Friday, September 2, 2022

Merdeka ke 65

 Assalamualaikum korang 😊.

Alhamdulillah, kami dah beransur sihat.
Anak² pun dah ok.
Moga semua terus ok dan sihat.
Minggu depan ade misi penting. Hihihi
Ni nak cerita pasal sambutan hari kemerdekaan kat sekolah Ahnaff.
Oleh kerana mami ni tak berapa nak kreatif, saya pilih untuk pakaikan Ahnaff uniform askar je.
Tu pun jenuh jugak mencari.
Sampai ke GM Klang mencari kostum dia tu.
Konon memula nak carikkan uniform komando tapi tak jumpa pun.
Yang ada askar je. 
Askar pun askar lah. Boleh je.
Kesudahannya dia cakap dia sorang je yang pakai baju askar bergaya.
Kawan² yang lain pakai baju melayu merdeka je.






Ade 3 blok bangunan kat GM Klang ni.
Blok A,B dan C.
Kami pergi blok B sebab kat situ kebanyakan jual baju dan mainan budak.
Blok A kebanyakannya jual barang² teknologi, barang elektronik.
Blok C kebanyakannya jual barang hiasan rumah n cenderahati untuk kenduri kendara. 
Boleh la dikatakan murah tapi tak la murah sangat pun 🤣.
Bagi saya harga mampu milik yang biasa² je.
Tapi awas ye, kalau bawak anak kecik yang mudah rambang mata dengan segala jenis mainan, kene standby taw 🤣.
Sebab terlalu banyak kedai yang jual mainan dari sekecik² mainan, sampai la sebesar² mainan.
Harga pun tak murah sangat pun. Sama je dengan kat luar.
Ahnaff dapat la seketul mainan. 
Tu pun jenuh menunggu dia memilih.
Rambang mata punya pasal.
Saya dan Ahnasofea tunggu kat luar kedai je. Tak kuasa nak tengok dia pilih mainan. Hihihi.
Belek harga mainan yang dia pilih tu, nasib baik rm18 je. 
Kalau lebih lagi, mau terbeliak biji mata mami ni yeeee 🤣.



Inilah kostum yang beli kat GM tu. Siap dengan celoreng² kat muka. Celoreng tu buat guna water colour je. Sebelum gi sekolah 3,4 kali telek mula kat cermin. Hahaha


Ni dah balik sekolah. Dia kate muka garang tu. Hahaha

Dapat la hadiah jugak. Seketul lampu tido comel dan jam tangan comel.

Balik sekolah riuh bercerita.
Seronok dapat jalan pusing² sekolah sambil bawak bendera.
Kelmarin (31/8/2022), tak dapat tengok perarakan pun walau dalam tv.
Sebab ade kat kampung. Mana nak sempat tengok tv.
Ahnaff je yang tengok kat tv.
Kemain suka dia tengok barisan hadapan yang beruniform.
Saya cakap kat dia, Ahnaff dah besar nanti jadila askar.
Kene belajar rajin², nanti boleh bawak jet pejuang camtu (dalam tv).
Dia jawab ape taw, "Ahnaff nak jadi askar, nak bawak lori (truck) askar yang panjang tu mami".
Itu cita² dia ye 🤣.
Takpe lah nakkkk.
Mami doakan cita² Ahnaff tu upgrade bila dah besar sok. Hihihi.
Anak, anak. Macam² imaginasi dia.





4 comments:

  1. Wah..
    Suka tengok yang muka garang tu...baru la musuh gerun..🤣
    Jadi abang kena garang..baru boleh jaga adik Sofea🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang acah² garang je. Adik tepuk muka sikit, abg dah nangis. Hahahah

      Delete
  2. Comel Ahnaff. Bagus mak support sama hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak bagi dia seronok pi sekolah. Join aktiviti yg pihak sekolah buat. Hihihi

      Delete