Saturday, December 16, 2023

Ahnaff 6 Tahun 😊

 Assalamualaikum semua 😊.


14/12/2023 - genab 6 tahun umur Ahnaff.
Happy birthday yayang mami 🀭.
Mami dan abah sentiasa doakan yang baik² untuk Ahnaff.


Moga Ahnaff membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan selalu mendengar kata. Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan melindungi kesayangan mami ni.


Tahun ni dia request kek lori. Takat kek simple camni, boleh la. Cacak² je props atas tu 🀭. Tu pun dah gembira sesangat ye diaa.


Kalendar mini yang ada gambar teacher dan rakan² sekelas.


Beserta sebekas brownies. Tak de idea nak buat goodies apa. Jadinya mami tempahkan je mini kalendar tu dengan buat brownies. Settle dah πŸ˜‚.


Ni gambar dari admin sekolah.


Pertama kali buat rainbow cake ni. Terpaksa mami tebalkan muka minta tolong admin sekolah untuk ambilkan gambar keratan rentas kek ni 🀭. Alhamdulillah nampak elok je kan. Ahnaff cakap sedap. Harap² memang betul sedap la.


Ada 4 orang sambut birthday bulan Disember. 


Suke la tuuuu. 


Ni kek dia masa umur 3 tahun. Dia nak kek Thomas. Gigih mami mencari idea. Thomas kat kek dia tu boleh bergerak ye. Kagum dia dapat kek tu πŸ˜‚.


Ni birthday tahun lepas. Tak sempat buat. Beli je. Tambah props sikit, dah siap πŸ˜‚. 

Ni tadi balik sekolah dia dah cakap nak fikir idea kek apa untuk tahun depan ye. 
Ketahuilah wahai anak, birthday kamu lambertttt lagi tahun depan tu πŸ˜‚.
Lagipun dah darjah 1, mungkin dah takyah kot nak potong² kek kat sekolah πŸ˜….





8 comments:

  1. Alahai bijaknya...dh fikir tema birthday untuk tahun depan erk...heheheh....tahun depan potong kek kat rumah la kan..panggil kawan2

    ReplyDelete
  2. happy birthday abgnap sayanggg...moga sentiasa sihat ceria selalu ye..untung ahnaff dapat mami pandai buat kek cantik2 deconya...sama macam kakak pia dulu pun tiap tahun bilang hari nak sampai birthday dia

    ReplyDelete
  3. Untunglah Ahnaff ibunya baker hehe...
    Happy Birthday sayang, semoga sentiasa dalam lindungan-Nya 🀲

    ReplyDelete
  4. Happy birthday to Abang Ahnaff!dah nampak big boy sangat dah....Semoga Abang Ahnaff dilimpahi kasih sayang dan diberikan kegembiraan dalam hidup..Aamiin

    ReplyDelete
  5. mujur omaknya teror membaking kek... Happy Birthday Ahnaff, moga jadi anak yg soleh dan berjaya

    ReplyDelete
  6. Wah....Happy birthday Ahnaff..Semoga terus menjadi anak soleh...
    Cantik kek mommy...pasti sesedap rupanya...🌈

    ReplyDelete
  7. Hai Ahnaff handsome...
    Selamat panjang umur dan semoga dilimpahkan rezeki dan rahmat Allah...
    *semalam makngah dah komen tapi hilang

    ReplyDelete
  8. wahhhhh kek lori! happy bday Ahnaf moga mnjadi anak soleh & berjaya dunia akhirat sayanggggg

    ReplyDelete