Friday, June 9, 2023

Singgah Bidor dan Behrang

 Assalamualaikum semua 😊.


Perjalanan balik dari CH smooth je.
Tak jem sangat, cumanya ikut tapah kan, jalan berliku² rasa macam lamanya nak sampai ke highway. 
Lagi satu kan, rasa macam lama sangat sebab ada kejadian yang mengguris hati mami. πŸ˜‘
Merajuk sebab abah Ahnaffea tu la. 
Dah kabo nak beli ole² dari CH, nanti berenti la kat kedai mana² nak beli jagung, labu manis n pape je la yang berkenan.
Dia cakap ok, nanti singgah.
Pastu dari satu kedai ke satu kedai dia cakap, takpe berenti kat kedai depan.
Last² sampai ke Ringlet weh, memang dah takde la kedai yang jual jagung, keledek ape semua tu.
Tak ke hangin rasanya. Dah la nak sampai bukan senang 😌.


Dia ni janji kene ada makanan je. Kalau mulut mengunyah, auto diam πŸ˜‚. 

Agaknya sebab nak pujuk hati isteri, abah Ahnaffea singgah kat gerai penjaja buah kat Bidor tu.
Nak beli buah dia kata πŸ˜‚.
Tapi kan, deret² kedai tu, ada la 3 gerai je yang buka. Tengok tempatnya pun macam hidup segan mati tak mau je πŸ˜‘.


Beli limau bali ni 2 biji. Nak yang limau bali warna pink tapi takde pulaknya. 
Nenek suka limau bali. Jadi, belikan untuk nenek sebiji.




Jambu batu tanpa biji. 

Kami beli limau bali 2 biji, jambu batu tanpa biji, jambu madu dan buah² potong habis rm143 yeeee.
Terbeliak mata mami nii πŸ˜‚.
Dalam hati duk membebel, kalau beli ole² dari CH macam² dapat. Habis banyak tu pun puas hati. Hahaha. Tapi tu la..berani bebel dalam hati je la.
Ermmm, jambu madu tu kami beli 2kg lebih tau, sayang betul sebab separuh tu busuk dah. πŸ˜‘
Tak tau la ye nak kata. Nak kata akak tu tak jujur, ntah la. Padahal jambu madu tu kalau busuk memang kita dah tau dah. Sebab kan dia berair dan benyek camtu.
Yang busuk tu pulak yang belah dalam². 
Ermmm.




Muahh ciked mami. Sejukkan hati mami sikit πŸ˜‚.


Singgah kedai Nasi Bamboo Sungai Klah, cawangan Behrang.
Ambil nasi bamboo 2 ketul. Ayam bakar (konon ambilkan untuk Ahnaff tapi dia taknak pulak sebab pedas katanya), ikan keli bakar, kerabu bayam brazil+tauge, pucuk ubi dan bendi rebus, ayam kurma dan kuah kari. 
Mula² tak nampak kurma ayam tu, dah ambil kuah kari baru nampak kurma tu. 
Nasib baik juga ambil sebab Ahnaff makan nasi dengan lauk tu sahaja. 
Licin pinggan. Siap hirup² kuah kurma tu wehh. πŸ˜‚
Kemain feveret betul. Hahaha.


Licinnn. Dapat susun camni je. Tak dapat nak bersihkan sebab Sofea dah meronta² nak ikut abah dia pegi toilet. 


Senang je nak cari kedai dia ni. Deret² kedai bertentangan dengan balai polis Behrang. Jumpa balai polis, insyaAllah jumpa la kedai ni. Kedai dia luas. Tak ramai orang sangat macam kat Sungkai tu 🀭.
Dari segi rasa makanan tu sama je. Sini pun sedap sangat.


Sampai Puncak Alam dalam pukul 5.30petang. Singgah Econsave jap topup barang dapur. Tak penuh troli pun dah sampai rm200++ jugak. Ermmm.


Sambal bilis untuk nasi lemak.

Abah Ahnaffea request nak bawak bekal pi kerja untuk hari Ahad tu.
Sebagai seorang isteri solehah, menurut perintah je la walau dalam hati masih membara lagi geramnya πŸ˜‚πŸ˜‚.
Nasib baik cili kisar memang ada dalam stok.
Sampai rumah, uruskan budak dua tu mandi, bagi makan, terus mami sediakan bahan² untuk menyambal.
Dalam pukul 9 malam camtu dah siap semuanya. 
Pukul 9.30 malam semua dah terbongkang tido, keletihan. 
Padahal yang drive penat² tu sorang je.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚






3 comments:

  1. Alaaa.... abahnya tak sportinglah pulak.
    kalau saya pun berangin juga tu hihihiiii. Balik kampung minggu lepas, sempat juga kami terjah ke CH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sebab dia ingat kat Ringlet ada orang jual² lagi. Mana ada ntah. Sabo je lahh

      Delete
  2. Zaman sekarang beli buah-buahan tapi harga macam beli lauk pauk dah kan, serammm huhuhu...Bab lagi satu tu takpe Jaja, boleh buat alasan nak naik CH lagi tu hihihi...

    ReplyDelete