Monday, July 17, 2023

Sepagi Di Pantai

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi Jumaat tu, pagi² lagi abah Ahnaffea dah keluar pi cari sarapan.
Kat depan chalet ni ada kedai sarapan pagi.
Beli kat situ je senang 😊.
Pegi la 3 beranak tu jalan kaki.
While mami golek² lagi dalam bilik. 
Rasa fresh je pagi² dah nampak laut, dengar bunyi ombak. 


Haaa, kat tepi tu je kedai sarapannya. Tulis kedai roti canai tapi macam² makanan pun ada. Ramai orang ooo, seawal 6.30 pagi dah ada orang datang. Masa kitorang nak pegi pantai tu, ada geng² yang nak pi mencandat sarapan situ.
Penuh orang kedai ni.


Nasi dagang gulai ayam, nasi kerabu ayam goreng dan nasi lemak ayam goreng. Ada juga air nescafe tarik. Fuhhh, memang sedap korang. Nasi kerabu tu cili dia memang betul pedas berapi. Puas hati makan. 🤭.
Syok betul sarapan kat tepi laut tau. Sambil dengar bunyi ombak, angin sepoi² bahasa. Nyaman je rasa. Rasa macam nak duduk je kat situ lama². Taknak balik Selangor dah 😌.


Kami lupa bawak tikar, tapi dalam kereta ada plastik besar alas meja. Guna plastik tu je la. Pun boleh 😂. Yang coklat² atas pasir tu ranting² pokok yang gugur. Nampak macam kotor kan, tapi sebenarnya tak pun. Ok je. Bersih.
Si Sofea tu memula geli² nak pijak pasir. Dia duduk je kuis² pasir kat situ. Lepas abah dah siap sarapan, dia pimpin Pia keluar dari plastik tu, barulah mau main dengan abang. 


Yang ni dah jumpa pasir memang tak layan yang lain dah 😂. Seronok dia dapat main pasir.


Adik jadi mangsa buli.






Bawah tu air lautnya. Tapi kitorang tak turun kebawah pun. Memang nak Ahnaff fokus main pasir je puas². Lagipun pantai belah sini ni tak sesuai nak mandi. Air memang cantik tapi ombak dia kuat sikit. Takde orang mandi pun.


Sementara anak² dan bapa tu main pasir, mami pun healing² gedik² ambik gambo sendiri 😂. Set timer pastu berlari² macam ape je ntah. Hahaha


Ya Allah...yang sorang ni, dia rela ye dikambus begini. Tergelak² dia.


Tengok, dia suruh Ahnaff tanam kaki dia. Masalahnya, dia tak pandai pun bercakap, tapi Ahnaff boleh faham ape yang adik dia nak. 😂.
Yang adik pun, mana la dia dapat idea nak suruh abang tanam kaki dia tu..


Cuaca pagi tu a bit gloomy. Matahari tak keluar sangat. In fact, siap ada macam kabus² pulaknya 😅. 
Puas la seketul Ahnaff tu duk main pasir dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi.
Gerak masuk bilik pun sebab Sofea dah bosan. Dia berkemas dulu dari orang lain. Hahaha. 


Dia ni memang minat betul dengan lori besar² camgini. Ni dia la yang suruh ambik gambar. Lori ni berenti sarapan agaknya.


Kedai sarapan pagi tu, dah pukul 11.45 pagi pun masih penuh dengan orang lagi. 








Dungun, 13-14/07/2023

 Assalamualaikum semua 😊.

