Assalamualaikum semua ๐.
Pagi ni tadi pagi² dah dapat khabar sedih.
Pagi² Paksu dah wasap dalam group family, Abang Adi, anak sulung Mbahdok (jiran depan rumah nenek tu) meninggal.
Meninggal dalam tido.
Abang Adi tu duduk kat Kapar tapi jenazahnya di bawa balik dan dikebumikan di Sungai Besar.
Moga Mbahdok tabah dengan dugaan ni.
Mesti Mbahdok sedih. Anak pergi dulu dari ibunya.
Kami adik beradik pun turut rasa sedih dan terkejut sebab kali terakhir jumpa tu, dia sihat² je.
Moga Allah ampunkan dosa² Abang Adi dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.
Mohon kawan² yang membaca catatan mami ni, dapat hadiahkan Alfatihah untuk arwah.
Terima kasih semua ๐.
Kakyong pun pagi² tadi bagitau Kakak Amirah dah keluar tanda nak bersalin.
Uiiii, berdebar² kitorang ni.
Neves nak jadi nenek ๐.
Setakat petang ni, air ketuban dah pecah.
Bukaan pun dah 6-7cm.
Harap² lewat petang atau malam nanti dah bersalin.
Moga dipermudahkan urusan kakak. InsyaAllah.
Sakit² layan contraction pun masih elok berseri.
Dede dulu masuk LR dah macam KakLimah agaknya ๐. Senget² tudung. Siap tertido² lagi sementara menunggu bukaan.
Sekarang pagi mesti singgah kedai ye. Nak tapau bekal katanya. Kalau tak pulut kuning, dia pilih roti jala.
Ni semua salah abah dia. Abah dia yang ajar anak tapau sarapan kat kedai ๐.
Ni sekarang ntah la ape kenenya ntah. Duk menghafal lagu tamil wehh ๐. Lagu pasal lori² gitu la. Lorry Kaigels tajuknya.
Pagi nak pegi sekolah dia dengar lagu tu dulu. Balik sekolah dengar lagi. Pening hakuuuu. Lepas dah dengar lagu dia tu, dia pasang pulak qunut nazilah. Bercampur². Kejap insaf, kejap laghaaa ๐.
Yang sorang ni pulak taknak kalah ye. Dengan tak mandinya. Sibuk pulak nak pakai kasut cantik ๐. Dah dia suruh mami ambik gambar dia jugak.
Padahal sebelum tu baru je meraung² sebab nak ikut abah dan abang gi sekolah.
Mami sarapan kat meja, dia sarapan kat kusyen tu. Kemain duduk situ sambil makan keropok dan biskut dia. Senang hati pagi tadi ๐.
Roti jagung. Inti dia kastard. Bukan krim jagung. Mami lebih suka yang roti jagung tu. Yang guna krim. Yang kastard ni macam kureng sikit. Hihihi
Tengahari tadi masak sambal tempe+kentang+terung, goreng ikan bawal dan panaskan balance masak lemak ayam yang semalam punya.
Masak lemak tu budak² suka. Suka kuah dia tu. Nanti makan dengan ikan goreng pun diorang ok.
Bubur kacang. Dah 2,3 hari Ahnaff mintak bubur kacang. Baru harini mami sempat buat. Balik dari ambil dia tadi, terus buat. Dari dalam kereta dia dah duk menyebut je. Dah macam berzikir kat telinga mami ni ๐
.
Mestilah dia makan dengan biskut HupSeng. ๐.
Puas hati dia dapat makan bubur kacang.
seronok melayan kerenah anak kan...SA ni anak dah besar, x dapat nak melayan dah..layan2 citer2 remaja je la..nampak ikan bawal tu rasa teringin plak
ReplyDeleteSalam takziah untuk keluarga Mbahdok.
ReplyDeleteSemoga roh abang adi dicucuri rahmat
ReplyDeleteInnalillahiwainna ilaihirojiuunnn..
ReplyDeleteOh, bangnap suka pulut kuning ya. Mcm bapak² gayanya ๐คญ
Innalillah. Sekarang ramai meninggal mengejut begitu, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
ReplyDeleteSteady la nak jadi nenek dah, hehe semoga dipermudahkan urusan semua.
Geram la dengan Ahnaff ni, pandai betul makan. Acik ni dah tua tak pernah lagi makan bubur kacang hijau sebab tak minat hehe
Innalillah..salam takziah buat seisi keluarga...Suka Abang ye sebab dapat makan Bubur Kacang Hijau tu
ReplyDeleteTerAnon pulak...
Deletelately makin ramai orang yang dekat2 dengan kita meninggal...al fatihah utk abg adi..
ReplyDeletebagus abgnap lps dengar lagu tamil cpt2 insof hahaha,tengok abgnap makan bubur kacang dengan biskut teringat dekat makngah,diam je makngah apa kabar agaknya tu
Ada berita duka, ada kabar suka itulah kehidupan, bersilih ganti...
ReplyDeleteKita geng Abg Ahnaff, Acik PH pun makan bubur kacang dgn biskut HS gak :D
uii...bubur kacang biskut Hup Seng....nalla
ReplyDelete