Thursday, December 7, 2023

Cerita Hari Ini

 Assalamualaikum semua 😊.


Yeaaaayyy...mami dah jadi nenek dah 🀭.
Alhamdulillah.
Petang semalam Kakak Amirah dah selamat bersalin. Baby lelaki 😊.
Walau cuma cucu saudara je, tapi sebab cucu kakak kita kannn, cucu kita la jugak jadinya πŸ˜‚.
Kecohh nau. Orang lain dah berderet cucu kan. Tak heboh pon 🀭.
Konon pagi tadi nak pi melawat la.
Tapinya baby kene masuk NICU.
Bacaan paru² tak berapa cantik.
Doktor nak pantau dan bagi antibiotik dulu.
Hanya ummi dan babah dia je yang boleh tengok kat sana.


Moga cepat ok ye baby. Boleh cepat balik rumah 😊.

Oleh kerana tak jadi nak pi melawat Kakak Amirah, makanya Nekmi nak pi teman Tok Abah pi renew lesen memandu dia. Hahaha
Lepas je hantar Ahnaff pi sekolah, kami pun terus gerak ke Kuala Selangor.


Dalam kereta memang kena ada biskut kudap² untuk dia. Kadang keluar pagi² hantar Ahnaff tu, dia dah lapar dah. Tiap kali nak keluar, biskut dan air adalah bekalan wajib ada ye. 


Ketupat, kuah kacang dan ayam goreng. Ni ketupat yang betul² ketupat tau. Ketupat daun kelapa tu. Kuah kacang tu nampak cair je, tapi sedap uiii. 


Satay kerang. Nasib baik ambil 5 cucuk je. Manis yang teramat kuah dia tu. Secucuk tu RM1.


Sofea makan ketupat dengan kuah lodeh. Sedap juga kiah lodeh dia. Tapi macam banyak suhun je 🀭.


Ni makcik² yang menganyam ketupat. Tiap² hari menganyam ye. Anyam hari ni untuk jualan esok hari. 


Terus posing bersama kelongsong ketupat. Yang lagi syok tengok, makcik² yang menganyam ketupat ni semua cantik² tau. Bersiap elok je. Suka tengok.


Sini la. 
Warung Ketupat Yan, Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor.

Minggu lepas pun kami dah ke sini juga.
Tapinya waktu malam. 
Sebelah malam ada satay sahaja. 
Makanan lain takde.
Air pun cuma ada air kosong.
Air manis² takde ye πŸ˜‚.


Dah lepas sarapan terus gerak pi Klinik. Camni la tiap kali nak renew lesen abah Ahnaffea. Kene buat checkup kat klinik dulu. Isi borang² yang berkaitan, pastu baru boleh pi JPJ. Tiap tahun juga, mestilah mami kene ikut teman. Hahahaa. Untung² dapat pi meronggeng pulak pastu.
Tapi harini tak dapat nak pi meronggeng. Sebab malam abah Ahnaffea kene keje pulak. Kena gi Melaka πŸ˜‘. 
Baru je plan nak ajak pi cari kasut. 


JPJ Kuala Selangor. Kecik je. Tertutup dengan pokok kelapa tu πŸ˜‚. 
Kat sini pun tak lama sangat. Dalam setengah jam je kot. 
Sebab dalam pukul 11.30 pagi dah siap dah semua urusan.


Oleh kerana petang abah Ahnaffea dah nak pi kerja, makanya balik tu terus la pi makan je.
Kita pi makan sotong celup tepung pulak 🀭.


Laichikang. Sedap. Kacang banyak, tu yang sedap tu. Hihihi


Sotong celup tepung style pantai timur. Sepinggan ni RM10. 
Mami sorang je yang makan ni. Abah Ahnaffea tak makan sangat pun. Si Pia pulak makan dia punya kriuk² tu je πŸ˜‚.


Orderkan Pia set nasik lemak rahmah ni. 1 set ni RM4.90 kalau tak silap. Not bad kan. Ada telur mata dan udang celup tepung 3/4 ekor. Habis juga separuh nasi tu Pia makan. Yang separuh lagi dah tentu mami yang habiskan πŸ˜…. Sebab tu mami tak order makanan lain. Kongsi je dengan Pia.
Abah pulak makan nasi goreng ayam pedas. Tak ambik pulak gambar dia tadi. Tapaukan juga nasi goreng ayam untuk Ahnaff. 


Buaiii, buaii, buai ku laju.. aku nak kawin dengan anak raja.. anak raja la sangat πŸ˜‚. Raja kapoor barangkali ehh Piaaaa. Hahahaa


Ingat lagi masa mengandungkan Sofea. Kedai ni viral tau kat FB. Pastu mami pun teringinla nak makan. 2 kali datang, tapi tak dapat masuk sebab orang ramai sangat. Berbaris weh. Time tu kan walau dah lepas PKP tapi masih dalam keadaan berjaga². 
Abah Ahnaffea pun tak nak ambil risiko sebab time tu memang dah akhir² pregnant.
Datang kali ketiga, kedai tutup pulak. Kali ke empat barulah dapat makan kat situ. πŸ˜‚.
Mujurlah dekat je dengan Puncak Alam. Tu yang sanggup mencuba nasib berkali². 


Ni tadi sempat buat inti karipap. Sementara tunggu Ahnaff balik mengaji. 
Esok nak buat karipap 😊. 













7 comments:

  1. Dah lama sangat tak makan Sate Kerang, sedapnyaaaaa....Inti Karipap tu pun kemahin menariknyaaaaa

    ReplyDelete
  2. Ammi pun dapat cucu ke-6 pagi tadi...kita tumpang cucu2 kakak ipar je lah buat masa ni.

    ReplyDelete
  3. semoga baby sihat dan membesar dengan sempurna

    ReplyDelete
  4. Huntunglah Nekmi, ibaratnya makan sorang² je sotong goreng tepung tu πŸ˜†
    Rajinnya buat kuih... Akk ni bab kuih la paling tak rajin :)

    ReplyDelete
  5. Wowww dh ada cucu sedara untung la.. semoga sihat dan membesar dgn baik amin

    ReplyDelete
  6. Wah...potong tang kona depa jadi nenek dulu...hihihi

    ReplyDelete