Rentetan dari Ahnaff MC 3 hari tu kannn, kebetulan (kebetulan sangattttt 🤭) abah Ahnaffea pun off hari Khamis tu.
Takde trip Khamis n Jumaat.
Makanya dia pun ajak la pi jenjalan Dungun.
Tu pun tak dirancang.
Pagi tu kami pegi sarapan, pastu pegi servis kereta.
Dah siap servis kereta semua, on the way balik tu dia cakap "jom kita gi Dungun".
Terbeliak mata mami ni tau 😂.
Sebab masa tu dah pukul 11 pagi.
Mami suka kalau nak gi jalan jauh² tu gerak pagi² pukul 8 camtu. 
Ermmm, lepas fikir² 3,4 minit, jom je laaa.
Sampai je rumah terus kemas² beg, kemas² semua benda, mandikan budak² sekali lagi, then terus gerak. 
Abah Ahnaffea memang begitu ye. Dia boleh buat plan spontan je 😂. 
Dulu² sebelum ada anak, memang selalu camtu. 
Kalau dia dah dapat jadual kerja, pastu tengok ada hari yang takde trip 2,3 hari camtu, terus ligat kepala dia fikir nak jalan kemana 😂.
Ni Ahnaff dah sekolah, susah la sikit nak jalan spontan gini. 
Syok berjalan tengah² minggu. Tenang² je keadaan.

Berenti kat RnR Temerloh. Masing² takde selera makan 😂. Beli pau je. Anak beranak makan pau.


Mami pulak drive sebab dah penat handle si Pia tu. Pesen dia, kalau mami drive, dia boleh duduk kat carseat diam². Elok je. Kalau abah yang drive, memang tak la dia nak duduk kat carseat tu. Dia nak berkepit dengan mami jugak. Letihhh dik oiii. 




Masa ambik gambar ni, tetiba Ahnaff cakap "mami, drive mana boleh ambil gambar. Nanti kalau terlanggar kereta lain camne?".
Abah dia kat belakang angkat kening je sambil tersengih². Mengata kita dalam hati la tuuu.


Dah sampai.. ni dekat area Paka. Abah duk tunjuk kat Ahnaff tempat dia selalu pegi. Seronok betul dia dapat tengok tempat kerja abah. Dia kata hebat tempat kerja abah sebab ada keluar api 😂.


Masih di Paka.


Dah sampai kat tempat penginapan. 
Bertolak dari rumah pukul 12.30 tengahari, sampai Dungun dalam pukul 6.30 petang camtu.


The Kapal Dive Longe. Terletak di area Sura, Dungun.



Ni bilik kami. 1 katil queen dan 1 katil single. 1 malam rm185. 
Bersih dan selesa sangat. 


Sampai² tu sempat la berjalan ke pantai depan ni kejap.
The Kapal ni memang berhadapan dengan laut. Syok sangat.




Senja dah. Tak lama duk tepi pantai tu. Kejap je. Sebab dah nak masuk marghrib dah.

Masuk bilik, mandikan budak dua tu cepat² pastu giliran mami abah nak bersihkan diri.
Solat dan siap² untuk keluar makan.
Kami pilih kedai makan secara random je sebab tak study pun mana kedai yang viral or popular kat kawasan Sura tu 🤭.


Sotong celup tepung. Sedap.
 



Sotong celup tepung, ikan siakap sweet sour, tomyam campur dan kailan ikan masin : RM107

Ikan siakap tu besar ye. Makan 3 beranak pun terkial² nak habiskan 😂.
Ahnaff makan nasi habis sepinggan ye.
Lapar agaknya dia sebab tengahari tu cuma makan pau je 😂.
Tapi memang dia memuji² kesedapan masakan kedai tersebut.
Mami tak ingat pulak nak tengok ape nama kedai tu 😅.

Lepas je siap makan, pusing² jap kat area pekan Dungun tu pastu terus balik chalet semula.
Pantai yang depan tempat penginapan kami tu memang gelap takde lampu walau sikit pun. 
Gelap gelita je. Jadinya tak dapat la nak jalan² tepi pantai waktu malam.
Makanya, masuk bilik terus tido je la masing².
Kepenatan semua orang ponnn.
Lagipun esok pagi ada agenda penting nak buat.
Tungguuuuu.



Ahnaff MC 3 Hari

 Assalamualaikum semua 😊.


