Friday, June 9, 2023

The Backyard Glamping, CH

 Assalamualaikum semua 😊.

Rancangan asalnya, kami nak pergi berkhemah kat campsite area Kajang tu je.
Tapi bila fikir² balik macam leceh pulak dengan anak kecik, nanti kalau mami nak tolong abah pacak khemah, kot mood dia tak ok, dah tergendala semua.
Jadinya mula la search pasal glamping ni. 
Memang dah pernah ternampak dekat IG dan FB orang duk share pasal glamping ni.
Jenuh duk tanya glamping mana yang available cuti² sekolah ni. 
Memang takde yang kosong ye πŸ˜….
Cari punya cari terbukak la IG The Backyard Glamping, Cameron Highland ni.
Terletak di kawasan Kampung Taman Sedia.
Terus tanya ada kosong ke tak.
Mintak 2 malam tapi tak available. Dapat 1 malam je.
Takpe la. Jadi la tu. Buat rasa² je. Hahaha






Khemah² untuk glamping ni terletak atas bukit. 
Ada dua kategori downhill - kene mendaki lebih kurang 20m 
Uphill - kena mendaki lebih kurang 50m
Kami pilih yang downhill je. Mengenangkan nak dokong si Piah tu lagi πŸ˜‚.
Pihak TBG pun dah bagi amaran mesra, kawasan glamping ni tak mesra OKU dan warga emas. Atas sebab kene mendaki tu la. 
Sebab lain² fasiliti semua tiptop.

Belah bawah tu ada kedai² makan. 

Suka dia sebab depan khemah kami ni ada buai. Seronok berbuai² sambil tengok kereta berderet² jem kat bawah tu πŸ˜‚.


Pokok² kobis tapi belum jadi lagi kobisnya. Bawah tu dapur untuk masak. Ada peti sejuk dan water filter juga. Belah kiri tu dapur. Yang belah kanan tu toilet dia.
Toilet ada banyak. Bersih dan wangi. Tu yang penting kan. Hihihi



Camni la tent kitorang. Rasa cam selamat sikit sebab ada bumbung tu. Kalau hujan tak la risau sangat. Hihihi

Seronok bergolek². Selesa. Sofea elok je pakai baju cekci camtu kat CH. Tak sejuk sangat pun. Rileks je dia πŸ˜‚.

Pic: sumber dari IG


Tent kami waktu malam. Cantik bila malam.


Malam tu dinner grilled steamboat. Ada 2 pakej. 
Grilled steamboat: rm100
Steamboat sahaja: rm70

Dapat sayur campur² 1 pinggan besar.


Ada sosej, kambing perap dan ayam perap. Puas lah makan 4 beranak. Kambing tu banyak. Puas Ahnaff makan. Sofea pun makan juga πŸ˜….
Selain dari steamboat tu, abah Ahnaffea beli juga nasik goreng cina untuk anak² dia tu dengan nasi goreng cili padi kat kedai bawah tu. 
Dah cakap dah, takyah beli. Sebab makan steamboat ni kan memang kenyang kan. Tak caya. Nak jugak turun beli. Kesudahannya nasi goreng cili padi tu tak makan ponn. Membazirrrr je πŸ˜‘.

Terang benderang kat bahagian dapur n toilet tu. Nak turun gi toilet pun tak takut. Hihihi


Good morning CH 😊.

Kucing gebu ni, Ahnaff panggil Milo πŸ˜‚. Suka² dia je tau. Sofea pun duk sibuk cupcupcup mulut dia panggil kucing ni. Hahaha


Abah dia sejenis tak boleh tengok anak bangun lambat. Adaaaaa je yang nak dicuit. Kite mak² ni, kalau anak kecik bangun lambat sikit takpe la kan. Ada la masa lebih nak golek² sat. Hihihi


Rinduuuu


Sarapan nasi lemak ayam goreng 😊. Beli kat kedai bawah tu juga. 
Nampak tak polistrin putih tu. Nasi goreng cili padi la tu. Sudahnya memang tak makan pon πŸ˜‘.


Dia dah bangun dahhh. Just in time kitorang nak suap makanan πŸ˜‚. Pandai timing Sofea ye. Hahaha


Jalan² kat kebun sayur belakang tent kami. Belakang ni kebun labu. Tepi tent ni ada batas sayur kobis cina. Yang putih² tu.


Pagi² pun dah penuh kereta ye.


Dua beranak ni sibuk main kapten². Pi teropong trafik kat bawah tu. 

Tepat jam 11.30 pagi kami dah siap² nak checkout. 
Nak keluar ke jalan utama pun dah jem. 
Banyak kereta dah. Banyak kereta yang nak masuk dan keluar.




Singgah Cameron Valley Tea tu. Ramai sungguh orang sampai takde ruang nak ambil gambar berlatar belakangkan ladang teh πŸ˜‚.
Akhirnya Ahnaff cuma tengok ladang teh dari dalam kereta je. Tepi jalan.


Nak balik dahhh. 
Kami turun ikut Tapah. 
Dah lama tak lalu situ, boleh tahan jauh betul rasanyaaaa. Hahahha. Dah la jalan berliku².















9 comments:

  1. wahhh abg ahnaff tido dalam kebun sayur...seronoknya bangun pagi dpt hirup udara segar sejuk,DakPia kecik alolo comey pakai skirt dgn jacket jeans geram je tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka dia. Sampai harini tak move on lagi πŸ˜‚

      Delete
    2. Lovely.... ☺️
      Thank you for visit here
      Please come again
      And hang out at The Backyard Glamping later ☺️πŸ™πŸΌ

      https://www.instagram.com/thebackyardglamping/

      Delete
  2. aduh bestnya, cantik pemandangan udara mesti nyaman dan sejuk sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sejuk sangat kak. Malam tu sejuk jugak tapi tak la sampai gigil². Hihihi

      Delete
  3. Bestnya idea bermalam di kawasan ini.
    Saya tengok pun terus rasa teruja nak try tidur di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try cikgu. Memang recommended. Nyaman je suasananya

      Delete