaran Ahnaff baik² je. 
Lemah sikit untuk subjek Jawi, tapi lepas masuk je Klinik Jawi yang pihak sekolah buat, terus meningkat ye 😂.
Terus pandai baca n menulis jawi pun makin helok.
Klinik Jawi tu buat setiap hari Rabu. 4-5pm.
Memang membantu sangat 😊. 


Pegi memana nak bertudung je sekarang. Alhamdulillah. Moga istiqomah ye Yaaa.
Memula aritu mami tapis² jugak kalau dia nak pakai tudung. Sebab kebanyakan baju dia sleeveless dan seluar pendek. Gaun lagi.
Takde banyak baju yang sesuai nak pakai tudung.
Pelan² la mami cari seluar panjang, blouse lengan panjang n tshirt lengan panjang untuk dia. 
Mana² baju sleeveless yang masih elok tu, mami padankan je dengan kardigan. 🤭
Boleh la kann.
Gaun² dia yang masih elok, mami pakaikan je untuk kat rumah. Pakai harian. Suka la dia dapat pakai baju cantik hari² 😂.
Anak nak buat baik, mami sokong je la.
Moga kekal begini sampai besar, sampai bila². 






Lip matte ni best korang. Try la.. brand Hanasui.







Balik dari hantar abang sekolah. Dah rupe makcik kiah balik dari paso 😂😂.
Anak dara sapa la niiii. Hahahaa