Last week, Ahnaff mengadu sakit kaki.
Actually dah mengadu 2,3 minggu sebelum tu cuma mami yang tak berapa alert 😌.
Sampai la hari Selasa 11hb tu.
Pagi bangun tido tu dia macam biasa je.
Lepas mandi mata dia dah berair. Duk cakap kaki sakit.
Mami ni pun sebab nak puaskan hati dia, check la ape yang patut. Tekan sana sini.
Ehhh, memang ade bengkak sikit kat kangkang dia tu.
Alamakkk, dah panik dah ni. Tapi takpe. Buat² cool dulu. Tetap juga siapkan dia gi sekolah.
Dia pun ok je nak gi sekolah. 
Pagi tu abah yang hantar. Berjalan pun dah macam terhencot² sikit tapi dia kate ok je.
Petang tu balik sekolah memang nampak jelas dia jalan sambil tahan sakit.
Nak masuk kereta pun payah. Kene tolak sikit montot gebu dia tu 😂.
Terus gi klinik Azhar. Doc check, pegang je tempat yang sakit tu memang dia terus cakap kelenjar bengkak kat bahagian kangkang dia tu. 
Kene rehat dulu. Dapat la MC 3 hari 🤭. Rabu sampai Jumaat. 
Doc kate maybe ada infection. Pastu sakit on off. Dengan dia pegi kelas taekwondo lagi.
So, tak dapat rehat yang cukup kaki dia tu.
Gitu pun ada yee 😂.
Dapat antibiotik je.
Dah dapat MC bukan reti nak rehat pun. 
Lagi ligat je pun bergabung tenaga dengan adik 😂.


Dua ketul ni kalau tido memang suka berhimpit² camni. 
Yang selalu menghimpit mestilah yang kecik tu. Ahnaff tido jenis tak lasak. Statik je kadang tu.


Dapat MC 3 hari.

Balik klinik paw mami roti coklat. Nak makan dengan nutella katenya.
Sakit² pun settled 3 keping roti ye 😂. 
Padahal sebelum tu dah makan nasik dah.
















Saturday, July 15, 2023

Raya Haji 2023 dan Along Intan Payung Bertunang

 Assalamualaikum semua 😊.


Ya ampunnn, dah nak dekat sebulan raya haji berlalu, baru mami ni terkedek² nak cerita 😂.
Raya haji tahun ni macam biasa juga.
Buat qurban hari Jumaat.
Sesudah subuh semua crew yang terlibat dah berkumpul kat surau kampung.
Tahun ni Paksu dan Atok masih lagi jadi tukang sembelih.
11 ekor lembu nak dikorbankan tahun ni. 



Padi baru lepas potong. Kampung halamanku yang indah dan permai. Gittewww 😂


Kami pergi pukul 8 lebih, diorang dah siap sembelih 8 ekor lembu. Sempatla tengok lagi 3 ekor lembu disembelih. 
Ahnaff dah pegi awal lagi dengan AbangDin. Tengok tu, dah la berbaju merah, berani pulak dia tengok dekat² camtu.


🤭


Ahnaff dan Izreen.


Abang dia duk jerit² tak bagi adik gi dekat² sana. Adik pulak tak menghiraukan pun 😂.


Pukul 8.30 siap sembelih dah 11 ekor lembu. Dalam pukul 12 camtu siap semua kerja termasuk agih²kan daging tersebut.


Sempatla ootd jap kat titi depan rumah 🤭.


Titi kenangan ni. Dulu² masa kecik lepak² kat sini. Kadang tu lepak situ sambil makan mangga muda cicah cili kicap. 
Bila fikir² semula, takde pulak rasa segan ko ehh jaaa 😂.


Petang Jumaat tu dalam pukul 3 camtu, kami pi menghantar rombongan meminang pulak.
Anak Kakyong yang sulung pulak bertunang.
Haritu kakak, adik dia yang kawin.
Ni giliran si abang la pulak 😊.
Berjodoh pun dengan orang Sg.Besar je jugak.
Senang kerja. Dekat pun dekat.
Hihihi
Kerja mami tak lain tak bukan, dah tentu lah buatkan hantaran serba sikit.
3 dulang berbalas 5 dulang.

Pihak kami bagi:

Brownies tower

Buah-buahan

Sireh junjung beserta cincin 2 bentuk.

