Monday, June 5, 2023

Musim Durian Datang Lagi

 Assalamualaikum semua 😊.


Apa khabar kawan² semua. Moga sihat² je semua ye 😊.
Sibuk betul cuti² sekolah ni. 
Tapi tak tau la ape yang disibukkan mami ni. Hahaha

Musim durian dah datang lagi kan. Hihihi.
Nanti ada la episod "abah bawak balik durian berapa biji harini?". 😂


Abah Ahnaffea hantar gambar ni. Mousang King 2 biji. Berbunga² hati mami ni haaa.

Tapi, kene ambik durian tu kat RNR Elmina (S). 
Takpeee, ambik pun boleh je. 
Boleh breakfast sama² jugak. Hihihi


Cuba menu baru, gerai Mama Rosa Western. Not bad tau. Sedap² menunya. Chicken chop sedap. Garlic bread n mushroom soup pun sedap. Dah berebut² pulak 3 beranak.


Amboii, pepagi dah makan chicken chop 🤭.


Dah habis makan, bagi diorang berlari² kejap. Bagi can kat mami dengan abah nak menyembang² dating. Hahaha


Alhamdulillah. Masih dapat rezeki merasa durian free. Hahaha


Sesi pujuk memujuk. Dia menangis² nak ikut abah. Taknak ikut mami balik. 😂. Dah cakap banyak kali, biar je. Tapi tu la..abah tu cepat cair dengan anak. Kang nanti dia ambik, dokong kejap. Mana mau berenti menangis kalau gitu. Sudahnya, letak je kat car seat dia tu. Nanti kereta dah jalan, elok la dia. 

Balik tu terus bukak ye. Ermmmm, lazattt


Dia ni memang macam² peel nye tau 😂. Ahnaff cakap "kamu ni kucing ke Ya? Makan meniarap camtu".

Ni durian kawin kalau tak silap. Khamis haritu abah Ahnaffea bawak balik 5 biji. Malam tu dia suruh kopek semua dan simpan dalam frozen. 
Tapi tak boleh nak buka pun macam liat lagi kulit dia tu. Durian baru jatuh kan. Fresh lagi, dia macam liat sikit kulit tu. 
Sudahnya, biar je la dulu. Hari Sabtu baru buka semua. 

Isi tebal dan berkrim. Tapi biji pun besar² juga. Tapi puas la makan sebab abah Ahnaffea tak makan durian sangat. Mami kongsi dengan dua kenit ni je. Hihihi.
Puas hati. Hahaha




8 comments:

  1. aah perak pun tengah meriah durian. sedapp. tapi hati2 skrg ada durian dorang letak chemical, dah ada kes orang keracunan makanan lepas makan durian. makin pelik2 je skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun CH aritu memang sepanjang jalan kat Tapah tu orang jual durian. Meriah.
      Biasanya yg letak chemical tu durian dari luar kan, dari siam sana. Tempatan pun ade jugak ke..alamakkk

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki Jaja & family tiap2 musim dapat durian free ..MK pulak tu..jeles saya..
    Kesian dak Pia tak dapat ikut abah..anak abah la tu
    .🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hihihi. Rejeki.
      Dak pia tu kalau ada abah dia, tak pandang mami ni.

      Delete
  3. kalau dekat ni boleh ngendeng MK free seulas dua..hehe

    ReplyDelete
  4. Suami saya pun tak berapa makan durian sangat. Kalau beli durian, sayalah yang pulun sorang-sorang. Memang tak best makan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik anak² pun suka durian. Makan dengan diorang je. Hihihi

      Delete