Buat simple² mana yang boleh je la. Hahaa

Ni la dia. Intan Suhaila pujaan Intan Payung. 😂

Along tu, sepupu² panggil Intan Payung sebab kesayangan mamylong. Kesayangan sepupu² juga. Hihihi
Dia pun redha je bila sepupu² yang kecik² ni panggil dia camtu.
InsyaAllah kenduri belah perempuan mungkin hujung tahun ni.
Awal tahun depan belah kami pula.


Friday, July 7, 2023

Penat Yang Tak Tau Datang Dari Mana.

 Assalamualaikum semua 😊.


Ermmm, saje la kan nak bercerita kat sini.
Lately rasa macam penat.
Tak tau nak describe penat yang camne.
Bila bercerita dengan orang (bukan abah Ahnaffea) cakap penat, dah katenye "penat ape duduk kat rumah je".
😔😔
Malas dah la nak bercerita lebih² lagi.
Tapi sebenarnya, mami ni pun tak tau sebenarnya penat sebab ape. 
Nak kate penat urus rumah dan anak² tu tak la sangat pun.
Cuma Sofea je lasak sikit tapi masih undercontrol.
 Ahnaff pun dah boleh diharap tengok² adik.
Abah Ahnaffea pun banyak membantu kalau dia ada kat rumah.
Kalau abah Ahnaffea ada, hal anak² banyak yang dia uruskan.
Kerja mami cuma masak je (tu pun kalau takde keluar mana²).
Nak tergolek lama mana pun takpe. 
Tak pernah lagi dia tegur.
Jadinya, mami ni sebenarnya kenapa yeee
😂
Diri sendiri pun tak dapat jawapan kenapa rasa penat sangat.
Minggu ni mami demam. 
Demam tetiba. Rasa sakit tekak yang teramat.
Nak kate tonsil, tonsil dah buang dah.
Tapi sakit dia tu sama perit macam lepas buang tonsil dulu.
Perit nak telan air liur. Minum air pun sakit.
Sakit sampai ke telinga wehh 😔.
Nak tido pun tak boleh.
Ditambah lagi dengan Sofea yang tetiba kuat ngempeng.
Lagi bertambah penat.
Moga cepat la hilang segala rasa penat ni semua.
Penat nak hadap segala kepenatan yang ada.
Ermmm, belit² lahhh mami ni.
Hahahaa




Projek Kelab Araf : Usahawan Cilik

 Assalamualaikum semua 😊.


Cerita lama dah ni. 
Terlalu lama. Sebelum raya haji hari tu 😂.
Takpelah. Mami update cerita pelan² ok.
Projek Kelab Araf kali ni jual beli.
Sama je macam tahun lepas tu.
Objektif dia nak kumpul duit untuk kelab disamping mengajar anak² berjual beli guna duit sebenar.
Kelab Araf ni kelab aktiviti untuk pelajar² tadika. 
Kiranya yang jadi pembeli adalah pelajar² tadika, teachers dan juga abang² kakak² sekolah rendah. 


Tahun ni mami buat muffin vanilla nutella.

Letak sikit choc chip. Buat guna bahan yang memang ada kat opis mami tu je 🤭.

Packing kan begini. 1 pack 2 ketul je. Harga jualan terpulang pada teachers nak letak rm berapa.
Ibu bapa yang join ni kira macam sedekah juga la. Sebab bawakkan bahan jualan tapi hasil jualan tu masuk dalam tabung kelab. 
Alah, bawak pun dalam 5,6 pack dah cukup. Nak bawak lebih pun boleh je.

Teacher ajar jual beli guna duit betul.


Balik sekolah dia tanya ada lagi tak mufin yang mami buat tu. Mestilah ada kann. 
Habis dia makan yeee 😂. 

9 biji yang tinggal ni, sekelip mata je gone. Dikerjakan dek dua beradik tu 😂. 

Cerita² lain banyak je sebenarnya. 
Nanti mami update pelan2 ye. 
Kot la ada yang merindui..kononnnn 😂😂.